Tuesday, November 30, 2010

Spend masa bertransit di Doha, Qatar

Cuma ada 2 weeks lagi saya di office before saya nak cuti panjang..Pity for emak sebab sekarang tinggal keseorangan, because atuk Jijah (orang Johor panggil nenek 'Atuk') pula dah balik Muar..ikutkan hati, mahu saja saya terus cuti temankan emak tapi kerja saya tak settle-settle lagi, ditambah dengan audit, isi borang SKT dan sebagainya, jadi saya bagitahu mak yang saya akan pulang bercuti panjang mulai minggu depan. Sebut pasal SKT, baru saya realize yang tahun ini saya cuma attend dan present paper conference sekali sahaja, iaitu bulan Mei lepas di Paris, France. Jika anda baca entry tersebut, ada terselit cerita yang saya bertransit di Doha untuk ke Paris dari KLIA. Transit masanya agak lama iaitu 13 jam, jadi sebelum bertolak, kami sebenarnya dah buat perancangan; samada boleh atau tidak kami keluar dari terminal Doha untuk berjalan-jalan di sekitarnya. Memandangkan hubby ada kawan-kawan yang bekerja dan tinggal di Doha, jadi tercapailah hasrat kami untuk melihat panorama Doha, Qatar ..cewahhh...sebenarnya teruja sebab dulu sewaktu nak ke Istanbul transit di Dubai, terkejar-kejar masa sebab transit hanya sejam. jadi bila diberitahu yang transit di Doha ni 13 jam dan boleh keluar dari terminal, so apa lagi...perasaan jakun mengatasi situasi diri yang jet-lagged.



Doha kini rancak dengan pembangunan dan sebagai salah sebuah negara Arab yang kaya, pastinya banyak peluang-peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya bagi yang terlibat di dalam sektor pembinaan..(hehe..ayat macam nak jawab exam Construction Economics). Jadi sesampai je Doha International Airport, tak hairanlah kalau kiri kanan bangunan tu macam-macam construction yang tengah developed. Mari mulakan kronologi gambar mengikut situasi saya di sana. Kalau tengok gambar-gambar saya di bawah ni, jangan ditanya kenapa pakai baju yang sama. Oh..mahu saya explain juga? Pakcik pilot kata beg yang dah check-in tak dibawa keluar, jangan gatal nak tunggu beg tiba buang tenaga baik kita berjalan, kata pakcik pilot itu lagi.






Di luar airport




Co-writer juga bergambar di luar airport





Teksi di Doha seakan-akan teksi bluebird di Indonesia







Saya pun tak sempat nak meninjau freeduty shop dalam terminal. Lagipun kami tunggu kawan yang datang menjemput, jadi tak manis pula kalau biarkan dia menunggu. Kawan hubby saya ini QS yang berkerja di sini, sama seperti background saya dan hubby yang juga QS yang pernah bekerja di industri sebelum terjun ke gomen sebagai academician. If ditakdirkan saya masih lagi bekerja di industri, teringin juga saya cari opportunity untuk bekerja di negara-negara Arab. Gaji mereka-mereka di sini lebat you..Tapi ini tidak bermakna saya tidak suka dengan pekerjaan saya sekarang. Jangan buat spekulasi buruk, itu sangat tidak baik ye kawan-kawan.







Setelah dijemput rakan hubby saya, kami dibawa ke rumahnya untuk makan-makan dan bertemu rakan-rakan yang lain. Terpesona saya tengok rumahnya....kerana yang pertama, keunikan rumah-rumah berada dalam satu kawasan pagar yang besar, hanya ada 8 ke 10 unit rumah sahaja dan jenis rumah seperti ini dipanggil 'villa' di sini. Jadi jiran busybody dan kaki mengumpat dapat dikurangkan..hehe..takdelah..Kedua, pagar yang tinggi dan warna yang beige sandy, disebabkan faktor angin dan pasir di kawasan Doha dan kadangkala terjadinya ribut pasir. jadi kalau pagar tak tinggi, memudaratkan bangunan dan kawasan dalamannya juga. Warna yang seperti 'sand' ini adalah warna common for building-building di Doha kerana sekiranya bangunan dicat warna-warni macam bangunan Post-Grad FSPU, warnanya akan cepat faded di atas faktor yang saya nyatakan tadi. Ketiga, yang menarik perhatian saya pastilah dekorasi rumahnya yang cantik :)



View perumahan yang dipanggil 'villa'. Every unit sebenarnya detached antara satu sama lain.







Acara makan tengahari..tembikai atas meja pencuci mulut..heee







View hadapan rumah beserta model tak bertauliah






Jangan hairan kalau lihat banyak betul kereta-kereta berjenama mewah berpeleseran di jalan-jalan di sini , penduduk di Doha very-very rich, saya diberitahu yang anak-anak kecil yang bersekolah tadika di sini pun bawa beg LV......*ngaaaa







So, kemana destinasi saya selama bertransit di sini? Kalau ke middle east, pasti you all tahu yang setiap bandarnya mesti ada Souq atau bazaar. Di sinilah tempat yang menjadi centre of attraction dan macam-macam barang yang ada. Saya pula jadi tiada idea apa untuk dibeli di sini disebabkan takut kekurangan duit bila tiba di Paris nanti. Jadi, kami cari barang wajib sahaja iaitu fridge magnet dan key-chain. Other than that, we also bought a shawl-neck yang bertulis Qatar, chocs and nuts (pistachio, almond, cashew..yummy!) yang harganya agak murah di souq ni.





Safely arrive at Souq area..BMW di belakang bila nak menyerah diri pada saya?







Di dalam perkarangan Souq








Ini rupanya motor polis..hehe









Selepas cuci mata di souq, kami pergi makan malam di satu restoran Turkish yang quite popular di sana...kenyang tak ingat, sampai saya pun tak ingat apa nama restorannya, apa makanan yang saya makan...hehe jangan marah you. Nah tengok gambar kekenyangan aje.



Acara sesudah makan..alhamdulillah!








So, hari pun dah lewat malam, sebelum kami ke terminal semula untuk check-in, final view kami ialah salah satu shopping mall yang mewah di sini, Villagio. Bukan kami nak shopping, cuma uniknya di sini ialah bahagian ceiling bangunan ni, whereby when you lift up your head ke atas, you will see seolah-olah bangunan ni open void! Bila saya masuk mall ni, mata saya jadi terang benderang walaupun susana kat luar dah kelam malam. ceiling itu hanya menggunakan teknik painting khas yang menjadikan finishes dia seolah-olah original sky..thats fascinating to me, tak tahulah pada pandangan mata you all mungkin biasa, mungkin sebab saya orang construction.




Man-made canal inside the mall










Look at the sky...so blue..wahhhh...-TIPU.


Itu adalah ceiling bangunan menggunakan special paint









Jika menjinjit paper bag butik di belakang itu pasti gambar ini lebih cantik pixelnya.. :p





Luxurious look inside the shopping mall...eh mana sumer orang pegi???













Jadi, walaupun hanya membeli-belah tingkap (window shopping) di sini, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Mr. Yusri, yang sudi bawa hubby dan saya berjalan-jalan di Doha menaiki Porche Cayenne miliknya..wahhh..sungguh empuk kerusinya..hehehe..






Thanks a lot!!




Sekian dari saya... dah dah sambung kerja reflective paper..tak siap-siap jugak!

Wednesday, October 20, 2010

Travel Tips: Istanbul

Saya khaskan entry ini selepas menghadiri pembentangan kertas kerja di Novotel Hotel, Istanbul, sambungan dari entry semalam. Sebenarnya, saya pergi ke Istanbul ni pada pertengahan tahun 2009. Jadi, agak terlambat juga update ni, dah setahun..hehe.. By the way, bagi mereka yang berhajat untuk jalan-jalan di Istanbul buat pertama kali, harap ini dapat membantu :)


1. Blue Mosque

Blue Mosque nama popularnya atau nama sebenar masjid ni ialah Sultan Ahmed Mosque. terletak di kawasan Sultanahmed, dipanggil masjid biru kerana dinding dalamannya penuh dengan jubin bewarna biru. Boleh baca info di sini









Model replika perkarangan Masjid Biru dan kawasan luar sekitarnya

These two ladies asyik usap-usap pipi saya..jadi saya ajak mereka bergambar sekali dengan saya


Alhamdulilah..sempat menunaikan solat di sini


Dome di dalam Masjid Biru






2. Hagia Sophia


Di belakang tu la Hagia Sophia


Pintu masuk ke Hagia Sophia

Marble Jar






Asalnya ini dahulu main prayer. Sekarang ini dijadikan muzium

 


Ok, sedikit sejarah berkenaan Hagia Sophia, Pada asalnya it was a basilica and church, thats why can see gambar Jesus at the centre. Then, the Muslims took over the place, thats why you can see kalimah Allah dan Muhammad, sampailah zaman sekular dikuatkuasakan di Turki. But now, it remains as a museum.




 Ini lorong untuk naik ke level atas. Mcm amazing race kau..mongah den!



 Beautiful, magnificient architecture !



 Saya berada di bahagian atas muzium. Sukanya saya tengok column ni..it's all from marble!



The column and the arch...saya kagum!


3. Spice Bazaar



Macam-macam dijual disni..Lampu hiasan kat belakang ni comellzzz (saya beli yang mcm gelas minum tu, warna oren..teeheeee..)


Turkish delights yang bermacam rupa bentuk dan rekaan..Ini di Spice Bazaar. Tapi sebenarnya byk kat kedai2 luar yang jual ni. Not bad at all
Pinggan seramik pun terkenal di sini..cantik dijadikan hiasan (sayangnya, tak dibalut dengan baik, pecah satu pinggan bila sampai di KLIA..sobs)


4. Yeni Mosque


Sekali pandang seakan2 macam Blue Mosque. Masjid ni tengah2 bandar Istanbul, sebelah timur dan mengadap laut Bosphorus.
Banyak merpati di sini...

Di hadapan pintu masuk Yeni Mosque


5. Grand Bazaar

Mostly, visitors mesti berkunjung ke sini untuk beli souvenirs dan barangan-barangan famous di Istanbul. Bazar ni adalah bazar yang paling besar di bandar Istanbul, dan tak salah saya ada ? kedai di dalamnya. Cuma, saya kurang gemar berbelanja di sini sebab harganya agak cekik darah dan susah untuk menawar. Saya recommend, baik beli di Spice Bazaar sahaja kerana harga jauh lebih murah . 

Kawasan luar sekitar Grand Bazaar


Saya tengah bargain..tapi tak pandai bargain sebenarnya..hehehe..Ni dalam Grand Bazaar.





Saya rest sekejap, nak try kebab kat sini. A must try!

Turkish tea - pelbagai rasa ada di sini. A must try too!


Di perkarangan luar Grand Bazaar...



6. Topkapi Palace
Muzium besar ini merupakan tempat tinggal raja-raja sewaktu pemerintahan Ottoman dan telah dikategorikan sebagai tapak warisan dunia oleh unesco. Kat sini mostly tempat bersemayam bagi keluarga sultan dan banyak peninggalan sejarah kedatangan Islam ke Turki dan di sini juga terdapat kelengkapan senjata dan pakaian, yang digunakan oleh nabi kita, Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda. Cebisan rambut, gigi, serban pun ada. Malangnya, visitors tak dibenarkan ambil gambar2 tersebut. Bahagian lain dibenarkan oleh management. Memang cantik sangat Topkapi Palace ni.







They said this is a bath area..betul ke? Emmm

Marble dome with gold plated interior...masyaAllah..cantik sangat!


Tempat bersemayamnya sultan ni dipanggil Harem



7. Sekerci

Kami menaiki tram untuk ke sini. Bandar ni kiranya sempadan antara dua benua - eastern site dan western site. Menghadap laut Bosphorus, memang cantik! Ruginya rasa sebab kami tak berkesempatan untuk naik cruise mengelilingi laut Bosphorus, jadi kalau u all datang Istanbul, jangan lupa naik cruise ok.







Menaiki tram (train laluan tengah bandar) untuk ke area Grand Bazaar dan bandar Sekerci (border ke Taksim) - with Akmal, anak Dr Norizan :)






Malam terakhir, kami berpindah dari Novotel Hotel ke kawasan Sekerci ni sebab ini merupakan kawasan tarikan pelancong dan lebih happening. Lagipun, hotel kat sini murah sikit dari Novotel.

Kawasan sekitar street hotels di Sekerci

Posing dengan shisha. Ramai tourist lepak-lepak minum turkish tea di sini.

And lastly, the food in Istanbul.........love it!
Try out local ice-cream

Specialnya ice-cream ni adalah ia kenyal, boleh lambung-lambung dan ditarik-tarik :)




Rice pudding ...sedapnya!

Makan-makan di Sekerci dan sempat beli Baklava - manisan terkenal Turki (lupa nak ambil gambarnya)


Nota:
Mostly, matawang di sini adalah di dalam Turkish New Lira. Bawa duit dalam Euro pun boleh, tapi berbelanja menggunakan matawang Lira di sini adalah lebih jimat. 1 Lira lebih kurang bersamaan dengan Ringgit Malaysia (RM) 1.80.


















 





Bye!