Thursday, January 17, 2013

Churros sangat sedap


   


Alolo..comel pula. Ini namanya Churros. Tidaklah ku tahu kenapa namanya Churros. Pernah makan Churros? Mula-mula dengar nama automatik fikir mesti susah nak membuatnya. Tapi, bila membuatnya petang Ahad lalu, dan merasai teksturnya, "eh ia seperti plain Cream Puff  yang belum disumbat dengan whipped custard cream." Dengarlah (listen listen oiii) betapa skemanya hati saya berkata-kata. So, I listen to my heart, and it is undenial. Memang betul, rasa macam Cream Puff, tapi nama dia lain, Churros. Malas nak buat homework kenapa namanya Churros, yang penting kat sini nak share resipi sahaja. hehehe

Bahan-bahan:

Bahan A
100g butter
250g air
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar fresh milk (takde pun takpe, tak menjejaskan rasa atau tekstur)
Bahan B
125g tepung gandum
2 biji telur

Cara-cara:

1. Campur semua bahan-bahan A dalam periuk atau stainless steel bowl, panaskan atas api kecil sampai butter melt. Kacau sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung. Kacau cepat-cepat sebab nak elakkan tepung berketul-ketul. Pada peringkat ni, bolehlah tutup api dan alihkan periuk. Keep on kacau tepung supaya tiada yang melekat pada periuk dan supaya suhunya sejuk sikit sebelum masukkan telur,
3. Bila dah agak suam dan sebati, masukkan telur (one by one) dan kacau. Adunan akan jadi sedikit shiny, Keep on kacau supaya ia sebati lagi (seperti gambar di bawah)




4. Masukkan adunan dalam piping bag, dengan nozzle berbentuk star. Paipkan ke atas tray (taburkan tepung sedikit supaya tak melekat) secara horizontal, then potong la ikut length yang u all prefer (gambar di bawah)


5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng. Dah kekuningan, angkat dan toskan.




6. Golekkan churros dalam mangkuk berisi gula halus dan hidang. Boleh juga kalau nak dip Churros dalam coklat Nutella ke, kaya ke, suka hati mak senah. hehe










Sedap...untuk minum petang dan ada lebih tu, sedekahlah pada jiran tetangga. Jangan lupa cuba.

No comments: