Tuesday, March 19, 2013

Shopping di Bangkok, murah ke?

 
Bangkok boleh diconsider sebagai shopping paradise juga la selain dari Bandung dan Jakarta. Barang-barangnya agak murah dan kalau pandai tawar-menawar, memang berbaloi. Ada juga few Malaysians yang sempat saya sembang ketika check-in di lobi hotel, mereka kata hanya datang sini selama dua hari, hanya untuk shopping semata-mata. Amboi, hehe. So, among shopping places yang boleh you all pergi adalah as follows:

1.    Chatuchak Market (travel via skytrain, exit at #BTS Mochit)

Pasar ni memang yang paling besar dan happening di Bangkok. Almost semua ada di sini, dari tshirt, souvenir, barang perhiasan rumah, kain, semuanya ada. Hanya dibuka setiap Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays pun buka, tapi hanya jual barang pasar sahaja. Jadi, pastikan kalau ke Bangkok, mesti include hari weekend juga ok. Foreigners memang ramai sangat kat sini dan jalan memang sesak, plus berpeluh-peluh la kita sebab market ni walaupun covered, tapi takde aircond, jenis open market. Apa aje yang saya beli di sini? Saya pening sebenarnya sebab terlalu banyak choice. End up, tak tahu nak beli apa dan at last, beli thai silk sahaja untuk mertua saya dan adik-adik ipar.

Jalan menuju ke Chatuchak Market, penuh sesak. Ini baru di luar, belum di dalam market lagi.
Peniaga di pesisir jalan

Bagus makcik ni promo pulut mangga dia...mmm dari jauh dah nampak ....Ko mampu?


Suasana dalam market..ohh..taklah sesak seperti di luar tadi

Tengok-tengok kain

Cute candles

Kalau beli, macam mana nak bawa balik ni?

Kain lagi..tengok-tengok dulu..

Barangan seramik dan kaca

Apa yang sedap makan kat sini agaknya?

Kat sini pun ada stall halal untuk makan-makan, cari stall Saman Islam di area no. 61. Legalah saya sebab ada stall makanan halal. Tapiiiiiii (tapi sayanggggg..), dah makan dan nak membayar, mahalnya harga makanan!! Cekik darah ke hape ni? Disebabkan nak merasa local thai food, saya pun order la kuetiau seafood tomyam dan pulut mangga. Harga tomyam tu 200 baht semangkuk, diconvert jadi RM20, umang aiii, tapi oklah sebab memang super sedap pun tomyam tu.

Kuetiaw seafood tomyam aje 200 baht (RM20), tu pulut mangga cekik darah sampai 250 baht (RM25)...fuhhh sabar.. sabar..

Di hadapan gerai Saman Islam dan makcik tudung kuning selaku tokei kedai yang belum mempunyai pendirian tetap dalam meletakkan harga makanan


Nak dijadikan cerita, pulut mangga tu pun rupanya 200 baht! Mula-mula saya ingat dia salah kira sebab dia bagi balance sikit, saya dah jalan keluar dari stall then rasa tak puas hati, saya tanya semula berapa harga semuanya. Tetiba dia cakap saya kena tambah 50 baht lagi sebab pulut mangga tu 250 baht! Mak aiiii, takkan pulut secoet tu RM25? Walaupun diikutkan hanya tambah RM5, tapi saya tetap bising sebab saya tahu kami ni dah terkena. Last-last, dok pung pang pung pang, takpayah bayar, geram juga saya dibuatnya. Makan macam ni pun nak cekik orang, hok alohhh. So, up to you guys la, kalau nak merasa makan, ambil tomyam aje la, jangan ambil pulut tu, kat Ipoh Parade pun ada, lima hengget aje harganya... hehehe

 
2.    MBK shopping center (travel via skytrain, exit at #BTS National Stadium)

Pandangan luar MBK

Panjang ke belakang tuk-tuk ni

 
Kalau ke Bangkok, tak sah la tak jejak sini. Almost semua benda boleh cari di sini, kira macam all in one la. Dan, walaupun ianya shopping center, tapi you all still boleh bargain dan harganya pun murah! Ia macam Chatuchak, tapi suasana lebih selesa kerana semua peniaga di dalam air-conditioned mall dan bukan open market. Antara barangan yang ada di sini ialah handbags, shoes (from no brand until super fine AAA designer handbags), luggage/ trolley bags, clothing untuk adults dan children, barang2 perhiasan rumah seperti cadar, langsir, souvenirs, phones, gadgets, computer accessories, ehh macam-macam la. Cuma saya ni kurang selera sikit dengan design t-shirt2 kat sini, sebabnya...tak tahulah, pendek kata masing-masing punya taste la kan.

Suasana dalam mall
 
Leather handbags

Suasana dalam mall




Louboutin ada, Ferragamo ada, Fendi pun ada...hehehe..nangis Fazura dan Neelofa tau. lol


Mudah nak makan halal food di mall ni, you can either try at Yana Restaurant di Tingkat 5) atau pergi ke open food court di Tingkat 6, gerai no. 21. Musollah pun ada di sini terletak di Tingkat 6, dan siap ada panduan waktu solat lagi, boleh dapatkan di kaunter costumer’s service di ground floor. So, for all first-timer holiday in Bangkok,  MBK is a MUST pit stop ok?

 
Entrance to Yana Restaurant yang terletak di Level 5, MBK mall


Pad Thai berharga 140 baht

Tomyam campur cuma 100 baht
 
Muslim Stall No.21, di open food court Tingkat 6, MBK mall

Tak banyak choice, so, makan Fish tomyam aje...hehe tomyam lagi..ini cuma 50 baht sahaja (RM5)

Pulut doroyan...yummm yummmm..
 
3.    Siam Paragon, Siam Center & Siam Discovery (travel via skytrain, exit at #BTS Siam)
Lokasi Siam Paragon, Siam Center dan Siam Discovery. MBK nampak macam dekat dengan Siam Center..tapi jenuh gak jalan kaki woooo

 
Kalau nak shopping more on branded things, bolehlah jejak ke Siam Paragon, Siam Center dan Siam Discovery. Ia sebenarnya tiga mall berlainan, tapi terletak bersebelahan sesama sendiri. Harga pula, ada yang murah dan ada yang lagi mahal dari KL. Contohnya macam Forever21, coloured jeggings tu murah la sikit dari KL, tapi branded cosmetics, designer handbags like LV, Marc Jacobs, emmm, sama aje dengan harga di Malaysia. SuperDry pun ada di Siam Center, besar juga butiknya dan harga shirts murah sedikit dari yang dijual di Malaysia. Apa yang saya boleh kata, all of these mall lebih kurang macam area di Bukit Bintang KL --> Elite. Urban. Fashionable.






Siam Paragon lebih besar dan lebih banyak store daripada Siam Center

Madame Tussauds pun ada terletak di Siam Discovery

 
Kidzania pun ada, maaa.. 

 
4.    Hard Rock Cafe (travel via skytrain, exit at #BTS National Stadium)




Untuk HRC collectors, definitely kena cari juga lokasinya. HRC Bangkok terletak di area Siam Square, you have to walk about 10 minutes from the exit train untuk sampai ke sini. Harganya sama aje macam HRC yang lain..saya dah janji dari sebelum datang lagi takmau dah beli HRC shirt untuk saya, tapi bila dah sampai, beli jugaaakkk...hok aloh..Dah nama pompuan kan, shopping dan wanita itu ibarat irama dan lagu gitu..wahhh mengada lempang diri sendiri.


5. Platinum fashion mall (travel via skytain, exit #BTS Ratchadewi)

Saya tak sempat ke sini, tapi melalui pembacaan saya lebih kurang sama macam MBK, dan more to clothing wears. Padahal mall ni memang terletak di area hotel yang saya duduk. Boleh pula tak larat dah nak jalan ke sini. (Fuluss pun dah mengecut sebenarnya..hehehe)


Adoi, letihlah celoteh panjang-panjang...haha..stop sini dulu, nanti sambung next entry


12 comments:

sumaiyahsuffian said...

seronoknya dapat g HRC...bli baju dia yg paling best.. uwuwuwu...lps ni nk pesan la klu puan g mana2.. heeeee..:D

Natasha said...

Su, tulahhhh nape tak pesan dari dulu? Hehehe. Nanti insyaAllah kalau pergi mana2 destinasi yg ada hrc, i'll let u know. Kalau saya buat preloved shirt, nak beli tak? :p

Akma Azlin said...

Salam tasha,
Eaaah. Dh smpai Bangkok ye. Present paper? Seronok btul ade husb yg sama field of work ni.
Pasal Korea tu xde ape pun. Takat study Google Map b4 pg, tu je.

sumaiyahsuffian said...

mana nak taw puan! saya suke collect tp so far xjln jauh mcm puan lagi..jual pre loved pon saya beli... yaaayyy! puan nak g mna2 nnti bgtaw eyh... heee...:D

ina said...

salam kenal... boleh tahu tak brp hrg thai silk di catucak tu..? berbaloi tak beli di sana ? Tq dear

Natasha said...

Hai Ina...thai silk di Chatuchak market ni sebenarnya bukan original silk sbb kainnya agak keras...so its quite cheap, around 300baht-400baht (rm30-rm40) sepasang,4 meter. Tapi blh bargain lg. Kalau nk yg berkualiti, better cari di kedai Silk yang sebenar...dalam mall atau sekitar Khao San Road, Pratunam , etc.

Anonymous said...

Salam,

nak tanya kalau nak shopping kat Bangkok berapa wang saku nak kena bawa?

Terima kasih!

SYED AZHAR said...

dekat sana dimana lokasi yang biasa orang borong tshirt ye sis? saya ni berniaga tshirt, terigin juga nak turun ke sana borong direct terus ..

SYED AZHAR said...

hi sis, nak tanya ni.. dekat bangkok tu biasanya dekat mana orang borong tshirt ye?

setakat ni yang saya tau dekat hatyai. bangkok pun pernah dgr ada, tapi taktau lokasi dia..

saya ni baru berjinak-jinak buat bisnes sebagai pemborong tshirt secara online je sis. ada info dari sis mcm ni mmg sangat membantu..

kalau rajin bukalah page saya di www.facebook.com/PembekalTshirt

Natasha said...

As salam Syed Azhar,

Di Bangkok, nak borong tshirt tu mmg banyak pilihan..boleh beli di MBK, Pratunam Mall atau Chatuchak. Saya tak membeli tshirt jadi saya kurang pasti harganya, but kalau kat MBK tu, satu level tu mmg level pemborong tshirt. Harap membantu :)

Yana MBK said...

Yana Restaurant Department of Tourism, Ministry of Tourism and Sports Co-operated with The Central Islamic Council of Thailand. This is to certify that Yana Restaurant MBK Center 5th Floor, Tokyu Side, 444 Phayathai Rd. Wangmai Pathumwan, Bangkok, Thailand 10330 has been assessed and found to be conforming to requirement of Halal Food Services Standard for Tourism. 4 Stars Level.

Yana Restaurant offers Halal food both Thai and International dishes which have very good taste, quality ingredients. Cleanliness and satisfaction guaranteed.

Yana Restaurant is halal restaurant in Bangkok which opened its doors on 14th June 2010. It's situated on 5floor, right opposite of 'Food on Fifth' food court, in Mah Boon Khrong Mall which is also known as MBK to most people. Take the escalator in Tokyu to level 5. Turn left and Yana Restaurant is right next to the escalator going up to Level 6. It serves both Thai cuisines and international cuisines.

Yana Restaurant Halal Thai & International Food @ MBK Bangkok Thailand
www.yanarestaurant.com

กระทรวงการท่องเที่ยวและการกีฬา ได้ร่วมดำเนินการกับ คณะกรรมการกลางอิสลามแห่งประเทศไทย ได้รับรองว่า ร้านอาหารยานา เรสเตอรอง มาบุญครอง ชั้น 5 ฝั่งโตคิว เลขที่ 444 ถนน พญาไท แขวง วังใหม่ เขต ปทุมวัน กรุงเทพฯ 10330 เป็นร้านอาหารที่ถูกต้องตามขั้นตอนมาตรฐานบริการ อาหารฮาลาลเพื่อการท่องเที่ยว ระดับ 4 ดาว

ร้านอาหาร ยานา เรสเตอรองส์ เป็นอาหารฮาลาลไทยและนานาชาติ รสชาติอร่อยล้ำ สะอาดพลาดไม่ได้ คัดสรรคุณภาพให้คุณลองลิ้มชิม รับรองว่าไม่ผิดหวัง

Azyyati Liah said...

Salam,

Hai Natasya. Saja blogwalking sini. Tengah cari info tentang Bangkok. Tq for the info :)

http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/10/15-spring-in-victoria-2014-day-5-shrine.html