Wednesday, January 29, 2014

Tips Membina "Research Proposal" (Master/PhD) dengan penuh yakin!

Assalamualaikum WBT,


Kali ini, saya ingin berkongsi tips membina Cadangan Kajian atau "Research Proposal". Seringkali juga saya ditanyakan tentang idea atau tajuk kajian yang boleh dibuat, khususnya dalam bidang "Facilities Management" atau Pengurusan Fasiliti. Saya memikirkan bagaimana saya nak deliver pengisian ni dalam ayat yang lebih mudah. Jadi, harapan saya melalui tulisan ni, tips yang saya kongskian boleh membantu sesiapa saja yang ingin menyambung pengajian khususnya di peringkat Master atau PhD.

Antara persoalan yang selalu ditanya-tanya:


Nak buat tajuk kajian apa ye?
Ada idea tak?
Apa yang betul-betul kritikal sekarang?
Nak baca jurnal apa ekk?
Apa yang kena ada dalam cadangan kajian?
Macam mana nak mula?
(kata tersirat bagi semua persoalan di atas: Emmm...boleh minta contoh proposal?hehehe)


Sebenarnya, bila diaju soalan tentang tajuk kajian yang patut dibuat, saya tak berkebolehan untuk menjawab soalan ni. Saya akan terdiam lama. Bagi saya, sebelum memulakan kajian, penyelidik harus tahu bidang apa yang diminati dan skop apa yang lebih khusus di dalam kajian yang diminati tu. Persoalan tentang tajuk akan buat penyelidik terbantut untuk meneruskan kajian. Sebab apa? Tidak tahu apa yang kritikal dalam kajian yang nak dibuat! Berikut disediakan step ringkas sebelum memulakan atau membina cadangan kajian Master atau PhD anda:


1) Step 1: Pilih dan fahami tentang bidang kajian dan skop pengkhususan yang anda minati


Setiap orang mempunyai minat berbeza. Dalam melaksanakan kajian, asasnya harus jelas dengan bidang kajian yang anda suka. Sebagai contoh, bidang kajian yang saya minati ialah Facilities Management (FM). Tapi, bidang ini luas. Ada banyak skop yang boleh dikhususkan. Jadi, sebagai contoh pengkhususan yang saya suka dalam FM ialah Building Performance Assessment.


     Bidang kajian: Facilities Management
     Skop pengkhususan: Building Performance Assessment (kajian tentang prestasi bangunan dari pelbagai aspek dan behaviour pengguna banggunan)


Jadi, bila dah minat, pasti kita akan pilih dan fahami skop ini. Macam mana nak fahamkan skop ini? Tiada kaedah lain ya, selain dari membaca. Jika extra rajin, boleh la interview mereka-mereka yang arif tentang skop ini untuk dapatkan lebih pemahaman.


2) Step 2: Mencari Gap atau Isu di dalam skop pengkhususan.


Bila dah memulakan step 1, pasti kita akan mula membaca jurnal-jurnal berkaitan. Ini dipanggil sebagai "pilot articles", iaitu artikel awalan yang perlu dibaca oleh penyelidik, relate dengan pengkhususan yang diminati tadi. Dari pilot articles ni, baru lah nampak gap atau isu yang perlu dikaji dengan lebih lanjut (boleh rujuk tentang mencari research gap melalui entri terdahulu di sini). Sebagai contoh, gap yang diperolehi ialah "...kurang atau tiada ratings system/tools dibangunkan untuk menilai prestasi bangunan di sekolah-sekolah kerajaan". Gap perlu disertakan dengan bukti-bukti dari kajian lepas.


3) Step 3: Membina soalan kajian


Apabila gap telah diperolehi, di sinilah wujudnya persoalan. Persoalan ini dipanggil sebagai soalan kajian atau "research questions". Kajian kita ni sebenarnya lebih kepada proses untuk menutup gap tersebut (closing the loop), jadi soalan kajian boleh jadi lebih dari satu soalan. Sebagai contoh, lanjutan dari gap tadi, soalan kajian yang timbul ialah "Apa parameter atau items yang perlu ada untuk membina rating system?"


4) Step 4: Membina matlamat utama dan objektif kajian


Research aim (matlamat utama) dan research objectives dibina dari persoalan kajian. Mohon jangan terlalu 'ambitious' dalam meletakkan objektif kajian, khuatir objektif akan sukar dicapai. Objektif harus relate dengan soalan kajian. Sebagai contoh, objektif dari soalan tadi ialah "to determine parameters for building performance rating system in...."


5) Step 5: Membina tajuk kajian!


Di sini lah step yang sepatutnya tajuk kajian itu dibina. Setelah ada gap, soalan, matlamat utama dan objektif kajian, barulah ada tajuk yang sesuai untuk diletakkan sebagai cadangan kajian anda. Jadi, jika dilihat contoh yang diberikan di step-step di atas, apakah tajuk kajian yang sesuai dibina??


"Development of Building Performance Ratings System for Public Schools in Malaysia"


Mungkin?




Di atas ialah langkah ringkas untuk membina proposal dan menentukan objektif kajian, supaya research direction anda dapat disokong dengan methodology yang betul. Sebenarnya, setiap objektif kajian tu kita dah perlu expect sedikit sebanyak apa outcome nya, jadi method bagi mencapai setiap objektif kajian tu perlu diketahui (identify). Buatlah jadual ringkas yang meletakkan apa Soalan Kajian anda, Objektif Kajian, Method, Instrumen dan Expected Outcome bagi setiap objektif kajian. Jadi, rasional atau tidak soalan kajian boleh dijawab dan tercapainya objektif kajian akan jadi lebih jelas. Tapi saya percaya dalam membina proposal (terutamanya yang untuk dihantar ke peringkat permohonan sambung belajar...kiranya baru nak mohon sambung study), masih ramai yang kabur-kabur lagi tentang research method. Don't worry, learning is a never ending process. Boleh perbaiki dari masa ke masa. Buat yang telah jelas tentang research method pada peringkat ini, you have all my respect dan saya percaya anda boleh GOT insyaallah


Semoga Berjaya!




* Tambahan:


Apa yang perlu ada dalam Cadangan Kajian?


Introduction
Problem Statement
Research Questions
Research Aim
Research Objective
Literature Review
Methodology
Scope and Sampling
Significant Benefit


(mungkin sedikit berbeza susunannya mengikut universiti)




bye !






19 comments:

Anonymous said...

Salam Puan Natasha.

Terima kasih di atas info yang berguna ni. Rindu pulak nak dengar Puan berceloteh dalam class. Hehe. Nampaknya saya dah tersilap langkah ni. Sekarang saya tgh stuck untuk proceed dengan progress thesis master. Salah pilih tajuk kot. T_T

CikguAreefNaim said...

salam,

tq artikel ni sgt membantu... sy tgh buntu nak tk tahu nak mulakan research ni dr mana... tq ye sudi berkongsi...

Natasha said...

Dear Anonymous February 10, 2014 at 1:26 AM , alaaa siapa ye tak tahu nama sebenar..hehe..welcome dear! More than happy to share :))

Natasha said...

Areef Naim, welcome! Saya selalu jenguk blog dr OT http://drotspss.blogspot.com, saya recommend Areef untuk dptkan detail info daripada blog beliau ya :))

paedz_wan said...

salam. saya baru nak mohon master. dan tgh buat research proposal utk hantar pada penyelia saya..so thank you atas info yg sgt mmbntu ni..

yaya said...

Salam Pn.Natasha, Alhamdulillah berkat buln ramadan agaknye,tgh tercari2 arah research gap,jmpe blog pn..thanks a lot 4 putting up a very helpful assistance for us out here...all the best 4 ur study too & may u have a blessed ramadhan! :)

Anonymous said...

salam, saya dalam proses mencari tajuk untuk buat master by research.. terjumpa blog ni. anyway tQ for sharing the info..

bak kata saudara areef di atas, xtau nak mula dimana..

fieyka said...

Tima kasih, sedikit sebanyak dpt membantu utk wat proposal...

Natasha said...

Welcome everyone and all the best ya :))

Anonymous said...

puan natasya, boleh share x ape yg perlu ade dlm bckground stdy..sy sdg buat reseacrh project utk final yr engineering course.

sweaterputih said...

Salam.
bukan kate buntu nak buat proposal, ni tengah buntu nak pk ape research topic!
hehe...
hm, thanks for sharing, ya! baru tau sekarang nak buat ape... do it step by step..

Anonymous said...

Salam apa beza cadangan penyelidikan dan pengenalan tentang kajian.

Natasha said...

@Anon September 27, 2014 at 11:56 PM, background of study perlu information yang strong tentang area of study. Ia perlu blend-in antara information of your specific study (area of study) & sedikit issues yang mahu dikaji. Background sgt penting sbb kebiasaan ini yang dibaca dulu oleh reader, jadi perlu timbulkan interest reader terhadap field yg mahu dikaji (aspek pengkhususan kajian)

Natasha said...

@Anon January 2, 2015 at 5:35 PM,
Cadangan penyelidikan biasanya meliputi keseluruhan ttg kajian dan berstruktur (Pengenalan, Kajian Masalah, Research Aim, objectives, research questions, scope of study, methodology, etc). Pengenalan ttg kajian (background of study) pula saya ada jawab di komen di atas, harap saudara/saudari boleh refer di atas ya.

Anonymous said...

salam sis, i nk tnye ape difference between reasearh aimand researh objectives?? and usually how many questions needed for research qustions tu??thanx ye sis:)

Unknown said...

assalamualaikum Puan Natasha. sy baru berusia 20 tahun dan sekarang berada di semester 3 untuk jurusan perakaunan. sy sgt berminat utk sambung masters selepas tamat degree. ada lagi 5 semester untuk saya tempuhi. saya harap puan dapat berikan sedikit dorongan/tips persediaan yang perlu saya lakukan dari sekarang. apa yang perlu saya lakukan utk mendapat biasiswa memandangkan sy bukan dari keluarga yang senang.

Unknown said...

Assalammualaikum n terima kasih puan untuk entry ini. Saya sekarang dalam proses utk membuat research proposal utk master. Kalau boleh, puan terangkan tentang research methodology sbab saya masih kurang ilmu dalam part ini.

Unknown said...

Assalamualaikum Puan Natasha,
Saya Farah dari team pascasiswazah.com tertarik dengan penulisan artikel ini di blog Puan. Di sini saya ingin mendapatkan keizinan Puan Natasha untuk saya kongsikan artikel tersebut ke dalam website kami. Saya akan link kan artikel-artikel tersebut pada facebook / blog Puan.
Terima kasih.

Natasha said...

I am more than happy to share. Appreciate for your kind interest :)