Tuesday, June 21, 2011

Ke Bandung lagi!

Semua orang tahu kan kalau dah pernah pergi Bandung mesti rasa nak pergi lagi. Hehehe. Rasanya inilah first attempt saya bawa anak-anak saya ke luar negara walaupun tak la jauh sangat dari Malaysia. Naik flight 2 jam aje. Lebih kurang macam nak ke Sabah kekdahnya. Kesian tau budak-budak ni selalu kena tinggal kalau saya dan suami ke seminar, jadi kali ni bawalah sekali dengan harapan "Behave ye anak-anak, kalau behave, next time mummy bawa naik aeroplane lagi". Iye la tu, jangan harap ayat itu difahami oleh anak-anak saya.






Yes mummy, we'll sit properly! (Yeah..right..)


Sambil tujuan untuk attend seminar, saya dan hubby juga dah target nak beli baju raya untuk anak-anak. Tu diaaaa, puasa pun belum dah pikir raya, jangan marah. Dua tahun lepas waktu ke Bandung kami ambil Pak Ghani as supir, this time pun kami contact dia lagi. Tapi, kali ni tak banyak la factory outlet (FO) yang dapat jejak, gara-gara Ekarl anak sulung saya yang sakit perut/cirit-birit (sampai ke hari ni masih sakit lagi walaupun dah ke klinik), begitu juga saya yang lemah badan akibat sakit yang sama. Susah nak survey-survey outlet sebab tahu aje budak-budak cepat meragam, kang yang sorang tu tolak stroller, sorang lagi terjerit-jerit marah, sorang nampak kereta mainan dah cembeng nakkan kereta tu, sorang lagi terjerit-jerit berebut kereta...adoyaiiii..poning kepalo den, bukan den yo poning, laki den, omak den, Cik Ani den, Cik Amat den, pak supir den...sumor eh poning. So, FO yang menjadi singgahan saya cuma Gossip FO, Central FO (Jln Dago), Rumah Mode, My Man FO (Jln Setiabudi), Heritage FO, The Summit FO (Jln Riau) dan Cihampelas Point (Jln Cihampelas). Yang lain-lain, den pandang dari dalam van yolah...


Mak dan Cik Ani pula sewaktu bawa ke Pasar Baru, spend almost 6 hours dari pukul 9 pagi sampai 3 petang baru keluar! (sila jangan pengsan). Tak tahu saya apa diborong mereka mereka itu. Saya pula tak la lama kat pasar baru tu, cuma cari telekung, kain chiffon sepasang, kain sulam sepasang dan kaftan ready made, sudah. Daddy punya baju dan jeans pula dia memang nak cari kat FO, kat pasar baru maybe tak best sangat untuk lelaki.



Sewaktu turn untuk present paper di Hotel Savoy Homann pun saya tak dapat bergambar banyak since Ekarl dan Eritz di bawah jagaan daddynya, jadi waktu saya present takde sape ambil gambar....sob sob. Dah abis present baru bergambar itupun kat banner aje. Tapi saya happy sebab Dekan turut serta dalam room yang saya present tu :)



Mummy dah present..yeay!


At AcE-Bs Conference (riuh rendah budak-budak ni..malu omak kau)


Behind - selling seminar photo


Oklah, enjoy melihat gambar-gambar yang selebihnya ye. Bye!



Arrival at Bandara


Best!


Makan malam di Sangkuriang - rumah makan Sunda




Sarapan pagi di Warung Durian (rumah makan Sunda)


Adik, smile, daddy tengah snap gambar.

Depan Cihampelas Point, Jln Cihampelas.





We rent this apartment at Grand Setiabudi, Jalan Setiabudi.
(Suruh Ekarl buat jari best, end-up macam berdoa la pulak)



Sempat singgah ke sini - Tangkuban Perahu


Lunch di Warung Cepot - last day sebelum ke bandara untuk berlepas pulang
(eh Copet ke Cepot ekk??)





Di hadapan Warung Cepot, sangat-sangat cantik dan tradisional.



Horrayyy!!!

Wednesday, March 9, 2011

Universal Studio Singapore rocks!

Fun, exciting, awesome! Itu pendapat ringkas saya berkenaan Universal Studio Singapore. Walaupun cuaca terik dan hangat, tak menjejaskan semangat saya untuk explore park ni. Rasa bersalah pun ada la juga sebab tak bawa anak-anak, insyaallah, if ada masa, ada rezeki, boleh la bawa the kids pula :) sabar ye abang dan adik!


So, di mana terletaknya USS ni? It is actually located at Sentosa Island, and to travel to this place, you all boleh naik MRT sampai Harbour Front (Vivocity). From there, you all ada option -samada naik cable car, naik monorail, jalan kaki (serius meh?) or naik bas. Kami pula decide naik monorail iaitu Sentosa Express. Cuma 3 dollar (lebih kurang RM7.20) harga tiket untuk pergi dan balik. Dan, dengan harga ni, you all boleh round the whole Sentosa Island, berhentilah kat mana-mana station dalam Sentosa tu; samada Waterfront station, Imbiah Station or Beach Station. Our main aim adalah Universal Studio, so our first pit stop adalah Waterfront station.


Peringatan ye. Nak masuk USS, you all kena purchase dulu tiket awal-awal secara online ataupun make direct call +65-6577 8899. Thanks to Kak Lila sebab inform us :) Klik sini untuk reservation ticket. Make sure bila dah berjaya purchase, print out ticket tersebut dan bawa sekali waktu nak masuk USS ni. Saya tak pasti boleh tak purchase directly dari kaunter tiket kat sini, but apa yang probably berlaku, ticket may sold-out dan you all tak dapat pula masuk park ni. Tak ke haru?



First section that we went ialah Hollywood and New York. Jangan lupa untuk test masuk semua places kat situ, yang best adalah Lights!Camera!Action! hosted by Steven Spielberg. Ini untuk feel sendiri sound effect dalam a real film. We manage to capture a picture with a lady (tak tahu character apa ye?) and Charlie Chaplin.




Next, we went to Sci-Fi city. Nothing much interesting here except if you love challenges and height, boleh test jatidiri dengan naik all roller-coasters kat sini – Human and Cylon. Macam kami-kami yang dah umur lebih 3 dekad ni, bergambar aje ye.Tak lama lagi, akan ada Transformer section dalam ni, in website mention to be opened in 2011.



Then, Ancient Egypt. Tak explore sangat sebab ada roller-coaster juga. Cuma naik vintage car at Treasure Hunter sebab kurang mencabar kejakunan diri kot..hehe. Ok lah, dibawanya round-round sekitar lake, tengok harta karun etc. Oh ya, dapat bergambar dengan these characters. Yang lady tu censored sikit ye (amboiii..lebar betul senyum encik suami ye)








Next, Lost World. First yang kami cuba ialah Jurassic Park Rapid Adventure. Peringatan lagi. Belilah plastic jacket around 2 dollars (or bawa sendiri kalau ada) sebab nak naik menatang ni, you all akan get wet. Dahlah barang-barang tak boleh bawa sekali, so kena lock dulu dalam locker, harga locker 4 dollars. Bila dah lock semua barang dan beratur kat dalam, tengok majority semua standby pakai plastic. Nasib baik ada dapat cover tu dari visitors yang dah keluar dari that tube. Tapi, basah jugak..Kurennggg asam..



Dalam section Lost World ni ada Waterworld. You can experience duduk dalam this amphitheatre dan watch live-show how Waterworld movie was filmed. Not bad la..again, ada part-part yang kena splash juga, jadi plastic cover tadi boleh membantu.





OK, bila perut dah mula berkeroncong, make sure cari café atau foodcourt yang ada Halal certificate ok, sebab tak semua café ada sijil halal. Next, we all head to Far Far Away. Haaa..ini yang paling best. We manage to watch Shrek 4-D Adventure. See, I wore this 4D glass eyeview :)




And, the last section, Madagascar. Susah saya cari toy yang sesuai untuk anak-anak saya, tapi takde yang berkenan di hati. Tengah-tengah membelek, Alex, Marty, Gloria, Melman and the penguins pun datang buat show, cute giler diaorang dance lagu I Like to Move it Move it. After that, dapatlah bergambar dengan penguins comel ni.

Not forgetting, this unique bottle drinks for our kiddos:
We had spend almost a day dalam park. Jadi, pastikan if you all nak datang sini, plan betul-betul hari dan waktunya ok. Till then, bye!



* sorry ye font, paragrapgh semua bersimpang siur. Ntah nape ntah, dah tak boleh edit juga.

Jom pi Singapore

Seperti yang dijanjikan, saya akhirnya dapat juga post entry di Singapore. Banyak cara sebenarnya nak ke Singapore ye, lebih-lebih lagi Malaysia ni next neighbour je kan. Boleh naik bas, naik train, naik flight, nak lebih adventure bawa la kereta, but we choose to travel via flight sebab ada promo tiket, tiket depart just RM25 seorang and tiket return mahal sikit, RM150 seorang. Don't worry pasal transport kat sana, or hotel ke. Cari je dalam website, hotel area Paya Lebar or Al-Juned or Geylang, sebab sini banyak halal food.

Public transport system kat Singapore pun very efficient, ada MRT, ada bas yang sistematik bernombor bagai, punctual pula tu dan pergilah mana-mana tempat attraction kat Singapore, mesti ada stesyennya. Cuma satu je yang saya kurang berkenan tentang MRT ni, after you purchase the ticket, you have to return the ticket kat machine untuk ambil balik deposit. Sebabnya, ticket tu they will recycle semula, jadi taklah berlaku pembaziran, but bagi traveller macam saya ni rasa leceh sikit sebab each time berhenti kat last station, we have to go to the machine, insert semula ticket then dapat le balik deposit dalam coin, SGD1 (1 singapore dollar=RM2.40)

So, these are the places:

1. Marina Bay Sands, Singapore






Bergambar juga laaa...walaupun tengok dari jauh je. Kalau nak dapat best view, naik MRT sampai Raffles station, then jalan kaki la sikit ke bridge dekat dengan Merlion, the famous statue of Singapore tu

2. Esplanade




Espalande is a building for theater or musical show. Lokasinya pula sama macam Marina Bay Sands tadi, naik MRT sampai Raffle and then just walk along the bridge. 

3. Merlion statue


Lokasinya berdekatan dengan Esplanade. Agak malang sikit bagi kami bila sampai ke sini. Sebabnya...this famous statue dalam renovation process #nangisss...duduk dalam hoarding tinggi bersangkar lagi. It's due to pembinaan hotel di situ, jadi Merlion statue ni akan diletakkan dalam hotel tu sekali. Jadi, last-last bergambar dengan statue Merlion yang kecik sikit, maybe anak dia la kot..




4. Chinatown





Nak cari souvenir for friends and family? Chinatown is the paradise! Nak pergi sini, senang je, naik MRT stop at Chinatown. 

5. Arab street






Kalau nak cari kain pasang, lace and other barang-barang yang berciri kemelayuan, boleh la jalan ke Arab street pula. Naik MRT sampai ke Bugis station. Kat Arab street ni, you mesti pergi Masjid Sultan, di mana masjid ni adalah masjid tertua di Singapore. Banyak juga bas-bas dari Malaysia berhenti kat sini. Ada satu muzium kat sini iaitu Malay Heritage Centre, Kampung Glam. 


6. Little India


Dari Chinatown, ke area Melayu, then area India pulak. Kat sini cuma sightseeing sahaja and ada juga 1-2 shops yang colorful dan looks aesthetic sikit.

7. Orchard Road




To high end lovers, your shopping heaven terletak di Orchard Road. Naik MRT then stop at station Orchard atau Somerset. Kiri, kanan, sepanjang jalan name all the brands you want.  We pass through this Orchard Road ni sebenarnya untuk ke HRC


8. Hard Rock Cafe, Singapore


HRC di Singapore terletak di sebelah Hilton Hotel, so agak jauh juga berjalan ke sini dari station Orchard. Those yang collecting, jangan lupa singgah.


Ada lagi few places lain yang kami visit, like statue Raffles, tapi itupun dalam sangkar juga sebab under renovation. 


Bye!


Next entry - Sentosa Island and USS