Sunday, February 3, 2013

Saya sudah faham...thank you Bengkel SPSS (with Dr OT!

Disebabkan diri ni masih mentah dengan statistik, jadi ambil inisiatif dengan menyertai bengkel SPSS with Dr OT. Frankly, this is not my first time attending SPSS workshop. Dengan UiTM dah dua kali - Beginner Level & Intermediate Level. Expert Level tak sempat pergi, sebab waktu tu  saya bersalin. Kali ketiga, attend bengkel dianjurkan oleh UM, tapi ia cuma 3 jam sahaja dianjurkan untuk first sem PG students, dan ia agak basic. Kali keempat, bengkel SPSS (inferens, ANOVA, FA, RA, correlation, T-test, etc) yang bertempat di Wisma IEM, PJ dan cikgunya ialah Dr OT. My favourite teacher of the year..hehehe

Terus terang, bengkel ke-4 nilah yang saya betul-betul puas hati dan faham banyaaaaakkkk perkara. Sedikit moral of the story di sini, janganlah malu kalau attend byk kali pun ke kelas seperti ni, sebab buat research bukan perkara yang mudah..Apalagi kalau research melibatkan penguasaan statistik (tak cukupdengan  present decriptive dan percentage analysis sahaja)...dan.... lebih-lebih kalau kita bukan graduate dari School of Computer Science....

Ramai gak yang saya lihat berkerut-kerut dahi nak memahami istilah-istilah statistik (yang tersungkur terus pun ada, terus tutup laptop!). Jadi...sedikit advice dari saya yang naif dan masih hijau ni, kalau boleh, explore lah dulu asas-asas statistik supaya mudah memahami apa yang diajar melalui bengkel macam ni. Biasakan dengan pengisian dan penggunaannya dahulu, kalau boleh jangan datang dengan zero knowldege - ada yang tak pernah guna SPSS langsung waktu datang ke bengkel ni (pengsan..). Waktu bengkel please concentrate betul-betul, fokus dan dengar dengan jelas, kalau tak nanti lost terus...in shaa Allah...mudahlah anda ikut dan faham.

Yang bestnya bengkel kali ni saya jumpa Nurul, K.Uniey, K.Suriani (wife TRHEA tau..jgn memain..hehe), K.Aida & Wan Shamsul. Best sembang-sembang, tapi segan pun ada, iyelah, saya baru first sem...


Ececeh...Malu malu hamster bila diambil gambar, padahal suka aje bergambar.. (Photo credit to drotspss.blogspot)



Spot me! (Thanks Dr sbb allow me to share this photo)
 
 
Alhamdulilah...menyuntik semangat baru!