Doha kini rancak dengan pembangunan dan sebagai salah sebuah negara Arab yang kaya, pastinya banyak peluang-peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya bagi yang terlibat di dalam sektor pembinaan..(hehe..ayat macam nak jawab exam Construction Economics). Jadi sesampai je Doha International Airport, tak hairanlah kalau kiri kanan bangunan tu macam-macam construction yang tengah developed. Mari mulakan kronologi gambar mengikut situasi saya di sana. Kalau tengok gambar-gambar saya di bawah ni, jangan ditanya kenapa pakai baju yang sama. Oh..mahu saya explain juga? Pakcik pilot kata beg yang dah check-in tak dibawa keluar, jangan gatal nak tunggu beg tiba buang tenaga baik kita berjalan, kata pakcik pilot itu lagi.
Di luar airport
Co-writer juga bergambar di luar airport
Teksi di Doha seakan-akan teksi bluebird di Indonesia
View perumahan yang dipanggil 'villa'. Every unit sebenarnya detached antara satu sama lain.
Co-writer juga bergambar di luar airport
Teksi di Doha seakan-akan teksi bluebird di Indonesia
Saya pun tak sempat nak meninjau freeduty shop dalam terminal. Lagipun kami tunggu kawan yang datang menjemput, jadi tak manis pula kalau biarkan dia menunggu. Kawan hubby saya ini QS yang berkerja di sini, sama seperti background saya dan hubby yang juga QS yang pernah bekerja di industri sebelum terjun ke gomen sebagai academician. If ditakdirkan saya masih lagi bekerja di industri, teringin juga saya cari opportunity untuk bekerja di negara-negara Arab. Gaji mereka-mereka di sini lebat you..Tapi ini tidak bermakna saya tidak suka dengan pekerjaan saya sekarang. Jangan buat spekulasi buruk, itu sangat tidak baik ye kawan-kawan.
Setelah dijemput rakan hubby saya, kami dibawa ke rumahnya untuk makan-makan dan bertemu rakan-rakan yang lain. Terpesona saya tengok rumahnya....kerana yang pertama, keunikan rumah-rumah berada dalam satu kawasan pagar yang besar, hanya ada 8 ke 10 unit rumah sahaja dan jenis rumah seperti ini dipanggil 'villa' di sini. Jadi jiran busybody dan kaki mengumpat dapat dikurangkan..hehe..takdelah..Kedua, pagar yang tinggi dan warna yang beige sandy, disebabkan faktor angin dan pasir di kawasan Doha dan kadangkala terjadinya ribut pasir. jadi kalau pagar tak tinggi, memudaratkan bangunan dan kawasan dalamannya juga. Warna yang seperti 'sand' ini adalah warna common for building-building di Doha kerana sekiranya bangunan dicat warna-warni macam bangunan Post-Grad FSPU, warnanya akan cepat faded di atas faktor yang saya nyatakan tadi. Ketiga, yang menarik perhatian saya pastilah dekorasi rumahnya yang cantik :)
View perumahan yang dipanggil 'villa'. Every unit sebenarnya detached antara satu sama lain.
Acara makan tengahari..tembikai atas meja pencuci mulut..heee
View hadapan rumah beserta model tak bertauliah
Jangan hairan kalau lihat banyak betul kereta-kereta berjenama mewah berpeleseran di jalan-jalan di sini , penduduk di Doha very-very rich, saya diberitahu yang anak-anak kecil yang bersekolah tadika di sini pun bawa beg LV......*ngaaaa
So, kemana destinasi saya selama bertransit di sini? Kalau ke middle east, pasti you all tahu yang setiap bandarnya mesti ada Souq atau bazaar. Di sinilah tempat yang menjadi centre of attraction dan macam-macam barang yang ada. Saya pula jadi tiada idea apa untuk dibeli di sini disebabkan takut kekurangan duit bila tiba di Paris nanti. Jadi, kami cari barang wajib sahaja iaitu fridge magnet dan key-chain. Other than that, we also bought a shawl-neck yang bertulis Qatar, chocs and nuts (pistachio, almond, cashew..yummy!) yang harganya agak murah di souq ni.
Safely arrive at Souq area..BMW di belakang bila nak menyerah diri pada saya?
Di dalam perkarangan Souq
Ini rupanya motor polis..hehe
Acara sesudah makan..alhamdulillah!
Man-made canal inside the mall
Selepas cuci mata di souq, kami pergi makan malam di satu restoran Turkish yang quite popular di sana...kenyang tak ingat, sampai saya pun tak ingat apa nama restorannya, apa makanan yang saya makan...hehe jangan marah you. Nah tengok gambar kekenyangan aje.
Acara sesudah makan..alhamdulillah!
So, hari pun dah lewat malam, sebelum kami ke terminal semula untuk check-in, final view kami ialah salah satu shopping mall yang mewah di sini, Villagio. Bukan kami nak shopping, cuma uniknya di sini ialah bahagian ceiling bangunan ni, whereby when you lift up your head ke atas, you will see seolah-olah bangunan ni open void! Bila saya masuk mall ni, mata saya jadi terang benderang walaupun susana kat luar dah kelam malam. ceiling itu hanya menggunakan teknik painting khas yang menjadikan finishes dia seolah-olah original sky..thats fascinating to me, tak tahulah pada pandangan mata you all mungkin biasa, mungkin sebab saya orang construction.
Man-made canal inside the mall
Itu adalah ceiling bangunan menggunakan special paint
Jika menjinjit paper bag butik di belakang itu pasti gambar ini lebih cantik pixelnya.. :p
Sekian dari saya... dah dah sambung kerja reflective paper..tak siap-siap jugak!
Luxurious look inside the shopping mall...eh mana sumer orang pegi???
Thanks a lot!!
Jadi, walaupun hanya membeli-belah tingkap (window shopping) di sini, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat Mr. Yusri, yang sudi bawa hubby dan saya berjalan-jalan di Doha menaiki Porche Cayenne miliknya..wahhh..sungguh empuk kerusinya..hehehe..
Sekian dari saya... dah dah sambung kerja reflective paper..tak siap-siap jugak!
2 comments:
salam...time transit ni keluar dr airport perlu visa x?
W'salam faqihuddin, yes, perlu visa on arrival. Ada amount yg perlu dibayar tapi saya dah lupa berapa huhu
Post a Comment