Monday, September 2, 2013
Tips for research proposal: Finding the gap
Minggu ni saya masih lagi touch-up proposal saya di mana next week saya akan membentang research work saya ni untuk peringkat defend proposal. Walaupun sebenarnya first proposal untuk start this study telah bermula sejak tahun 2010 lagi, kenapa di penghujung 2012, setelah saya mula mendaftar belajar, saya masih lagi membetulkan proposal? Saya akan terangkan kenapa dan sebagai postgrad students, moga tips ini dipermudahkan buat anda semua ya.
Untuk membina proposal, proses rutin yang dimulakan bagi kebanyakan akademia ialah mencari tajuk, memilih tajuk, kemudiannya barulah start tengok problem, objectives, method dan signifikan penyelidikan. ... Kenapa mesti tajuk yang diutamakan dahulu? Tahukah anda, tajuk phd boleh diubah even sehari sebelum anda viva??? Perkara asas yang paling penting dalam membina proposal ialah mencari loopholes atau gap. Gap bukan lah dianggap kelemahan kajian lepas, bagi anda yang nak memahamkan konsep finding the loopholes ini anda harus tahu aspek yang apa masih belum dikaji, ataupun aspek yang perlu dikaji dan memberi signifikan terhadapa kajian bidang. Jadi disini, jangan risaukan tentang tajuk. Fikirkan tentang loopholes atau aspek kajian terdahulu. Persoalannya, di mana nak cari loopholes/gap? Banyak sebenarnya, yang paling mudah ialah terdapat di bahagian "Recommendations for future research" di thesis-thesis phd atau master yang lepas-lepas. Kalau melalui artikel pula, selalunya ada di bahagian conclusion atau summary, mahupun after discussion of findings. Jangan restrictkan bahagian untuk mencari "gap". Mulakan pembacaan anda dengan mencari artikels dan jurnals berkaitan dengan bidang penyelidikan yang anda minat. Contohnya suka mengkaji berkenaan pengaruh keadaan bangunan kepada penghuninya. Cari seberapa banyak artikel berkaitan dengan tajuk ini dan buat scheme reading. Di sini saya bagi contoh extract daripada tiga artikel dan gap yang boleh kita jumpa :
Yang saya highlight font merah itu boleh dikatakan sebagai loopholes/gap, sebagai cadangan untuk satu kajian dijalankan bagi tujuan penambahbaikan. Apa further research yang patut dikaji? Apa limitation yang ada di dalam kajian terdahulu?
Apa kata, kumpulkan kesemua gap yang diperolehi daripada beberapa artikel yang anda baca, dan buat satu summary - apa persamaan di antara gap-gap ini? Insyaallah, problem statement jelas diterangkan di sini dan daripada situlah anda create research questions, objectives dan seterusnya merangka tajuk proposal anda berdasarkan perkara itu semua. Mudah bukan?
Saya pun masih di peringkat awal, jadi journey saya masih jauh lagi. Janganlah kita malu untuk bertanya dengan mereka yang telah melepasinya, dan jadikan input-input itu sebagai valuable tips untuk kita. Saya harap prosedur menulis proposal ini tidak lagi dianggap remeh dan ia juga sebenarnya bukan sesuatu proses yang sukar, Hanya luangkan sedikit masa untuk mencari gap ini sahaja, mungkin tak perlu sampai print out artikel beratus2 (tapi kalau extra rajin, no harm untuk go for it), just buat scheme reading, buat jadual, dan at the end, buat conclusion of gap daripada summary ini. Insyaallah, ianya jelas dan diterima pakai
Sunday, February 3, 2013
Saya sudah faham...thank you Bengkel SPSS (with Dr OT!
Terus terang, bengkel ke-4 nilah yang saya betul-betul puas hati dan faham banyaaaaakkkk perkara. Sedikit moral of the story di sini, janganlah malu kalau attend byk kali pun ke kelas seperti ni, sebab buat research bukan perkara yang mudah..Apalagi kalau research melibatkan penguasaan statistik (tak cukupdengan present decriptive dan percentage analysis sahaja)...dan.... lebih-lebih kalau kita bukan graduate dari School of Computer Science....
Ramai gak yang saya lihat berkerut-kerut dahi nak memahami istilah-istilah statistik (yang tersungkur terus pun ada, terus tutup laptop!). Jadi...sedikit advice dari saya yang naif dan masih hijau ni, kalau boleh, explore lah dulu asas-asas statistik supaya mudah memahami apa yang diajar melalui bengkel macam ni. Biasakan dengan pengisian dan penggunaannya dahulu, kalau boleh jangan datang dengan zero knowldege - ada yang tak pernah guna SPSS langsung waktu datang ke bengkel ni (pengsan..). Waktu bengkel please concentrate betul-betul, fokus dan dengar dengan jelas, kalau tak nanti lost terus...in shaa Allah...mudahlah anda ikut dan faham.
Yang bestnya bengkel kali ni saya jumpa Nurul, K.Uniey, K.Suriani (wife TRHEA tau..jgn memain..hehe), K.Aida & Wan Shamsul. Best sembang-sembang, tapi segan pun ada, iyelah, saya baru first sem...
| Ececeh...Malu malu hamster bila diambil gambar, padahal suka aje bergambar.. (Photo credit to drotspss.blogspot) |
| Spot me! (Thanks Dr sbb allow me to share this photo) |
Wednesday, July 6, 2011
International Conference vs Journal?
Sebenarnya entry kali ini saya nak reveal sedikit kebaikan membentang kertas kerja di luar Malaysia. Kalau seminar tersebut International Conference tapi diadakan di dalam Malaysia, tu lain cerita la kan, ini yang saya maksudkan ia diadakan di luar negara dan kalau boleh biarlah seminar luar negara itu adalah International Conference.
Do you know that some International Conference published their proceedings secara online atau kita panggil e-proceedings? Iye beneerrrr. Kau akan buat-buat terkejut bila pegi obersi jejauh dah bayo memahal tetiba diaorang kata "Owwwhhh the proceedings shall be publish later..in our website, you can check your articles and the other articles beginning from bla bla bla" (tak mau dengar, aku nak shopping dah ni wei). Tapi, tak semua seminar la. Certain certain aje. But, for me it's a good sign sebab mereka yang mahu mencari articles berkaitan, walaupun tak attend seminar tersebut, boleh obtain the articles by just typing the topics through pakcik google. Anda, sebagai penulis article, walaupun rasa macam paper tu tahap so so aje, akan terkejut lagi bila dapat invitation sebagai Paper Reviewer untuk paper-paper proceeding bagi seminar yang lain. This is because papers that need to be submitted to International Conference are required to have double-blind or triple-blind review. Probably you are the second or the third reader. Eh simpan tau kalau dapat email dari mana-mana committee seminar yang minta you all jadi reviewer.
Journals pula? Inevitable, journal is more significant compared to proceedings paper. Since journal is likely to be published online, kebaikannya adalah sama seperti yang telah saya terangkan, cuma takdelah dapat bergambar beramai-ramai tanpa mengetahui sape sebelah anda sebenarnya. Cuma, your networking is merely through emails or letter. Jadi, sekiranya seminar di luar negara ataupun di dalam negara bertahap International tetapi it is not indexed by ISI/SCOPUS/IEEE, don't waste your time to submit. Kalau sekadar nak paper banyak sebab membentang kertas kerja, it is better that submit your paper for journals. Ia lebih signifikan.
So, good luck everyone!! :)
Thursday, June 17, 2010
How to compress your research into 10-page article/journal??
Salam everyone...sering kali bila saya siapkan paper untuk seminar, presentation mahupun untuk mana2 jurnal, ada yang bertanya.."Macam mana ye nak start buat paper..?Leceh la, tak ade masa...kelas penuh memanjang..mengajo 22 jam seminggu..(klem lebat tak mau cerita ka?)..balik rumah anak buat hal pula..kang minggu depan ada kerusus ilkam bagai..boleh bagi tips ??" ..Hmmmm..sila jangan merisau....Walhal, saya akui saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab research ni, apa lagi saya baru ceburi bidang akademia ni baru one year corn atau setahun jagung...Namun saya harap sangat tips ni mampu membantu khususnya buat pensyarah2 baru mcm saya...Ni kalau senior/pensyarah kanan baca ni memang saya malu habis terpaksa pakai helmet terbalik tutup muka saya..(*blush)
Ok, tips seadanya dari saya untuk meng'compress' thesis master anda kepada narrow-pages article:
- Pastikan tajuk anda masih 'in the line' lagi atau dalam erti kata lain, rephrase your title dan jangan cuba gatal-gatal ubah tajuk master anda tu menjadi tajuk yang terkeluar terus dari scope asal..Masih x jelas lagi?Ok, saya tunjukkan contoh sikit. Katalah tajuk master "Application of Facilities Management in Malaysia's Private Office"..if nak compress master thesis ni menjadi article yang of-course lebih magnetik utk dibaca, anda boleh ubahsuai tajuk tu kepada "Facilities Management: Application towards Private Office in Malaysia"...see...sebenarnya maksud masih kekal cuma tajuk je tukar2 sikit..jangan pula anda ubah tajuk tu jadi "Facilities Management as Improvement to Pantry in the Malaysia's Private Office"..ini menyebabkan anda terpaksa tukar semula literature anda..ok boleh saya proceed?
- Senaraikan isi kandungan yang perlu ada dalam sesebuah article. Ada tiga stage di sini yang boleh dijadikan article: Pertama, jika research anda masih di peringkat proposal, maka isi kandungan yang perlu ada adalah: Introduction/Study Background, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Research Question, Research methodology, Significance of study, Reference. Kedua, jika research anda sampai ke tahap literature collection, maka isi kandungan yang perlu ada: Introduction, Problem Statement, Research Objective, Research Questions, Literature review--a) History of FM, b) Chronology of FM, c) Concept of FM, d) FM phases, etc, Conclusion, Reference. Ketiga, jika research anda dah habis analisis/findings dan dah menjawab hipothesis bagai, maka yang perlu ada isi kandungannya ialah: Introduction, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Concept of study, Analysis and Findings, Conclusion and Recommendation, Reference. Isi-isi kandungan yang saya bagi ini hanyalah guideline sahaja, bukannya mandatori, anda boleh pelbagaikan lagi.Isi kandungan sangat penting bagi anda membuat skim reading ke atas sentence yang significance untuk diketengahkan ke dalam article..maklum la, thesis kita beratus-ratus pages nya, mcm mana nak compress all-in tu menjadi article 10 page saja? Ok, boleh saya teruskan? Faham? Fahaaammmm..puan.. (ini jawapan student saya bila mereka mengantuk atau buat-buat faham....sila akui..)
- Perlu lihat contoh-contoh jurnal atau article yang tersedia di database2 journal. Ketengahkan bakat membaca anda untuk READ article-article yang relevan dengan tajuk research supaya anda dapat idea untuk write your article pula..jangan terlalu obses sehingga pergi toilet pun bawa contoh jurnal utk dibaca (ok la kadang-kadang saya buat bila saya x dapat cari magazine)...Tips yang baik adalah dengan membuat 'scheme reading' (baca dengan pantas dan mata anda dapat menangkap ayat-ayat penting) dan anda akan dapat penilaian yang sesuai.
- Now, dah dapat isi kandungan yang nak diletakkan dalam artikel, dah tengok contoh...apa lagi, masa untuk kopi pes chapter anda ke dalam article. Saya pasti anda betul-betul faham apa yang anda dah laksanakan dalam research anda, maka, di peringkat ini, pastikan bila kita copy paste ayat-ayat yang relevan dengan tajuk dan isi kandungan. Yang paling penting skali, literature anda pastikan ianya bersesuaian. Kalau buat thesis, maybe anda ada kemukakan lebih dari 20 precedent research atau penulis-penulis terdahulu yang pernah buat scope yang sama (betul?), dalam article, literature anda tak perlu nak letak kesemua mereka2 itu...Just ketengahkan 2 atau 3 precedent reseach untuk menunjukkan bahawa sebelum ini ada penulis yang telah menggunakan scope yang ada kaji dan keberkesanannya terbukti.
- Figure and table reference. Pastikan bila ada figure and table di dalam article, anda quote dalam sentence, contohnya "The concept of building performance in private office is shown as per Figure 1". Jangan main letak aje figure, table, tapi tak relevan dengan isi kandungan.
- References. Nama-nama penulis yang anda quote atau cite sangat penting supaya bila reader baca article anda, mereka mungkin berminat untuk tahu macam mana untuk dapatkan reference tersebut. Baca semula article anda, berapa ramaikah Authors yang anda telah cited? Jika ada 5 authors, say, Datin (2000), Seri (2001) Natasha (2002), Khalil (2004), Nizam (2006), maka, di bahagian reference, hanya 5 author ini sahaja yang diletakkan.. Jangan buat macam thesis pula, habis 100 authors letak dalam references, nak tunjuk pembacaan yang banyak pula, maka tidak relevan untuk article anda.
Saya rasa cukup setakat ini, tips yang kedua itu bagi saya mampu membantu untuk mula publish article dari research master anda. Tips2 ini sesuai untuk mereka yang dah ada thesis, tapi belum pernah present ke mana-mana conference atau seminar. Apa halangan anda? Masa? Kita punya 24 jam sehari, untuk menyiapkan satu isi kandungan, cuma perlu 1 - 2 jam sahaja, maka dalam masa 4-5 hari, anda mampu siapkan satu article! Bagi yang pakar, mungkin 1 jam sahaja diperuntukkan untuk siapkan 1 article..hmmm..hebat..sila jeles..saya juga jeles..
