Agak dah lama tak update tentang seminar/konferens ye. Maklum je la, tahun 2011 adalah tahun yang paling malas sekali buat paper..haha. Ada tu ada, tapi tak banyak la, cuma present di Singapore bulan Februari dan di Bandung pada bulan Jun. Selebihnya, cuma hantar paper for journals, senang tak payah present. Tapi still kena bayar ye for the publication. Substance sangat penting, jangan hentam kromo je buat paper tak proof read bagai. Ada juga sesetengah organizer of conference yang memahami bahawa tak semua authors dapat hadir untuk presentation, jadi bila dihantar Notification of Acceptance tu, dah siap-siap mention perkara seperti ini:
"If author or co-authors are unable to present on the conference date, the Proceedings, abstract book and other conference kit will be delivered to the author's correponding address with free of charge".
Untuk travel ke luar Malaysia memang guna banyak duit, bukan sekadar nak bayar fee untuk conference sahaja, you have to think about transport (kalau luar Malaysia dah tentu kena reserve duit untuk flight ticket), hotel, makan dan kalau dah keluar Malaysia tu tentu la ada je souvenir yang kita nak beli, kan. Itu semua duit tu. Saya estimate kalau nak ke Singapore atau Oceania (Australia/NZ) misalnya, paling kurang peruntukan untuk semua tu ada la dalam RM3000 untuk cover flight, hotel, food, shopping. Tak campur dengan conference fee lagi yang mesti dalam lingkungan RM1000 ke RM2000 untuk seorang registration. Kalau Europe lagilah banyak kau nak spend, bawa RM5000 pun tak cukup dek non. Alamatnya kalau lalu butik Gucci or LV tu, jeling-jeling je la yang mampu dibuat. Even pergi Indonesia pun still kena peruntukan at least RM1000 untuk hotel, makan, shop (tak campur conference fee). Jadi, saya lega sangat kalau committee of conference nyatakan statement seperti di atas, jadi duit yang ada cuma digunakan untuk bayar conference fee sahaja, paper dah tentu publish juga. Tapi pastikan conference tu ada high impact index seperti IEEE, Scopus or ISI Thomson.
Jadi, bulan Januari dan Februari ini, ada upcoming conference yang telah dijamin ada high impact index:
1) 2012 3rd International Conference on Environmental Science and Development - bertempat di Hong Kong pada 5-7 Januari 2012. Proceedings will be published with Elsevier format and indexed by Scopus.
2) 2012 International Conference on Climate Change and Humanity (ICCCH 2012) - bertempat di Singapura pada 26-28 Februari 2012. Proceedings will be published under ISI Thomson
3) 2012 2nd International Conference on Future Environment and Energy (ICFEE 2012) - bertempat di Singapura pada 26-28 Februari 2012. Proceedings will be published under ISI Thomson
Jadi kalau teringin ke Hong Kong atau Singapore, boleh submit paper ye :)
No comments:
Post a Comment