Monday, September 2, 2013

Tips for research proposal: Finding the gap

Dah lama tak buat entry ilmiah..tajuk belog konon-konon ilmiah, tapi personal life lagi banyak..hehehe. By the way, itu yang buat orang suka baca ye tak..? But this time, saya nak share sekelumit ilmu yang ada ini berkenaan cara nak start buat research proposal. Those yang berminat nak buat research, tapi end-up selalu risau tentang pengisian dan apa yang perlu dimulakan sebenarnya, harap entry ini membantu.

Minggu ni saya masih lagi touch-up proposal saya di mana next week saya akan membentang research work saya ni untuk peringkat defend proposal. Walaupun sebenarnya first proposal untuk start this study telah bermula sejak tahun 2010 lagi, kenapa di penghujung 2012, setelah saya mula mendaftar belajar, saya masih lagi membetulkan proposal? Saya akan terangkan kenapa dan sebagai postgrad students, moga tips ini dipermudahkan buat anda semua ya.

Untuk membina proposal, proses rutin yang dimulakan bagi kebanyakan akademia ialah mencari tajuk, memilih tajuk, kemudiannya barulah start tengok problem, objectives, method dan signifikan penyelidikan. ... Kenapa mesti tajuk yang diutamakan dahulu? Tahukah anda, tajuk phd boleh diubah even sehari sebelum anda viva??? Perkara asas yang paling penting dalam membina proposal ialah mencari loopholes atau gap. Gap bukan lah dianggap kelemahan kajian lepas, bagi anda yang nak memahamkan konsep finding the loopholes ini  anda harus tahu aspek yang apa masih belum dikaji, ataupun aspek yang perlu dikaji dan memberi signifikan terhadapa kajian bidang. Jadi disini, jangan risaukan tentang tajuk. Fikirkan tentang loopholes atau aspek kajian terdahulu. Persoalannya, di mana nak cari loopholes/gap?  Banyak sebenarnya, yang paling mudah ialah terdapat di bahagian "Recommendations for future research" di thesis-thesis phd atau master yang lepas-lepas. Kalau melalui artikel pula, selalunya ada di bahagian conclusion atau summary, mahupun after discussion of findings. Jangan restrictkan bahagian untuk mencari "gap". Mulakan pembacaan anda dengan mencari artikels dan jurnals berkaitan dengan bidang penyelidikan yang anda minat. Contohnya suka mengkaji berkenaan pengaruh keadaan bangunan kepada penghuninya.  Cari seberapa banyak artikel berkaitan dengan tajuk ini dan buat scheme reading. Di sini saya bagi contoh extract daripada tiga artikel dan gap yang boleh kita jumpa :



Yang saya highlight font merah itu boleh dikatakan sebagai loopholes/gap, sebagai cadangan untuk satu kajian dijalankan bagi tujuan penambahbaikan. Apa further research yang patut dikaji? Apa limitation yang ada di dalam kajian terdahulu?

Apa kata, kumpulkan kesemua gap yang diperolehi daripada beberapa artikel yang anda baca, dan buat satu summary - apa persamaan di antara gap-gap ini? Insyaallah, problem statement jelas diterangkan di sini dan daripada situlah anda create research questions, objectives dan seterusnya merangka tajuk proposal anda berdasarkan perkara itu semua. Mudah bukan?

Saya pun masih di peringkat awal, jadi journey saya masih jauh lagi. Janganlah kita malu untuk bertanya dengan mereka yang telah melepasinya, dan jadikan input-input itu sebagai valuable tips untuk kita. Saya harap  prosedur menulis proposal ini tidak lagi dianggap remeh dan ia juga sebenarnya bukan sesuatu proses yang sukar, Hanya luangkan sedikit masa untuk mencari gap ini sahaja, mungkin tak perlu sampai print out artikel  beratus2 (tapi kalau extra rajin, no harm untuk go for it), just buat scheme reading, buat jadual, dan at the end, buat conclusion of gap daripada summary ini. Insyaallah, ianya jelas dan diterima pakai

Tuesday, March 19, 2013

Shopping di Bangkok, murah ke?


Bangkok boleh diconsider sebagai shopping paradise juga la selain dari Bandung dan Jakarta. Barang-barangnya agak murah dan kalau pandai tawar-menawar, memang berbaloi. Ada juga few Malaysians yang sempat saya sembang ketika check-in di lobi hotel, mereka kata hanya datang sini selama dua hari, hanya untuk shopping semata-mata. Amboi, hehe. So, among shopping places yang boleh you all pergi adalah as follows:

1.    Chatuchak Market (travel via skytrain, exit at #BTS Mochit)

Pasar ni memang yang paling besar dan happening di Bangkok. Almost semua ada di sini, dari tshirt, souvenir, barang perhiasan rumah, kain, semuanya ada. Hanya dibuka setiap Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays pun buka, tapi hanya jual barang pasar sahaja. Jadi, pastikan kalau ke Bangkok, mesti include hari weekend juga ok. Foreigners memang ramai sangat kat sini dan jalan memang sesak, plus berpeluh-peluh la kita sebab market ni walaupun covered, tapi takde aircond, jenis open market. Apa aje yang saya beli di sini? Saya pening sebenarnya sebab terlalu banyak choice. End up, tak tahu nak beli apa dan at last, beli thai silk sahaja untuk mertua saya dan adik-adik ipar.

Jalan menuju ke Chatuchak Market, penuh sesak. Ini baru di luar, belum di dalam market lagi.
Peniaga di pesisir jalan

Bagus makcik ni promo pulut mangga dia...mmm dari jauh dah nampak ....Ko mampu?


Suasana dalam market..ohh..taklah sesak seperti di luar tadi

Tengok-tengok kain

Cute candles

Kalau beli, macam mana nak bawa balik ni?

Kain lagi..tengok-tengok dulu..

Barangan seramik dan kaca

Apa yang sedap makan kat sini agaknya?

Kat sini pun ada stall halal untuk makan-makan, cari stall Saman Islam di area no. 61. Legalah saya sebab ada stall makanan halal. Tapiiiiiii (tapi sayanggggg..), dah makan dan nak membayar, mahalnya harga makanan #nangissss 

Kuetiaw seafood tomyam aje 200 baht (RM20), tu pulut mangga cekik darah sampai 250 baht (RM25)...fuhhh sabar.. sabar..

Di hadapan gerai Saman Islam dan makcik tudung kuning selaku tokei kedai yang belum mempunyai pendirian tetap dalam meletakkan harga makanan


For me, up to you guys la, kalau nak merasa..makan je lah..hahahaha



2.    MBK shopping center (travel via skytrain, exit at #BTS National Stadium)

Pandangan luar MBK

Panjang ke belakang tuk-tuk ni

I would highly recommend sesiapa je yang nak ke Bangkok untuk wajib datang MBK. Almost semua benda boleh cari di sini, kira macam all in one la. Dan, walaupun ianya shopping center, tapi you all still boleh bargain dan harganya pun murah. Sort of macam Chatuchak, tapi suasana lebih selesa kerana semua peniaga di dalam air-conditioned mall dan bukan open market. Antara barangan yang ada di sini ialah handbags, shoes (from no brand until super fine AAA designer handbags), luggage/ trolley bags, clothing untuk adults dan children, barang2 perhiasan rumah seperti cadar, langsir, souvenirs, phones, gadgets, computer accessories, ehh macam-macam la...

Suasana dalam mall

Leather handbags

Suasana dalam mall







Mudah nak makan halal food di mall ni, you can either try at Yana Restaurant di Tingkat 5) atau pergi ke open food court di Tingkat 6, gerai no. 21. Musollah pun ada di sini terletak di Tingkat 6, dan siap ada panduan waktu solat lagi, boleh dapatkan di kaunter costumer’s service di ground floor. So, for all first-timer holiday in Bangkok,  MBK is a MUST pit stop ok?


Entrance to Yana Restaurant yang terletak di Level 5, MBK mall


Pad Thai berharga 140 baht

Tomyam campur cuma 100 baht
Muslim Stall No.21, di open food court Tingkat 6, MBK mall

Tak banyak choice, so, makan Fish tomyam aje...hehe tomyam lagi..ini cuma 50 baht sahaja (RM5)

Pulut durian #jangankomplenkalaugemuk
3.    Siam Paragon, Siam Center & Siam Discovery (travel via skytrain, exit at #BTS Siam)
Lokasi Siam Paragon, Siam Center dan Siam Discovery. MBK nampak macam dekat dengan Siam Center..tapi jenuh gak jalan kaki woooo

Kalau nak shopping on high end, bolehlah jejak ke Siam Paragon, Siam Center dan Siam Discovery. Ia sebenarnya tiga mall berlainan, tapi terletak bersebelahan sesama sendiri. Harga pula, ada yang murah dan ada yang lagi mahal dari KL. Contohnya macam Forever21, coloured jeggings tu murah la sikit dari KL, tapi branded cosmetics, designer handbags like LV, Marc Jacobs, emmm, sama aje dengan harga di Malaysia. SuperDry pun ada di Siam Center, besar juga butiknya dan harga shirts murah sedikit dari yang dijual di Malaysia. For me, macam area bukit bintang lebih kurang






Siam Paragon lebih besar dan lebih banyak store daripada Siam Center

Madame Tussauds pun ada terletak di Siam Discovery




4.    Hard Rock Cafe (travel via skytrain, exit at #BTS National Stadium)




Untuk HRC collectors, definitely kena cari juga lokasinya. HRC Bangkok terletak di area Siam Square, you have to walk about 10 minutes from the exit train untuk sampai ke sini. Harganya sama aje macam HRC yang lain 


5. Platinum fashion mall (travel via skytain, exit #BTS Ratchadewi)

Saya tak sempat ke sini, tapi melalui pembacaan saya lebih kurang sama macam MBK, dan more to clothing wears. Padahal mall ni memang terletak di area hotel yang saya duduk. Boleh pula tak larat dah nak jalan ke sini. (Fuluss pun dah mengecut sebenarnya..hehehe)


Adoi, letihlah celoteh panjang-panjang...haha..stop sini dulu, nanti sambung next entry