Thursday, December 8, 2011

Seminar yang akan datang

Agak dah lama tak update tentang seminar/konferens ye. Maklum je la, tahun 2011 adalah tahun yang paling malas sekali buat paper..haha. Ada tu ada, tapi tak banyak la, cuma present di Singapore bulan Februari dan di Bandung pada bulan Jun. Selebihnya, cuma hantar paper for journals, senang tak payah present. Tapi still kena bayar ye for the publication. Substance sangat penting, jangan hentam kromo je buat paper tak proof read bagai. Ada juga sesetengah organizer of conference yang memahami bahawa tak semua authors dapat hadir untuk presentation, jadi bila dihantar Notification of Acceptance tu, dah siap-siap mention perkara seperti ini:

"If author or co-authors are unable to present on the conference date, the Proceedings, abstract book and other conference kit will be delivered to the author's correponding address with free of charge".

Untuk travel ke luar Malaysia memang guna banyak duit, bukan sekadar nak bayar fee untuk conference sahaja, you have to think about transport (kalau luar Malaysia dah tentu kena reserve duit untuk flight ticket), hotel, makan dan kalau dah keluar Malaysia tu tentu la ada je souvenir yang kita nak beli, kan. Itu semua duit tu. Saya estimate kalau nak ke Singapore atau Oceania (Australia/NZ) misalnya, paling kurang peruntukan untuk semua tu ada la dalam RM3000 untuk cover flight, hotel, food, shopping. Tak campur dengan conference fee lagi yang mesti dalam lingkungan RM1000 ke RM2000 untuk seorang registration. Kalau Europe lagilah banyak kau nak spend, bawa RM5000 pun tak cukup dek non. Alamatnya kalau lalu butik Gucci or LV tu, jeling-jeling je la yang mampu dibuat. Even pergi Indonesia pun still kena peruntukan at least RM1000 untuk hotel, makan, shop (tak campur conference fee). Jadi, saya lega sangat kalau committee of conference nyatakan statement seperti di atas, jadi duit yang ada cuma digunakan untuk bayar conference fee sahaja, paper dah tentu publish juga. Tapi pastikan conference tu ada high impact index seperti IEEE, Scopus or ISI Thomson.

Jadi, bulan Januari dan Februari ini, ada upcoming conference yang telah dijamin ada high impact index:

1) 2012 3rd International Conference on Environmental Science and Development - bertempat di Hong Kong pada 5-7 Januari 2012. Proceedings will be published with Elsevier format and indexed by Scopus.

2) 2012 International Conference on Climate Change and Humanity (ICCCH 2012) - bertempat di Singapura pada 26-28 Februari 2012. Proceedings will be published under ISI Thomson

3) 2012 2nd International Conference on Future Environment and Energy (ICFEE 2012) - bertempat di Singapura pada 26-28 Februari 2012. Proceedings will be published under ISI Thomson

Jadi kalau teringin ke Hong Kong atau Singapore, boleh submit paper ye :)

Wednesday, July 6, 2011

International Conference vs Journal?

Selamat bertemu kembali kepada para pembaca yang cun, handsome dan setia semua, apa khabarrrrr.... harap sihat sihat semuanya dan diberikan kecergasan yang berterusan ...Manis tak kurma ini......Haaaaaaaaaaahhhhh semputt...

Sebenarnya entry kali ini saya nak reveal sedikit kebaikan membentang kertas kerja di luar Malaysia. Kalau seminar tersebut International Conference tapi diadakan di dalam Malaysia, tu lain cerita la kan, ini yang saya maksudkan ia diadakan di luar negara dan kalau boleh biarlah seminar luar negara itu adalah International Conference.

Do you know that some International Conference published their proceedings secara online atau kita panggil e-proceedings? Iye beneerrrr. Kau akan buat-buat terkejut bila pegi obersi jejauh dah bayo memahal tetiba diaorang kata "Owwwhhh the proceedings shall be publish later..in our website, you can check your articles and the other articles beginning from bla bla bla" (tak mau dengar, aku nak shopping dah ni wei). Tapi, tak semua seminar la. Certain certain aje. But, for me it's a good sign sebab mereka yang mahu mencari articles berkaitan, walaupun tak attend seminar tersebut, boleh obtain the articles by just typing the topics through pakcik google. Anda, sebagai penulis article, walaupun rasa macam paper tu tahap so so aje, akan terkejut lagi bila dapat invitation sebagai Paper Reviewer untuk paper-paper proceeding bagi seminar yang lain. This is because papers that need to be submitted to International Conference are required to have double-blind or triple-blind review. Probably you are the second or the third reader. Eh simpan tau kalau dapat email dari mana-mana committee seminar yang minta you all jadi reviewer.



How the committee knows your expertise? How do they know your emails? So, from now on, start publish your work in the internet. Jika seminar tu memang tak publish secara e-proceedings, you have to upload your work in the right medium seperti BoxNET, MPRA dan sebaginya. Nyatakan sekali paper itu dari seminar yang mana, if tak jelas boleh refer my previous entry di sini.



Selain boleh dijemput sebagai paper reviewer, you may meet other participants dari outside universities, non-Malaysia's U. Exchanging ideas and knowledge with them is a very good start for you to explore more information for your research/work/field interest. Jadi, pergi conference janganlah jadi kera sumbang, berbuallah dengan mereka yang sama-sama duduk dalam panel room, kalau boleh tangkap gambo sesama walaupun nama dia pun kau susah nak sebut (hape ke susah benor nak sebut Mrs. Chulakingtarpronainohitaminga). You don't have to be so formal, just a relax conversation would appear as the best. This is called networking.





Sumpah saya tak tahu nama ladies sebelah saya tu..hehe..main menyelit aje bila bergambar. Natasha, kau memang keji.






Promote nama universiti tempat you all bekerja dan Malaysia as well :) Some Europeans tak tahu kewujudan Malaysia ini sebenarnya di mana, sampaikan ada yang email letak address ".....Perak, Malaysia, TAIWAN" . Dan selain itu, opkos bila ke seminar luar negara, sediakan extra money to shop some souvenirs, cuci mata jalan tempat orang, tengok culture lain, experience environment yang berbeza dan kerja sampingan lain lah...Unless, kau memang tahap jutawan kosmetik yang boleh pergi melancong luar negara tiap-tiap minggu tanpa susah payah hantar paper pergi seminar...hmmmm..



Journals pula? Inevitable, journal is more significant compared to proceedings paper. Since journal is likely to be published online, kebaikannya adalah sama seperti yang telah saya terangkan, cuma takdelah dapat bergambar beramai-ramai tanpa mengetahui sape sebelah anda sebenarnya. Cuma, your networking is merely through emails or letter. Jadi, sekiranya seminar di luar negara ataupun di dalam negara bertahap International tetapi it is not indexed by ISI/SCOPUS/IEEE, don't waste your time to submit. Kalau sekadar nak paper banyak sebab membentang kertas kerja, it is better that submit your paper for journals. Ia lebih signifikan.



So, good luck everyone!! :)



Tuesday, June 21, 2011

Ke Bandung lagi!

Semua orang tahu kan kalau dah pernah pergi Bandung mesti rasa nak pergi lagi. Hehehe. Rasanya inilah first attempt saya bawa anak-anak saya ke luar negara walaupun tak la jauh sangat dari Malaysia. Naik flight 2 jam aje. Lebih kurang macam nak ke Sabah kekdahnya. Kesian tau budak-budak ni selalu kena tinggal kalau saya dan suami ke seminar, jadi kali ni bawalah sekali dengan harapan "Behave ye anak-anak, kalau behave, next time mummy bawa naik aeroplane lagi". Iye la tu, jangan harap ayat itu difahami oleh anak-anak saya.






Yes mummy, we'll sit properly! (Yeah..right..)


Sambil tujuan untuk attend seminar, saya dan hubby juga dah target nak beli baju raya untuk anak-anak. Tu diaaaa, puasa pun belum dah pikir raya, jangan marah. Dua tahun lepas waktu ke Bandung kami ambil Pak Ghani as supir, this time pun kami contact dia lagi. Tapi, kali ni tak banyak la factory outlet (FO) yang dapat jejak, gara-gara Ekarl anak sulung saya yang sakit perut/cirit-birit (sampai ke hari ni masih sakit lagi walaupun dah ke klinik), begitu juga saya yang lemah badan akibat sakit yang sama. Susah nak survey-survey outlet sebab tahu aje budak-budak cepat meragam, kang yang sorang tu tolak stroller, sorang lagi terjerit-jerit marah, sorang nampak kereta mainan dah cembeng nakkan kereta tu, sorang lagi terjerit-jerit berebut kereta...adoyaiiii..poning kepalo den, bukan den yo poning, laki den, omak den, Cik Ani den, Cik Amat den, pak supir den...sumor eh poning. So, FO yang menjadi singgahan saya cuma Gossip FO, Central FO (Jln Dago), Rumah Mode, My Man FO (Jln Setiabudi), Heritage FO, The Summit FO (Jln Riau) dan Cihampelas Point (Jln Cihampelas). Yang lain-lain, den pandang dari dalam van yolah...


Mak dan Cik Ani pula sewaktu bawa ke Pasar Baru, spend almost 6 hours dari pukul 9 pagi sampai 3 petang baru keluar! (sila jangan pengsan). Tak tahu saya apa diborong mereka mereka itu. Saya pula tak la lama kat pasar baru tu, cuma cari telekung, kain chiffon sepasang, kain sulam sepasang dan kaftan ready made, sudah. Daddy punya baju dan jeans pula dia memang nak cari kat FO, kat pasar baru maybe tak best sangat untuk lelaki.



Sewaktu turn untuk present paper di Hotel Savoy Homann pun saya tak dapat bergambar banyak since Ekarl dan Eritz di bawah jagaan daddynya, jadi waktu saya present takde sape ambil gambar....sob sob. Dah abis present baru bergambar itupun kat banner aje. Tapi saya happy sebab Dekan turut serta dalam room yang saya present tu :)



Mummy dah present..yeay!


At AcE-Bs Conference (riuh rendah budak-budak ni..malu omak kau)


Behind - selling seminar photo


Oklah, enjoy melihat gambar-gambar yang selebihnya ye. Bye!



Arrival at Bandara


Best!


Makan malam di Sangkuriang - rumah makan Sunda




Sarapan pagi di Warung Durian (rumah makan Sunda)


Adik, smile, daddy tengah snap gambar.

Depan Cihampelas Point, Jln Cihampelas.





We rent this apartment at Grand Setiabudi, Jalan Setiabudi.
(Suruh Ekarl buat jari best, end-up macam berdoa la pulak)



Sempat singgah ke sini - Tangkuban Perahu


Lunch di Warung Cepot - last day sebelum ke bandara untuk berlepas pulang
(eh Copet ke Cepot ekk??)





Di hadapan Warung Cepot, sangat-sangat cantik dan tradisional.



Horrayyy!!!