Wednesday, March 9, 2011

Jom pi Singapore

Seperti yang dijanjikan, saya akhirnya dapat juga post entry di Singapore. Banyak cara sebenarnya nak ke Singapore ye, lebih-lebih lagi Malaysia ni next neighbour je kan. Boleh naik bas, naik train, naik flight, nak lebih adventure bawa la kereta, but we choose to travel via flight sebab ada promo tiket, tiket depart just RM25 seorang and tiket return mahal sikit, RM150 seorang. Don't worry pasal transport kat sana, or hotel ke. Cari je dalam website, hotel area Paya Lebar or Al-Juned or Geylang, sebab sini banyak halal food.

Public transport system kat Singapore pun very efficient, ada MRT, ada bas yang sistematik bernombor bagai, punctual pula tu dan pergilah mana-mana tempat attraction kat Singapore, mesti ada stesyennya. Cuma satu je yang saya kurang berkenan tentang MRT ni, after you purchase the ticket, you have to return the ticket kat machine untuk ambil balik deposit. Sebabnya, ticket tu they will recycle semula, jadi taklah berlaku pembaziran, but bagi traveller macam saya ni rasa leceh sikit sebab each time berhenti kat last station, we have to go to the machine, insert semula ticket then dapat le balik deposit dalam coin, SGD1 (1 singapore dollar=RM2.40)

So, these are the places:

1. Marina Bay Sands, Singapore






Bergambar juga laaa...walaupun tengok dari jauh je. Kalau nak dapat best view, naik MRT sampai Raffles station, then jalan kaki la sikit ke bridge dekat dengan Merlion, the famous statue of Singapore tu

2. Esplanade




Espalande is a building for theater or musical show. Lokasinya pula sama macam Marina Bay Sands tadi, naik MRT sampai Raffle and then just walk along the bridge. 

3. Merlion statue


Lokasinya berdekatan dengan Esplanade. Agak malang sikit bagi kami bila sampai ke sini. Sebabnya...this famous statue dalam renovation process #nangisss...duduk dalam hoarding tinggi bersangkar lagi. It's due to pembinaan hotel di situ, jadi Merlion statue ni akan diletakkan dalam hotel tu sekali. Jadi, last-last bergambar dengan statue Merlion yang kecik sikit, maybe anak dia la kot..




4. Chinatown





Nak cari souvenir for friends and family? Chinatown is the paradise! Nak pergi sini, senang je, naik MRT stop at Chinatown. 

5. Arab street






Kalau nak cari kain pasang, lace and other barang-barang yang berciri kemelayuan, boleh la jalan ke Arab street pula. Naik MRT sampai ke Bugis station. Kat Arab street ni, you mesti pergi Masjid Sultan, di mana masjid ni adalah masjid tertua di Singapore. Banyak juga bas-bas dari Malaysia berhenti kat sini. Ada satu muzium kat sini iaitu Malay Heritage Centre, Kampung Glam. 


6. Little India


Dari Chinatown, ke area Melayu, then area India pulak. Kat sini cuma sightseeing sahaja and ada juga 1-2 shops yang colorful dan looks aesthetic sikit.

7. Orchard Road




To high end lovers, your shopping heaven terletak di Orchard Road. Naik MRT then stop at station Orchard atau Somerset. Kiri, kanan, sepanjang jalan name all the brands you want.  We pass through this Orchard Road ni sebenarnya untuk ke HRC


8. Hard Rock Cafe, Singapore


HRC di Singapore terletak di sebelah Hilton Hotel, so agak jauh juga berjalan ke sini dari station Orchard. Those yang collecting, jangan lupa singgah.


Ada lagi few places lain yang kami visit, like statue Raffles, tapi itupun dalam sangkar juga sebab under renovation. 


Bye!


Next entry - Sentosa Island and USS

1 comment:

Zaid said...

lusa saya ke Singapura.. bagus gak tips ni..

PS : Gay World Hotel haha tak bleh blah..