Akibat teruja, saya telah mengadpet status berkenaan berat badan saya yang berkurangan sejak amalkan pemakanan sihat dan senaman. Mohon maaf kalau dirasakan ada unsur keriakan dalam status ni, sumpah niat saya tidak macam tu. Alhamdulilah, ramai juga yang pm dan komen, mohon share tips yang saya gunakan. Jadi, ini la timbulnya saya tulis entry ni so harap-harap lepas ni semua berjaya ok? InsyaAllah!! Tapi sebelum tu, saya nak cerita macam mana berat badan saya naik mendadak.
 |
| Inilah antara penyumbang ke arah kenaikan jitu berat badan ini..sendiri buat, sendiri tala..hehehe |
Punca utama berat badan saya naik sebab...saya suka mengunyah makanan manis atau delicacies seperti coklat, kek, kuih dan dessert - setiap kali saya menghadap lappy. Saya rasa tanpa makanan, idea seperti tak bergerak. Hahaha.. teori kegoblokkan kebengongan apakah ini? Bertambah buruk lagi, saya memang tak exercise, most of the time, kerja saya membaca, menulis (pakai keyboard aje lak tu) dan menghadap lappy sahaja, kerja rumah pula dibantu oleh my helper...wahhhh mana tak lemak berhibernasi di badan ini? Kesedaran timbul setelah banyak baju-baju saya dah tak muat, rasa berat bila berjalan even naik tangga pun dah termengah-mengah, jadi makin malas dan rasa tak bermaya. Pendek kata, semua benda jadi malassssssssss. Dari sinilah saya mula mencari-cari pendekatan sesuai untuk turunkan berat badan dan saya banyak membaca melalui blog-blog & website. Since saya berazam untuk tidak mencuba mana-mana produk dan mahu menjimatkan duit, jadi saya nak cuba kaedah displinkan diri dulu, iaitu mengawal diet seharian!
1. Diet Kalori
Bermula dari awal Mac lalu, saya memulakan proses ini hanya dengan cara --- mengira kalori pemakanan atau Diet Kalori. Istimewanya kaedah ini disebabkan, kita perlu sentiasa makan (jangan takut pada nasi) tanpa perlu berlapar, cuma kandungan kalori dan kuantiti makanan yang harus kita jaga. Saya sarankan anda khatamkan bacaan melalui blog ini
http://sususejat.com/bacaan-wajib/kelas-kalori/. Memang sangat informatif dan melalui bacaan ini la, saya dapat tahu kiraan kalori yang saya perlu kurangkan sekiranya saya nak turun 1 kg seminggu. Izinkan saya share ye, bagaimana ia dikira:
a) BMR --> Mula-mula kita kena kira berapa nilai BMR (basal metabolic rate), formulanya ialah:
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x berat KG) + (5 x tinggi CM) - (6.8 x umur TAHUN)
Perempuan: BMR = 665 + (9.6 x berat KG ) + (1.8 x tinggi CM) - (4.7 x umur TAHUN)
b) Faktor Aktiviti --> Bila dah dpt BMR, anda perlu kira DCR (daily calorie requirement) pula, dan ia bergantung kepada faktor gaya hidup aktiviti kita:
Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9
c) DCR --> dapatkan jumlah BMR x Faktor Aktiviti
Sebagai contoh, DCR saya ialah 1884cal.
Mengikut saranan sususejat.com (
http://sususejat.com/kalori-mengawalmu-hanya-di-hujung-jariku-bahagian-3/), jika kita nak kurangkan berat badan, disarankan supaya kita kurangkan sebanyak 500cal dari jumlah DCR kita. Jadi, DCR saya sehari sepatutnya ialah 1384cal (1884cal - 500cal). Maka sehari saya
tak boleh ambil lebih daripada 1384cal untuk memastikan saya turun berat badan.
d) Kiraan kalori dalam menu harian --> kekerapan time makan sehari berapa kali?
Disebabkan DCR saya sehari tak boleh daripada 1384cal, maka saya bahagikan jumlah ini dengan kekerapan saya makan dalam sehari. Katalah saya makan 4 kali sehari: Breakfast, Lunch, Minum petang dan Dinner, maka 1384 bahagi 4 = 346cal untuk setiap kali time makan (tak boleh lebih dari nilai ini). Jika terlebih makan pada pagi misalnya, balance lah balik waktu ambil lunch, dinner. Just play with the numbers. I like!!
* Kiraan ni terpulanglah dengan kekerapan korang makan, kalau makan 6 kali sehari, bahagilah 6 ok? Tapi DCR kita semua berbeza sebab dikira faktor umur, tinggi, berat badan current dan faktor aktiviti.
e) Estimate jumlah kalori dalam makanan kita --> masih belajar!
Haa..yang ni saya masih belajar dan belum betul-betul khatam..hehehe. Tapi, boleh dapatkan melalui sususejat.com juga iaitu
http://sususejat.com/kalori-berapa-kcal-dalam-makanan-tu-bahagian-7/ . Buat masa ini, saya belum berani sentuh nasi sebab takut terlebih ambil lauk dan kalori, apa yang saya amalkan ialah minum air 1 -2 gelas air kosong sebelum makan, lunch/dinner 2 ketul ayam/ikan, sayur-sayuran..lepas makan, minum lagi air kosong 1 - 2 gelas.
Pagi dan minum petang pula sarapan dengan kopi 'o' atau teh 'o' (cuma 50cal 1 mug) dan 2 telur goreng/ 2 hotdog/ 2 keping roti/ telur scrable/ burger(dagingnya sahaja) *salah satu dari menu tu aje tau, bukan gabungan semuanya...hehe. Buat masa sekarang, saya juga ada sediakan sendiri panduan sarapan dengan kalori kurang dari 350cal untuk satu menu, kalau mahu, beri saya email anda, nanti saya emailkan.
2. Senaman/ workout
Untuk senaman pula, saya cuma download beberapa video zumba dance workout, saya buat di rumah sahaja...kadang-kadang, anak-anak saya pun ikut sama juga exercise macam saya jadi ia lebih fun dan exciting! Tak sampai 10 minit, satu badan berpeluh-peluh! Disarankan setiap sesi selama 30 - 45 minit, ia boleh bakar 500-1000 kalori setiap sesi.
Masuk aje youtube....taip la zumba dance workout..pastu, bersenamlah kau dengan gegehnya depan laptop sorang-sorang....takde sape pandang...hihihi
Monitor lah berat anda kalau boleh seminggu sekali. (Saya aje obses hari-hari nak timbang..hihi). Sebaik-baiknya timbang setelah bangun pagi, sebelum anda bersarapan, kalau boleh dengan pakaian yang sama setiap kali menimbang. Jadi berapa kiraan berat saya setelah sebulan mencuba cara ini? Ini antara bacaan yang sempat saya catat:
2/3/2013 = 63kg (weight scale biasa)
24/3/2013 = 61.9kg (digital weight scale)
29/3/2013 = 60.6kg (digital ws)
31/3/2013 = 59.6kg (digital ws)
2/4/2013 = 59.4kg (digital ws)
Kiraan terbaru pada 4/4/2013(this morning):
 |
| Cara saya ambil gambar: Setelah saya turun dari penimbang, angka tersebut masih berkelip-kelip di penimbang ini dan cepat-cepat saya snap sebelum angkanya terpadam (kamera saya jenis DSLR dan berat, jika saya timbang dengan memegang sekali kamera di tangan, ia menyebabkan kiraan berat tidak tepat). |
Jadi dalam tempoh sebulan (bermula 2 Mac 2013 hingga 4 April 2013), jumlah penurunan berat ialah 4kg. Semoga saya berjaya capai target untuk kurangkan 5kg lagi dari sekarang..insyaAllah. Harap ini dapat membantu menaikkan semangat untuk you all semua ok, yang penting mesti istiqamah dan sabar :) Caiyok caiyok everyone!!!!