Tuesday, March 12, 2013

Conference di IRC, Bangkok dan melawat Chulalongkorn University

Alhamdulillah,  sempat juga hadir untuk pembentangan kertas kerja yang bertempat di Bangkok baru-baru ini. Seminar ni dianjurkan oleh sebuah universiti swasta di India dan saya tertarik hati untuk submit paper disebabkan :-

1. Yuran seminarnya yang agak murah
Jika dibandingkan dengan seminar lain, yuran berjumlah USD200 ni agak reasonable memandangkan ianya international conference.

2. Prof. Michael Pitt sebagai speaker jemputan
Prof. is a good friend of my SV and he used to be his SV before. He is FM's expert that based in UCL, London dan banyak adakan research collaboration dengan UM dalam bidang Facilities Management. Sepatutnya, saya supposed to meet him in a group discussion bersama student2 lain di bawah Dr. Syahrul di FAB last November, namun sayangnya saya tak berpeluang hadir kerana saya terlibat dengan workshop Dr OT di Johor Bharu pada tarikh tersebut. Jadi, I really looking forward to meet him at this Bangkok conference.

3. Accepted papers terus diterbitkan ke dalam jurnal antarabangsa, bukan proceeding biasa
Even jurnal tersebut is a Non ISI/Cited, tapi memadailah ianya peer-reviewed dan buat permulaan, ianya sudah cukup ok bagi saya.






Peserta Malaysia yang hadir ke seminar ni jika tak salah kiraan saya ada 6 orang; selain dari kami berdua dari UiTM, dua orang dari USM (Penang dan Kubang Kerian), seorang dari Segi College, seorang dari MMU Cyberjaya. Overall, organizer ni ok juga la, alhamdulilah makanan halal disediakan (bukan sekadar sayur-sayuran aje macam di Korea dulu) dan tempat agak strategik. Yang tak ok tu adalah sikit-sikit, adatlah pergi mana-mana conference, mana ada yang fully perfect kan. These are the photos:

Sebelum bermulanya welcome address speech

Tekun barisan hadapan mendengar..walhal belum ada apa-apa speech pun kat depan..hehehe

The speakers and the organizers

Ucapan aluan dari Prof. Michael Pitt

Sessi perlancaran jurnal yang diterbitkan

Disebabkan space kecil dan peserta ramai, jadi sesi bergambar dipecahkan kepada 3 kali take. Saya join untuk take pertama.

Bersama PM Haliza dari USM Kubang Kerian dan seorang peserta dari India

Foto kenangan bersama Mr Jamil (USM Penang) dan PM Haliza (USM Kubang Kerian)

Sembang-sembang dengan Prof. Pitt. Di sebelah saya tu adalah supervisee beliau, Ruhul, dari UCL

Lunch time!Sangat sedap lunch di sini dengan Muslim and Indian food

Khob kun ka!! Cafe ni terletak di tingkat 7, tower wing at First Hotel

Having a serious discussion, guys? :) Next to Husrul is from MMU Cyberjaya, and next to Mr Jamil is from Segi College (oh i forgot their names, apologise me)




Jurnal and certificate is given after the presentation

With Erny and Bachtiar from Solo, Indonesia

Sementara masih berada di Bangkok, jadi kami decide untuk melawat Chulalongkorn University since lokasinya tak terlalu jauh dari hotel yang kami stay. Environment di dalam kampus ni sangat tenang dan mendamaikan, jauh dari kesibukan dan tiada kesesakan langsung berjalan-jalan di dalam kampus ni. Sempat juga melawat museum di sini and for your info, universiti ni dah wujud sejak 9 dekad yang lalu! I must say that they conserve their buildings in a very very good way. Salute!




Di hadapan CU Museum



Direction di dalam kampus

Di dalam museum - exhibit several researchers' works



Gambaran lukisan CU universiti ini dari university's park / taman




Di hadapan CU's bookstore - souvenir CU banyak dijual di sini


 So, till then, next entry in Sha Allah akan saya update berkenaan tempat-tempat menarik di sekitar Bangkok. TQ for reading this entry :)






 

Sunday, February 3, 2013

Saya sudah faham...thank you Bengkel SPSS (with Dr OT!

Disebabkan diri ni masih mentah dengan statistik, jadi ambil inisiatif dengan menyertai bengkel SPSS with Dr OT. Frankly, this is not my first time attending SPSS workshop. Dengan UiTM dah dua kali - Beginner Level & Intermediate Level. Expert Level tak sempat pergi, sebab waktu tu  saya bersalin. Kali ketiga, attend bengkel dianjurkan oleh UM, tapi ia cuma 3 jam sahaja dianjurkan untuk first sem PG students, dan ia agak basic. Kali keempat, bengkel SPSS (inferens, ANOVA, FA, RA, correlation, T-test, etc) yang bertempat di Wisma IEM, PJ dan cikgunya ialah Dr OT. My favourite teacher of the year..hehehe

Terus terang, bengkel ke-4 nilah yang saya betul-betul puas hati dan faham banyaaaaakkkk perkara. Sedikit moral of the story di sini, janganlah malu kalau attend byk kali pun ke kelas seperti ni, sebab buat research bukan perkara yang mudah..Apalagi kalau research melibatkan penguasaan statistik (tak cukupdengan  present decriptive dan percentage analysis sahaja)...dan.... lebih-lebih kalau kita bukan graduate dari School of Computer Science....

Ramai gak yang saya lihat berkerut-kerut dahi nak memahami istilah-istilah statistik (yang tersungkur terus pun ada, terus tutup laptop!). Jadi...sedikit advice dari saya yang naif dan masih hijau ni, kalau boleh, explore lah dulu asas-asas statistik supaya mudah memahami apa yang diajar melalui bengkel macam ni. Biasakan dengan pengisian dan penggunaannya dahulu, kalau boleh jangan datang dengan zero knowldege - ada yang tak pernah guna SPSS langsung waktu datang ke bengkel ni (pengsan..). Waktu bengkel please concentrate betul-betul, fokus dan dengar dengan jelas, kalau tak nanti lost terus...in shaa Allah...mudahlah anda ikut dan faham.

Yang bestnya bengkel kali ni saya jumpa Nurul, K.Uniey, K.Suriani (wife TRHEA tau..jgn memain..hehe), K.Aida & Wan Shamsul. Best sembang-sembang, tapi segan pun ada, iyelah, saya baru first sem...


Ececeh...Malu malu hamster bila diambil gambar, padahal suka aje bergambar.. (Photo credit to drotspss.blogspot)



Spot me! (Thanks Dr sbb allow me to share this photo)
 
 
Alhamdulilah...menyuntik semangat baru!

Wednesday, November 14, 2012

Menulis tesis dengan efisyen dan cepat!

Alhamdulillah...setelah menunggu tarikh yang sesuai, akhirnya dapat juga saya menghadiri bengkel penulisan tesis yang dikelolakan oleh Dr Othman Talib aka Dr OT di UTM Skudai baru-baru ini. After mengkhatamkan e-book beliau yang dibeli melalui laman webnya, jadi saya rasa saya patut hadir ke bengkel seperti ni untuk membantu saya menulis tesis secara efisyen. Bengkel ni sebenarnya dianjurkan oleh postgrad students dari UTM yang juga pembaca blog Dr OT, seperti saya juga la silent reader blog beliau..hehe.

Satu family semua saya bawa ke JB dan lega juga takde masalah untuk rehat / tidur sebab ayah tiri saya menetap di Kluang, jadi kami pun stay di sana. Kluang dgn JB jaraknya cuma 1jam 15minit. Mak saya walaupun duduk Gemas, tapi jauh juga kalau nak bertolak dari sana...jadi kami awal-awal dah plan untuk tumpang di rumah abah Samad. Hubby pun teruja nak hantar saya ke UTM sebab inilah universiti pertamanya belajar dulu. Saya gi bengkel seharian, dia pula jadi campus photographer of the day (cehh...ingat balik tempat bercintun dia le tuuu).

Saya rasa berbaloi travel jauh-jauh dari Ipoh dengan menghadiri bengkel Dr OT ni. Walaupun sebelum ni dah explore dan guna Document Map dan Mendeley software, tapi through bengkel ni saya dah dapat pengisian tentang perkara-perkara lain seperti 1file1thesis dan teknik speed reading. Yang penting, tak perlu lagi nak print out jurnal beratus-ratus pastu beli fail kat tesco pastu punch pastu insert jurnal ikut tahun pastu nak highlight keywords...(eh terkena batang hidung sendiri)..yang penting tulis, tulis dan tulis. Gambar-gambar ni pun ehsan dari blog Dr OT (izinkan saya share ye Dr!)

(credit to: drotspss.blogspot.com)



(credit to: drotspss.blogspot.com)

So, apa yang saya buat di JB selain berbengkel...? Next entry ya! Tunggu.. :)