Monday, September 2, 2013

Tips for research proposal: Finding the gap

Dah lama tak buat entry ilmiah..tajuk belog konon-konon ilmiah, tapi personal life lagi banyak..hehehe. By the way, itu yang buat orang suka baca ye tak..? But this time, saya nak share sekelumit ilmu yang ada ini berkenaan cara nak start buat research proposal. Those yang berminat nak buat research, tapi end-up selalu risau tentang pengisian dan apa yang perlu dimulakan sebenarnya, harap entry ini membantu.

Minggu ni saya masih lagi touch-up proposal saya di mana next week saya akan membentang research work saya ni untuk peringkat defend proposal. Walaupun sebenarnya first proposal untuk start this study telah bermula sejak tahun 2010 lagi, kenapa di penghujung 2012, setelah saya mula mendaftar belajar, saya masih lagi membetulkan proposal? Saya akan terangkan kenapa dan sebagai postgrad students, moga tips ini dipermudahkan buat anda semua ya.

Untuk membina proposal, proses rutin yang dimulakan bagi kebanyakan akademia ialah mencari tajuk, memilih tajuk, kemudiannya barulah start tengok problem, objectives, method dan signifikan penyelidikan. ... Kenapa mesti tajuk yang diutamakan dahulu? Tahukah anda, tajuk phd boleh diubah even sehari sebelum anda viva??? Perkara asas yang paling penting dalam membina proposal ialah mencari loopholes atau gap. Gap bukan lah dianggap kelemahan kajian lepas, bagi anda yang nak memahamkan konsep finding the loopholes ini  anda harus tahu aspek yang apa masih belum dikaji, ataupun aspek yang perlu dikaji dan memberi signifikan terhadapa kajian bidang. Jadi disini, jangan risaukan tentang tajuk. Fikirkan tentang loopholes atau aspek kajian terdahulu. Persoalannya, di mana nak cari loopholes/gap?  Banyak sebenarnya, yang paling mudah ialah terdapat di bahagian "Recommendations for future research" di thesis-thesis phd atau master yang lepas-lepas. Kalau melalui artikel pula, selalunya ada di bahagian conclusion atau summary, mahupun after discussion of findings. Jangan restrictkan bahagian untuk mencari "gap". Mulakan pembacaan anda dengan mencari artikels dan jurnals berkaitan dengan bidang penyelidikan yang anda minat. Contohnya suka mengkaji berkenaan pengaruh keadaan bangunan kepada penghuninya.  Cari seberapa banyak artikel berkaitan dengan tajuk ini dan buat scheme reading. Di sini saya bagi contoh extract daripada tiga artikel dan gap yang boleh kita jumpa :



Yang saya highlight font merah itu boleh dikatakan sebagai loopholes/gap, sebagai cadangan untuk satu kajian dijalankan bagi tujuan penambahbaikan. Apa further research yang patut dikaji? Apa limitation yang ada di dalam kajian terdahulu?

Apa kata, kumpulkan kesemua gap yang diperolehi daripada beberapa artikel yang anda baca, dan buat satu summary - apa persamaan di antara gap-gap ini? Insyaallah, problem statement jelas diterangkan di sini dan daripada situlah anda create research questions, objectives dan seterusnya merangka tajuk proposal anda berdasarkan perkara itu semua. Mudah bukan?

Saya pun masih di peringkat awal, jadi journey saya masih jauh lagi. Janganlah kita malu untuk bertanya dengan mereka yang telah melepasinya, dan jadikan input-input itu sebagai valuable tips untuk kita. Saya harap  prosedur menulis proposal ini tidak lagi dianggap remeh dan ia juga sebenarnya bukan sesuatu proses yang sukar, Hanya luangkan sedikit masa untuk mencari gap ini sahaja, mungkin tak perlu sampai print out artikel  beratus2 (tapi kalau extra rajin, no harm untuk go for it), just buat scheme reading, buat jadual, dan at the end, buat conclusion of gap daripada summary ini. Insyaallah, ianya jelas dan diterima pakai

8 comments:

keyboard said...

i like very much the way u explain about GAP. 2thumbsup for u..

saya mmg sdg cari idea a.k.a tajuk research, sbb dlm perancangan nk amik master by research (tapi kecut hati sbnrnya... almaklum x yakin).

sy selalu follow sifu drOT, byk perkara baru sy belajar. dan baru arini jumpa blog u... bgs pengisiannya jelas dan mudah difahami.

teknik yg u explain tu mmg u guna ye?

boleh siap research within 1year?

Natasha said...

@keyboard, ya memang saya gunakan dan hasilnya berjaya bentang defend proposal dlm tempoh 3 bulan slps mndaftar, serta lulus. InsyaAllah u juga blh siapkan dan cabar diri sendiri. (Dulu sewaktu buat master juga berjaya siapkan dlm tempoh kurang setahun, tapi pengetahuan ttg gap agak kabur) All the best!

masyitahululazmin said...

assalamualaikum..t.kasih atas penerangan yg sgt baik dr Pn. Natasha..saya bru mendaftar sbg pelajar master mod penyelidikan..mmg banyak kekangan dlm tugas sbg guru di sek..tp bila follow blog ni banyak sgt membantu..halalkan ilmu yg saya timba dan smg mjd saham akhirat buat Pn. Natasha..saya dlm proses menyiapkan proposal dan dlm proses mencari gap tuk kajian saya..soalan saya kajian saya berkaitan OKU dan sgt kurang kajian mengenainya dalam bidang syariah..jd rujukan saya sgt kurang.bantu saya Pn..t.kasih..

masyitahululazmin said...

bagaimana plak ye nak cari gap dalam tajuk kajian yang sangat terhad?contohnya kajian saya berkaitan soal perkahwianan dikalanagn OKU pekak..kajian saya dlam bidang syariah..melalui penelitian saya kajian berkaitan OKU dlm bidang ini sgt terhad.jurnal dan artikal pn kurang.. saya buntu jgk nak cari isu kajian ni Pn..bantu saya blh?t.kasih..

MyKampungView said...

Saya juga tertarik dengan pengalaman puan..saya juga bercadang hendak melanjutkan master in research..cuma masih keliru cara untuk memohon..apakah saya perlu sediakan proposal dahulu baru mohon belajar master mana mana universiti yang dipilih..terima kasih..

MawiVerse said...

Terima kasih.. banyak membantu saya :)

Din jugak said...

Thanks for sharing... membuka ruang minda.
semoga jadi bekalan

hasni 1985 said...

Terima kasih membantu sangat