Wednesday, January 29, 2014

Tips Membina "Research Proposal" (Master/PhD) dengan penuh yakin!

Assalamualaikum WBT,


Kali ini, saya ingin berkongsi tips membina Cadangan Kajian atau "Research Proposal". Seringkali juga saya ditanyakan tentang idea atau tajuk kajian yang boleh dibuat, khususnya dalam bidang "Facilities Management" atau Pengurusan Fasiliti. Saya memikirkan bagaimana saya nak deliver pengisian ni dalam ayat yang lebih mudah. Jadi, harapan saya melalui tulisan ni, tips yang saya kongskian boleh membantu sesiapa saja yang ingin menyambung pengajian khususnya di peringkat Master atau PhD.

Antara persoalan yang selalu ditanya-tanya:


Nak buat tajuk kajian apa ye?
Ada idea tak?
Apa yang betul-betul kritikal sekarang?
Nak baca jurnal apa ekk?
Apa yang kena ada dalam cadangan kajian?
Macam mana nak mula?
(kata tersirat bagi semua persoalan di atas: Emmm...boleh minta contoh proposal?hehehe)


Sebenarnya, bila diaju soalan tentang tajuk kajian yang patut dibuat, saya tak berkebolehan untuk menjawab soalan ni. Saya akan terdiam lama. Bagi saya, sebelum memulakan kajian, penyelidik harus tahu bidang apa yang diminati dan skop apa yang lebih khusus di dalam kajian yang diminati tu. Persoalan tentang tajuk akan buat penyelidik terbantut untuk meneruskan kajian. Sebab apa? Tidak tahu apa yang kritikal dalam kajian yang nak dibuat! Berikut disediakan step ringkas sebelum memulakan atau membina cadangan kajian Master atau PhD anda:


1) Step 1: Pilih dan fahami tentang bidang kajian dan skop pengkhususan yang anda minati


Setiap orang mempunyai minat berbeza. Dalam melaksanakan kajian, asasnya harus jelas dengan bidang kajian yang anda suka. Sebagai contoh, bidang kajian yang saya minati ialah Facilities Management (FM). Tapi, bidang ini luas. Ada banyak skop yang boleh dikhususkan. Jadi, sebagai contoh pengkhususan yang saya suka dalam FM ialah Building Performance Assessment.


     Bidang kajian: Facilities Management
     Skop pengkhususan: Building Performance Assessment (kajian tentang prestasi bangunan dari pelbagai aspek dan behaviour pengguna banggunan)


Jadi, bila dah minat, pasti kita akan pilih dan fahami skop ini. Macam mana nak fahamkan skop ini? Tiada kaedah lain ya, selain dari membaca. Jika extra rajin, boleh la interview mereka-mereka yang arif tentang skop ini untuk dapatkan lebih pemahaman.


2) Step 2: Mencari Gap atau Isu di dalam skop pengkhususan.


Bila dah memulakan step 1, pasti kita akan mula membaca jurnal-jurnal berkaitan. Ini dipanggil sebagai "pilot articles", iaitu artikel awalan yang perlu dibaca oleh penyelidik, relate dengan pengkhususan yang diminati tadi. Dari pilot articles ni, baru lah nampak gap atau isu yang perlu dikaji dengan lebih lanjut (boleh rujuk tentang mencari research gap melalui entri terdahulu di sini). Sebagai contoh, gap yang diperolehi ialah "...kurang atau tiada ratings system/tools dibangunkan untuk menilai prestasi bangunan di sekolah-sekolah kerajaan". Gap perlu disertakan dengan bukti-bukti dari kajian lepas.


3) Step 3: Membina soalan kajian


Apabila gap telah diperolehi, di sinilah wujudnya persoalan. Persoalan ini dipanggil sebagai soalan kajian atau "research questions". Kajian kita ni sebenarnya lebih kepada proses untuk menutup gap tersebut (closing the loop), jadi soalan kajian boleh jadi lebih dari satu soalan. Sebagai contoh, lanjutan dari gap tadi, soalan kajian yang timbul ialah "Apa parameter atau items yang perlu ada untuk membina rating system?"


4) Step 4: Membina matlamat utama dan objektif kajian


Research aim (matlamat utama) dan research objectives dibina dari persoalan kajian. Mohon jangan terlalu 'ambitious' dalam meletakkan objektif kajian, khuatir objektif akan sukar dicapai. Objektif harus relate dengan soalan kajian. Sebagai contoh, objektif dari soalan tadi ialah "to determine parameters for building performance rating system in...."


5) Step 5: Membina tajuk kajian!


Di sini lah step yang sepatutnya tajuk kajian itu dibina. Setelah ada gap, soalan, matlamat utama dan objektif kajian, barulah ada tajuk yang sesuai untuk diletakkan sebagai cadangan kajian anda. Jadi, jika dilihat contoh yang diberikan di step-step di atas, apakah tajuk kajian yang sesuai dibina??


"Development of Building Performance Ratings System for Public Schools in Malaysia"


Mungkin?




Di atas ialah langkah ringkas untuk membina proposal dan menentukan objektif kajian, supaya research direction anda dapat disokong dengan methodology yang betul. Sebenarnya, setiap objektif kajian tu kita dah perlu expect sedikit sebanyak apa outcome nya, jadi method bagi mencapai setiap objektif kajian tu perlu diketahui (identify). Buatlah jadual ringkas yang meletakkan apa Soalan Kajian anda, Objektif Kajian, Method, Instrumen dan Expected Outcome bagi setiap objektif kajian. Jadi, rasional atau tidak soalan kajian boleh dijawab dan tercapainya objektif kajian akan jadi lebih jelas. Tapi saya percaya dalam membina proposal (terutamanya yang untuk dihantar ke peringkat permohonan sambung belajar...kiranya baru nak mohon sambung study), masih ramai yang kabur-kabur lagi tentang research method. Don't worry, learning is a never ending process. Boleh perbaiki dari masa ke masa. Buat yang telah jelas tentang research method pada peringkat ini, you have all my respect dan saya percaya anda boleh GOT insyaallah


Semoga Berjaya!




* Tambahan:


Apa yang perlu ada dalam Cadangan Kajian?


Introduction
Problem Statement
Research Questions
Research Aim
Research Objective
Literature Review
Methodology
Scope and Sampling
Significant Benefit


(mungkin sedikit berbeza susunannya mengikut universiti)




bye !