Tuesday, March 4, 2014

Throwback trip: Kuching

Setelah berkali-kali janji nak update travel entry, hari ni la terrr rajin sikit. Tak tahu laa saka apa yang ada dalam instagram sebab sejak wujudnya akaun, punya laa malas nak update blog. Since last year sampai laa recently, banyak juga bawa anak-anak pergi trip plus kita dua orang hubby wifey trip pun ada. Maybe I should start dengan #throwbackKuching dulu, sebab terlalu banyak nostalgia, pengalaman dan kenangan kami sewaktu menetap di Kuching dari tahun 2005 hingga 2008 dahulu..sob sob sob. Jadi, hujung tahun 2013 baru-baru ni kami satu family pergi ke sana termasuk anak-anak dan mak saya sekali. Terperanjat tauuu banyak perubahan, especially kat Kota Samarahan, tempat kami tinggal dulu! Ish ish rinduuuuu ! Ok tak nak celoteh panjang, enjoy the pics ya, sambil tu saya letak story caption di setiap gambar.

Ready to board! Kami menaiki penerbangan Airasia, kebetulan ada promosi jadi tiket cuma RM8++ pergi/balik utk 5 dewasa



Family portrait di Riverside Waterfront. Dulu bertiga je dengan Haikarl. Skrg bertambah dua ahli lagi Hairitz & Hyzara :p.



Ragam si kecil Zara
Pergi Kuching, memang wajib ke bazaar Waterfront

Bawa anak-anak naik cruise menyusuri sungai di hadapan Waterfront


Small cruise ni dua tingkat. Tingkat bawah, tertutup. Ini pula di tingkat atas

Sewaktu saya menetap di Samarahan dulu, bangunan DUN ni masih dalam pembinaan. Kalau dari Waterfont, memang jelas tarikan bangunan ni. Memang cantik!

Berangan habis si kecik ni, siap tepis tepis rambut tak menahan....


Jeng jeng jeng..! Rumah siapa ni, cuba teka?
 Selesai cruise, kami pergi lepaskan mengidam...makan nasi ayam penyet! Heaven tau!! Dulu ada satu kedai sebelah masjid kat Satok. Skrg dah takde pula. Kami sebenarnya lagi suka ayam penyet kat area bangunan Ambank di area Satok ni. Hmmmm...ini laa menu yang saya ngidam waktu mengandungkan Hairitz dulu..sedapnyaaaa...nak lagi....sobs

Ayam penyet heaven!! Kedainya berdekatan dengan bangunan Ambank, Satok

Hari kedua, tak banyak masa dah, sebab esoknya kami perlu bertolak pulang. Jadi, saya decide bawa anak-anak ke Semenggoh Wildlife Centre. Sini laa tempat nak tengok orang utan yang memang realitinya hidup di hutan, bukan bela dan duduk dalam zoo tau.Kena pergi pagi-pagi, sebab boleh tengok waktu feeding time pukul 9 atau 10 pagi macam tu.


Seekor dua je yang keluar makan. Merajuk ke orang utan semua?

Kena control budak-budak ni supaya senyap. Sebab dalam hutan ni tak boleh bising-bising ok

Haa..time nak balik, baru laa nampak the oldest orang utan kat sini (alamak apa ke nama dia ekk)..besarnyaaaa!!



Then, tengahari sikit, kami ke Samarahan pula, quick visit je ni, sebab tu tak contact teman-teman di samarahan..taknak ganggu diaorang tengah kerja plus kami tak cukup masa sebenarnya holiday di Sarawak. Orang kata lepaskan rindu la ni kejap...hu hu


Ada bangunan admin baru rupanya dalam kampus....tapi...macam jauh je nak menapak dari office dan kolej...hehehe

Kemudian, pergi melawat perumahan yg kami diami dulu iaitu Desa Ilmu. This is our first house yang kami sewa sewaktu mula-mula datang Samarahan. Saya baru kahwin masa tu, mengandungkan anak sulung Haikarl. Alahai...sedih tengok, nape macam tak terjaga je skrg ni.. Eh nak tau tak, rumah kat Sarawak kan, besar besar tau! Rumah ni corner lot, very cozy and spacious.

Lepas tu, lawat rumah kedua...Tak lama kami menyewa rumah setingkat corner lot tu. Then decide pindah rumah kat blkg pula, double storey.  Sebabnya, master bedroom rumah sewa yang pertama tu di dapur, jadi selalu bau dapur je master bedroom. Haha. So, ini rumah kedua yang kami sewa. Pun macam tak terjaga je..why oh why...By the way, saya suka sangaaaat rumah ni lagi spacious...dapur besar, siap ada ruang wet kitchen, ada yard besar lagi blkg wet kitchen tu.

Warung 2000! Warga UiTM, kalau tak kenal tempat ni, memang nahas la kannn. Haha. Ni tempat kami minum petang, makan mee kolok atau laksa sarawak dengan teh c special...yummm yummm
Opocot! Apakah ini? Wahhhh di depan Warung 2000 tu dah ada Summer Mall la pulakk! Amboiii meriah la Samarahan skrg ni, tak heran dan dengan supermarket Everise lagi. Hehehe. Saya tak sempat masuk mall ni, just ambil gambar saja dari luar.



Misi seterusnya mencari udang galah fresh!! Kami pergi ke hujung kampung di samarahan ni, ada satu hentian jeti kecil tau. Kat situ ada orang jual fresh udang, ikan, etc. Sebenanrnya udang galah ni ada orang lain dah book, tapi punya la merayu-rayu, at last dapat gak beli 2 kg lebih. Haha. 1 kg cuma RM35 je. Kalau kat semenanjung, pengsan harga udang galah tau

Then, singgah bandar untuk bergambar di replika wajib ni..haiii...bukan senang nak handle ragam 3 orang budak ni ye...


Malam pula selepas dah sedap bantai makan udang galah, saya ke Mira cake house di Kg Boyan. Kedai kek ni bersebelahan je dengan kedai Dayang Salhah. Paknan dan mokcu saya dah biasa deal dengan tokei ni, jadi kami terus beli kat sini aje.



With my mom di hadapan Mira cake house

Oh ya before balik, kami pun ada ke Serikin, tapi tak sempat bergambar. Memasing sibuk perabih duit kan haha



Inilah our pleasure stay semasa di Kuching. My mokcu dan husband nya Paknan ni airforce TUDM. Waktu ni diaorang ada lagi 2 weeks before balik semenanjung for good. Tu yang kami datang juga ni sementara mokcu masih ada.

My lovely mokcu (baju hitam). She is my mom's youngest sister.


Thank you so much Kuching. We had so much fun bawa anak-anak datang sini! Buat teman-teman di Samarahan, ampun dan maaf sebab tak bagitahu kedatangan kami ke sana...insya Allah ada rezeki kami datang lagi..harapnya ada lagi pertambahan ahli baru..hahaha

Thanks to Mokcu & Paknan yang entertain kami, thanks to K.Nana juga sebab sudi pinjamkan kereta untuk memudahkan kami berjalan...thank u!!!

No comments: