Thursday, July 17, 2014

Europe Trip 1: Frankfurt, Germany


 Dah lama janji nak update travel tips dari bulan Mac lagi, asyik tertangguh aje. So sebelum saya betul-betul hilang ingatan pada tempat-tempat yang pergi tempohari, my journey starts here ok. Sbnrnya saya mempunyai urusan konferens di Berlin, Germany. Disebabkan tiada direct flight ke Berlin dari KL, maka saya ambil option flight from KL ke Frankfurt, transit selama 2 hari di Frankfurt dan bercadang akan terbang ke Berlin dari sini. Setibanya di Frankfurt Airport, saya ambil train terus menuju ke city sebab hotel yang saya book berdekatan dengan main train station yang dipanggil Frankfurt Hauptbahnhof.

Abaikan muka berminyak berlengas yang baru nak naik train from Frankfurt Aiport

 

Tiba di main station..sewaktu ni winter season tau, its 7 degree..jadi mmg sejuk



Muka dah segar dah mandi..hahaha..selesai check-in, masa untuk meronda


Walaupun ada tram, we just walked sebab the weather is nice ! Love the ambiance, trees, river...masyaallah cantiknya





Walking distance menuju ke Romer
This is Romer ..antara landmark yang paling popular di sini...beautiful architecture


Romer square...antara tempat yang harus singgah ya kalau ke Frankfurt. Tapi saya tak tahu la kenapa setiap kali saya travel, tempat-tempat yang jadi tumpuan tourist mesti tengah renovation (nangis T___T)


Masih di Romer...tak puas bergambar sebab sekelilingnya cantik!



Its damn cold ok bukan mengada-ngada pakai gloves..senang I nak cover hidung..haha...ini di Frankfurt Zeil iaitu shopping area. Because it still in the early morning, manusia belum ramai lagi waktu ni. I je galak nak berjalan.lol

Pandora is everywhere here...tapi..tak best la takde diskaun & I plan to save allocation for Pandora until I reach Amsterdam nanti. Kononnya la kan. Pastu tewas jugaaaa sebab kedai ni ada saka agaknya....asyik berdebar-debar je setiap kali lalu 






Jenguk-jenguk open market berhampiran Zeil tadi..di belakang saya tu ialah cheese pelbagai bentuk dan rupa
Di belakang saya ini ialah Eurotower iaitu terletaknya pejabat European Central Bank. Lebih mudah untuk ke sini kalau naik tram sebab landmark ni memang di tengah-tengah bandar.
Sakit hidung mak....sejuk


Di area yang dipanggil Goethestrasse (Goethe Street)..a luxury shopping area di Frankfurt. U can find almost all designer's brand di sini. But anyway, tax vat di Frankfurt cuma 5% je tau. So kalau nak membeli, make sure dah tahu price di Malaysia lepas tu pandai-pandai la kira. Saya nak survey-survey je dulu harga...


 


Surveyku kecundang....poketku menangis lagi  T__T




Sebenarnya tak banyak tempat kami jalan-jalan di sini dan review from my friends kata tiada apa yang begitu menarik di Frankfurt. Is it true? Jadi after penat berpusing-pusing di city, we take a rest because the next day, kami akan jalan jauh. Ke mana agaknya ya? hehehe



Tak susah cari makanan halal di Frankfurt. Cari saja Elbe Street atau kalau dari main train station, just straight sahaja akan jumpa banyak restoran halal di sini. Pastikan juga waktu solat dah siap-siap download dan save dlm phone pics.  


So, the next day kami bangun seawal jam 5.30 pagi dan terus menuju ke main station untuk menaiki train. Since we're having a short days transit di Frankfurt, jadi kami plan nak naik train ke Zurich, Switzerland. Train ke Zurich memakan masa selama 4 jam dan saya dah booking awal melalui website, kos sehala/seorang ialah 69 euro. Teruja juga sebab at least dapat la juga ke negara lain sebab lepas ni saya memang nak ke Berlin which is also in Germany. 


Suasana di main station waktu pagi...sejuknya toksah cerita waktu ni. Its 2 degree in the morning



Go green and save the earth? Mereka telah lama advance dari kita



So goodbye Frankfurt & now looking forward to visit Zurich :) . Kami menaiki ICE train dan akan tukar platform train di beberapa tempat sebelum tiba di Zurich.


Next entry, Zurich







Tuesday, March 4, 2014

Throwback trip: Kuching

Setelah berkali-kali janji nak update travel entry, hari ni la terrr rajin sikit. Tak tahu laa saka apa yang ada dalam instagram sebab sejak wujudnya akaun, punya laa malas nak update blog. Since last year sampai laa recently, banyak juga bawa anak-anak pergi trip plus kita dua orang hubby wifey trip pun ada. Maybe I should start dengan #throwbackKuching dulu, sebab terlalu banyak nostalgia, pengalaman dan kenangan kami sewaktu menetap di Kuching dari tahun 2005 hingga 2008 dahulu..sob sob sob. Jadi, hujung tahun 2013 baru-baru ni kami satu family pergi ke sana termasuk anak-anak dan mak saya sekali. Terperanjat tauuu banyak perubahan, especially kat Kota Samarahan, tempat kami tinggal dulu! Ish ish rinduuuuu ! Ok tak nak celoteh panjang, enjoy the pics ya, sambil tu saya letak story caption di setiap gambar.

Ready to board! Kami menaiki penerbangan Airasia, kebetulan ada promosi jadi tiket cuma RM8++ pergi/balik utk 5 dewasa



Family portrait di Riverside Waterfront. Dulu bertiga je dengan Haikarl. Skrg bertambah dua ahli lagi Hairitz & Hyzara :p.



Ragam si kecil Zara
Pergi Kuching, memang wajib ke bazaar Waterfront

Bawa anak-anak naik cruise menyusuri sungai di hadapan Waterfront


Small cruise ni dua tingkat. Tingkat bawah, tertutup. Ini pula di tingkat atas

Sewaktu saya menetap di Samarahan dulu, bangunan DUN ni masih dalam pembinaan. Kalau dari Waterfont, memang jelas tarikan bangunan ni. Memang cantik!

Berangan habis si kecik ni, siap tepis tepis rambut tak menahan....


Jeng jeng jeng..! Rumah siapa ni, cuba teka?
 Selesai cruise, kami pergi lepaskan mengidam...makan nasi ayam penyet! Heaven tau!! Dulu ada satu kedai sebelah masjid kat Satok. Skrg dah takde pula. Kami sebenarnya lagi suka ayam penyet kat area bangunan Ambank di area Satok ni. Hmmmm...ini laa menu yang saya ngidam waktu mengandungkan Hairitz dulu..sedapnyaaaa...nak lagi....sobs

Ayam penyet heaven!! Kedainya berdekatan dengan bangunan Ambank, Satok

Hari kedua, tak banyak masa dah, sebab esoknya kami perlu bertolak pulang. Jadi, saya decide bawa anak-anak ke Semenggoh Wildlife Centre. Sini laa tempat nak tengok orang utan yang memang realitinya hidup di hutan, bukan bela dan duduk dalam zoo tau.Kena pergi pagi-pagi, sebab boleh tengok waktu feeding time pukul 9 atau 10 pagi macam tu.


Seekor dua je yang keluar makan. Merajuk ke orang utan semua?

Kena control budak-budak ni supaya senyap. Sebab dalam hutan ni tak boleh bising-bising ok

Haa..time nak balik, baru laa nampak the oldest orang utan kat sini (alamak apa ke nama dia ekk)..besarnyaaaa!!



Then, tengahari sikit, kami ke Samarahan pula, quick visit je ni, sebab tu tak contact teman-teman di samarahan..taknak ganggu diaorang tengah kerja plus kami tak cukup masa sebenarnya holiday di Sarawak. Orang kata lepaskan rindu la ni kejap...hu hu


Ada bangunan admin baru rupanya dalam kampus....tapi...macam jauh je nak menapak dari office dan kolej...hehehe

Kemudian, pergi melawat perumahan yg kami diami dulu iaitu Desa Ilmu. This is our first house yang kami sewa sewaktu mula-mula datang Samarahan. Saya baru kahwin masa tu, mengandungkan anak sulung Haikarl. Alahai...sedih tengok, nape macam tak terjaga je skrg ni.. Eh nak tau tak, rumah kat Sarawak kan, besar besar tau! Rumah ni corner lot, very cozy and spacious.

Lepas tu, lawat rumah kedua...Tak lama kami menyewa rumah setingkat corner lot tu. Then decide pindah rumah kat blkg pula, double storey.  Sebabnya, master bedroom rumah sewa yang pertama tu di dapur, jadi selalu bau dapur je master bedroom. Haha. So, ini rumah kedua yang kami sewa. Pun macam tak terjaga je..why oh why...By the way, saya suka sangaaaat rumah ni lagi spacious...dapur besar, siap ada ruang wet kitchen, ada yard besar lagi blkg wet kitchen tu.

Warung 2000! Warga UiTM, kalau tak kenal tempat ni, memang nahas la kannn. Haha. Ni tempat kami minum petang, makan mee kolok atau laksa sarawak dengan teh c special...yummm yummm
Opocot! Apakah ini? Wahhhh di depan Warung 2000 tu dah ada Summer Mall la pulakk! Amboiii meriah la Samarahan skrg ni, tak heran dan dengan supermarket Everise lagi. Hehehe. Saya tak sempat masuk mall ni, just ambil gambar saja dari luar.



Misi seterusnya mencari udang galah fresh!! Kami pergi ke hujung kampung di samarahan ni, ada satu hentian jeti kecil tau. Kat situ ada orang jual fresh udang, ikan, etc. Sebenanrnya udang galah ni ada orang lain dah book, tapi punya la merayu-rayu, at last dapat gak beli 2 kg lebih. Haha. 1 kg cuma RM35 je. Kalau kat semenanjung, pengsan harga udang galah tau

Then, singgah bandar untuk bergambar di replika wajib ni..haiii...bukan senang nak handle ragam 3 orang budak ni ye...


Malam pula selepas dah sedap bantai makan udang galah, saya ke Mira cake house di Kg Boyan. Kedai kek ni bersebelahan je dengan kedai Dayang Salhah. Paknan dan mokcu saya dah biasa deal dengan tokei ni, jadi kami terus beli kat sini aje.



With my mom di hadapan Mira cake house

Oh ya before balik, kami pun ada ke Serikin, tapi tak sempat bergambar. Memasing sibuk perabih duit kan haha



Inilah our pleasure stay semasa di Kuching. My mokcu dan husband nya Paknan ni airforce TUDM. Waktu ni diaorang ada lagi 2 weeks before balik semenanjung for good. Tu yang kami datang juga ni sementara mokcu masih ada.

My lovely mokcu (baju hitam). She is my mom's youngest sister.


Thank you so much Kuching. We had so much fun bawa anak-anak datang sini! Buat teman-teman di Samarahan, ampun dan maaf sebab tak bagitahu kedatangan kami ke sana...insya Allah ada rezeki kami datang lagi..harapnya ada lagi pertambahan ahli baru..hahaha

Thanks to Mokcu & Paknan yang entertain kami, thanks to K.Nana juga sebab sudi pinjamkan kereta untuk memudahkan kami berjalan...thank u!!!

Saturday, February 1, 2014

Tips Menulis Literature Secara Efisyen (Skimming & scanning technique)

Begitu cepat masa berlalu. Kalau tengok tarikh akhir previous entry, memang dah lama saya tak menulis entry baru. Sedar tak sedar, dah masuk awal semester ketiga saya bergelar pelajar. Dalam masa yang singkat ini, alhamdulilah diberikan laluan yang lancar. Dalam masa 3 bulan pertama selepas mendaftar, saya dah lulus defend proposal...alhamdulilah. Cepat juga kena defend, tapi bagus regulation universiti buat macam tu, kalau tak rasanya sampai sekarang mesti tak siap-siap lagi. Lepas tu, kena la teruskan dengan writing-up literature pula. Tak susah sebenarnya nak dapatkan bahan (jurnal, artikel, report), portal library memang awesome dan almost all databases dah subscribe.  Memang kena start writing awal, kalau tak diriku akan leka gituuuu.

Selepas setahun dan dah submit ch. 1, 2 dan 3 (half) pada previous semester, memang saya agak lega juga. Dalam pada tu, cuba-cuba nasib apply grant ERGS dari KPT dan syukur, berjaya. Susah hati rasanya kalau takde grant...walaupun tidak lah banyak mana, at least bersyukur dapat juga support my preliminary survey yang baru nak mula Disember ni, insya Allah.

Sometimes, ada juga kawan-kawan yang bertanya tips utk writing literature review,  especially bila dah baca macam-macam dan rasa semua benda kalau boleh nak letak dalam literature, betul tak? The more we read, the more we don't know! End up, hala tuju aspek yang nak dikaji tu dikhuatiri melencong ke arah lain pula. Bagi saya ini normal. Tapi, elakkanlah dari berlaku. Sebenarnya, saya ada sedikit tips tapi malu juga nak cerita lebih-lebih, sebab saya pun masih novice, banyak benda lagi yang kena belajar. By the way, sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan amalkan ni boleh la share dengan geng-geng yang sama perjuangan seperti saya. Jadi harap-harap ini membantu :)

......................

Lain orang, lain stailnya...ada yang suka print out, highlight dan write-up. Ada yang suka baca dulu, dah faham baru write-up. Saya pula lain sikit stail nya. Sejujurnya , saya tak print banyak-banyak jurnal pun. Ada la dalam 9 atau 10 jurnal aje yang saya print, itu disebabkan saya nak study method analysis yang author itu buat. Selebihnya, saya simpan di Mendeley (Saya gunakan mendeley sebagai referencing software thesis saya). Jadi , proses literature saya adalah seperti ini:


1. Kumpulkan sebanyak mungkin jurnal berkaitan dari mana-mana database yang relate dengan area of study. Kalau area saya, banyak appear di Taylor&Francis, Emerald, ScienceDirect, dsb. Dah dapat download jurnal, simpanlah dalam Mendeley atau Endnote.


2. Pastikan dan ada draf content untuk thesis anda. Cukup baik kalau ada draf tajuk untuk Chapter 1, Chapter 2 and Chapter 3. Pelajari teknik document map, 1file1thesis, SROT,RFOT, etc, dari sifu yang disegani, Dr. Othman Talib a.k.a. Dr OT (love everything that ends with OT..hehe)

Teknik yang sangat sangat membantu. Boleh siap ch.1,2 & 3 dalam tempoh 9 bulan 10 hari selepas mendaftar...wahhhh gitu katanyaaaa


3. Katakan hari ni nak start writing on satu topic dulu, sbg contoh "The Concept of Building Performance", jadi saya taip word ni pada search di Mendeley saya. Mendeley akan list out semua jurnal yang ada hit dengan word ni. Saya pun klik le satu persatu jurnal, baca secara skim and scan reading (speed reading)..bacaaaa..fahamkannnn..baca balikkkk..sebab tak pahammm ..(pastu bosan..hahaha)...sambil mencari hit point atau strong sentences yang relevant untuk saya analyse dan critics dalam writing-up.

Khatamkan dulu penggunaan Mendeley. Saya cuba-cuba dan belajar sendiri sahaja..

4. Dah jumpa hit point, saya copy dulu dan masukkan dalam word, hujung sentences, "cite" terus nama author. Please use refencing software!! Saya terus "cite" guna Mendeley. Selepas tu, saya akan highlight sentences ni dengan font color biru dan letak asterisk (*) di hadapan sentence tersebut. Saya tak edit apa-apa lagi waktu ni.


Ok...dah jumpa..best ni! Copy text dulu

Paste text tadi dalam word. Bagi citation siap-siap, kang kalau lupa, tak letak letteww citation  -___-


5. Selepas dah buat semua ni, saya akan start editing dan pergi hit search button (*) . Jadi, cursor akan diarahkan ke ayat-ayat yang telah saya tandakan (*). Tak susah nak mencari. At this point, saya akan baca semula, then, saya akan start critical review using my own sentences after the author's citation. Dan, yang paling penting sekali, edit semula ayat-ayat para author tadi, beri kredit dan citation, rephrase. Sekarang ada banyak website yang bagi free rephrasing suggestion. Rajin-rajinlah cari through google ya. Jangan google belog gosip RotiKayu aje cik jah .

Tadaa...dah baca semula, dah fahamkan, baru rephrase.

Begitulah caranya. Terpulang lah sebenarnya cara masing-masing, tapi saya rasa cara ni cepat juga siap (perasan sikit..hehehe..). Motivasi diri pun penting. Kalau dah tahu teknik, tapi tak ada motivasi, pun tak jalan juga. Set masa dan cabar diri sendiri, insya Allah boleh siap.




Yes!!!! I can do it!!!

All the best!

Bye readers!!!