Sunday, August 5, 2012

Seoul, Korea 4: Seogwipo , Jeju Island


So, sambung tentang Jeju Island pulak. Jeju ni sebenarnya terletak nun jauh kat selatan Korea dan buah limau or Jeju orange (Hanlabong) memang famous kat sini...rupanya pelik sikit tapi rasanya manis macam limau mandarin. Kekadang tengok, Jeju ni macam Cameron Highland pun ada juga, sebab banyak kebun buah dan sayur. Suhu kat Jeju ni actually sejuk sikit dari bandar Seoul yang memang tengah panas waktu ni. Dari brochure yang saya ambil di Jeju Airport, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik kat Jeju ni. Cuma, tak sempat la nak pergi semua tempat. Tujuan datang sini ialah untuk present paper kan. Jadi, pergi yang mana sempat, dekat dan menjimatkan kos sahaja.


1. Jeongbang Waterfalls


Jeju ni kan pulau dan dikelilingi laut, jadi selain famous for golfing activities, kat sini juga banyak streams dan waterfalls. Kami sempat singgah satu waterfall namanya Jeongbang Waterfalls, sebelah aje dengan hotel tempat konferens yang kami hadiri. MasyaAllah, memang cantik tempat ni dan nyaman je. Kat Jeju ni, penyelam-penyelam wanita yang biasanya turun ke laut untuk collect oysters, gamat dan octopus. Sempat la tengok ada makcik-makcik ni jual oysters dan gamat hidup-hidup, dia siang dan potong kat situ juga, letak sos sikit pastu makan la mentah-mentah.....


the beautiful waterfall..MasyaAllah..sangat indah!









Us!


Makcik gigih menyiang oyster. Basuh pun main celup-celup dalam besen kat belakang nu ha

Oyster, gamat dan octopus mentah-mentah dicicah dengan sos istimewa bersama sebotol air




2. Teddy Bear Museum, Jeju

Teddy bear museum lagi? Sebenarnya pergi museum ni sebab ia terletak di tengah-tengah area Jungmun, di mana banyak lagi museum lain kat sini, kiranya di sini tourist main attraction la. Tapi rasa tak rugi pun sebab kat sini gallery dia lagi besar, ada outdoor gallery plus ada teater kecil lagi dalam museum ni. Sempat la juga makan Lotteria burger lagi kat sini, but this time tambah potato cheese ball pula.




Antara Teddy Bear termahal


Shrimp burger my fav

Potato Cheese Ball from Lotteria kenapa sedap sangat 



Outdoor gallery of Teddy Bear Museum

Teddy Bear Museum , Jeju



3. Ripley's Believe It Or Not Museum



Ripley's Museum entrance

Sebenarnya kat Genting pun ada tapi bila dah kat sini mengada pula nak masuk macam-macam museum. Banyak benda pelik-pelik dalam museum ni, not bad at all. 
I captured this while this man is trying to rolled his tongue..hehehe. This mirror ni ada letak notis, ask you whether you can roll your tounge. Bila kita lalu mirror ni dan baca notis tu, sambil tu mesti tergulung-gulung la lidah kan because the notice ask you to do so. Tapi, what they dont know, belakang cermin tu sebenarnya boleh dilihat oleh manusia-manusia yang lalu lalang di belakangnya plus ada kamera lagi yang rakam momen kita buat tu....


4. Chocolate Museum

Hmm...takde apa yang menarik sebenarnya kat sini. Sekadar tengok pameran coklat-coklat yang bermacam rupa aje. Dalam museum ni ada Chocolate School, kiranya nak belajar buat chocolate, boleh la cuba kat sini tapi bayar le 11,000 won (lebih kurang RM33). Untuk budak-budak ok le kot. So, museum ni tak berapa best le bagi kami.


At Chocolate Museum - small cooking class is also here



Chocolate macam telur ayam


Choc School



Cotton Candy Ice-Cream



5. Alive Museum


At first tak terfikir nak masuk sini sebab dah muak tengok signboard kat luar tu, macam-macam museum ada. At here, we met newly wed couple, Megat and Najwa here, and actually kami dah berkenalan sewaktu mula-mula sampai di Jeju Airport lagi. They went here for their honeymoon trip  and they informed us about this museum. Its worth it sebab kat sini sebenarnya full of 3D gallery dan trick art gallery (at this time, belum ada 3D trick art museum di Malaysia)

Welcome to Alive Museum!

With newly wed, Megat and Najwa


Ahah...cheating!

I know...i know. I'm tall 






Berangan jadi princess jap


Ilusi optik 

Hello sea lion!





Tahu kan we all agak was-was nak makan masakan Korea di sini ? Tapi, malam tu tergerak hati nak cuba satu tempat ni, sebab dok perhati kedai ni hanya jual octopus sahaja, tanpa ada Go-Ji (meat) dan daging-daging lain. Bila try tanya customer di situ, we've been informed that kedai ni hanya jual Nakji Bokkeum (Spicy Stir Fried Octopus), and it's very-very spicy. Served with rice and bean sprout. So, we tried it out tapi nak tapau saja bawa balik hotel. Time nak balik, jumpa pula Dr. Faris, our friend from UTP dan tak sangka he's also attending the conference. So, Dr. Faris, see you at the conference tomorrow ya.

Restaurant yang serve Nak-ji Bokkeum sahaja. Terletak sederet dengan Litte France Hotel, Segwipo, Jeju Island


With Dr. Faris


 Hasil daripada Nakji Bokkeum yang kami tapau tadi tu? Ya Allah...memang sedap sangat-sangat! Please la cuba!



Nakji Bokkeum - Spicy Stir Fried Octopus..I cry so drama queen





6 comments:

Unknown said...

cantik2 gambar n pemandangan ca.. :)

Anonymous said...

megat n najwa tu kawan aku punya adik.

hae hanafi

Natasha said...

Serious beb??? Adik kawan kau Megat ke Najwa???Alahaiii aku lupa nak minta email diaorang haritu...pas balik dari museum tu dah tak terserempak dah..Sweet tau both of them :)

Anonymous said...

Kakak megat kawan dengan aku. Kakak dia pun ada blog. ko bolehla bloghopping kat "Our Journal This Is Us". Megat ni skrg kat Cardiff further studies!

Hae Hanafi

Anonymous said...

Hi natasha. My sister told me pasal ur blog. Aritu kite trus lost contact kan. Korang jln kat dpn kiteorg tertinggal kat blakang sbb ade bende tumpah dlm beg. Tgk2 korang dh ilang dh. Baru nk ajak lepak mkn skali ker.

Megat

Natasha said...

Hai Megat. Luckily I found your sister's blog :) Aiseyyyy..kalau tahu, we all tunggu both of you..hehehe..Sebab memang nak sgt try korean food, tapi tak tahu nak pergi which restaurant. By the way, happy studying...University of Cardiff ke..? Send my regards to your wife ya!