Sunday, August 21, 2016

Tips ke Bali with kids (Day 3 - Sanur)



Our third day, kami check-out from Bali Kuta Resort kerana kami akan bermalam di Sanur Paradise Bali yang terletak di Sanur, bahagian timur Bali. Di sini juga terkenal dengan pantai yang cantik serta beach activities. Saya bermalam di sini kerana conference yg saya hadiri diadakan di hotel ini, dan bagi memudahkan saya mengawasi anak-anak, jadi kami stay aje di hotel yang sama.  Saya book through Agoda.com lebih awal. Supir kami pak Saiful kata, pantai di Sanur lebih sesuai utk anak-anak mandi-manda kerana ombaknya tak begitu kuat berbanding pantai Kuta. So, let's go to Sanur! 

Kami bersama pak Saiful. Di Sanur, kami dah tak guna supir sebab cuma ada sehari di sini dan mostly saya terlibat dgn conference. Jadi, terima kasih byk2 pak Saiful ! InsyaAllah kalau ke Bali lagi pasti kami hubungi bapak ya


1. Sanur Bali Paradise Resort



Saya sangat-sangat berkenan dengan lampu pura ni. Waktu kat Bali tak terfikir nak beli, dah balik sini, asyik teringat2 je. Pergi nursery tanya harga RM500 lebih you....T___T  #nangissssmenyesaltakbelikatBali


Ketibaan kami di hotel disambut dengan permainan angklung ni



Kami book ground floor. So, this is our hotel view - terus ke access pool !












Takde kerja lain dah budak2 ni - berendam je lahhh. Husband look after the kids. Jaga diri elok ye anak-anak, mummy ada work sikit ya kat dewan atas




Sudut gallery hotel. Oh ya paintings ni pun dijual utk orang ramai


I just love Balinese garden 
Uploaded this to my instagram :p


Haikal dah mulai nampak kepenatan, dia batuk-batuk dan lelah. Tapi sempat lagi senyum bila ambil gambar
Memandangkan saya ada kerja sikit di sini dan kami cuma sempat bermalam satu hari, maka saya tak sempat explore apa yg ada di sekeliling Sanur. Saya cuma sempat berspa dan massage di hotel ni sambil take turn dengan husband. Hari nak check-out tu pula Haikarl dah mula batuk-batuk dan semput. Sebenarnya dia memang tak boleh terlalu panas dan memang cuaca di Bali pada masa saya dtg ni semacam panasnya. Kesian sgt. Dalam flight teruk betul dia batuk-batuk sampai byk kali juga FA datang dan bantu. Sampai je airport di KL, kami terus bergegas bawa dia ke klinik di airport untuk nebulizer. Bawa inhaler pun dah tak jalan,.memang kena neb juga..

Cuma husband je sempat pergi jalan tengok-tengok pantai di Sanur. Memang ramai org di sini, terutamanya local. 
pantai Sanur



Ini ada sedikit guideline some interesting places for you to explore. Saya pun tak sempat pergi semua tempat seperti Seminyak, Tirta Empul dan Pura Lempuyang (pura tertua di Bali). Ada satu tempat yg nak sangat pergi iaitu Monkey Forest Temple, saya berkenan lepas tengok video klip Judika shoot kat situ hehehe. Tapi tak sempatttt huhuhu



Ini tips yang saya nak share sekiranya nak travel ke Bali dengan anak-anak kecil:

1. Sediakan sunblock / sunscreen protection kerana cuaca di Bali sangat panas, lebih-lebih lagi bila ke pantai.

2. Bawa payung kecil atau pakaikan anak-anak topi. Saya memang terlupa sangat-sangat tentang ni T__T

3. Jika nak guna khidmat supir, kalau boleh cari supir Muslim supaya mudah dalam urusan tempat solat, tempat makan halal dan sebagainya. Jangan sembarangan makan ya, orang-rang di Bali looks like typical Indonesian tetapi majoritinya beragama Hindu.

4. Standby ubat-ubatan seperti paracetamol, mosquito repellant, dan kalau ada anak lelah macam saya, jgn lupa bawa inhaler ventolin, singulair, etc.

5. Kebanyakan pura (kuil) di sini naturally terletak di cliff atau jauh di puncak. Bawa bugggy stroller kalau ada baby kecil. Sentiasa bawa air kosong, atau air kotak dan snack ringan supaya anak-anak tak cepat cranky.

6. Pakaikan anak-anak pakaian nipis dan sport shoe. Kalau takde, pakai sandal yang selesa dan tak mudah tertanggal. Elakkan pakai kasut keras (macam Dr. Martens tak sesuai sebenarnya untuk ke tempat cliff dan pura) dan elakkan pakai baju lengan panjang.

7. Bawa kipas tangan atau stroller fan.

8. Untuk kita yg dewasa ni, jangan lupa bawa sunglass.

Monday, March 21, 2016

Tips ke Bali with kids (Day 2 - Ubud, Kintamani, Uluwatu)

Our second day di Bali dpenuhi dengan keunikan tradisi dan culture masyarakat Bali di Ubud. Kalau nak tahu, Ubud memang terkenal dengan pelbagai kesenian. Ukiran kayu, ukiran batu, lukisan, batik, tarian...Ubud is full of art! So, aturan perjalanan ni semua seperti yang dicadangkan oleh pak Saiful supir kami dan kami semua pun ikut je

1. The Barong Dance

Hari kedua kami di Bali dimulakan dengan menonton persembahan Tarian Barong dan Kris di Catur Eka Budhi. Sebenarnya ni tarian kebudayaan pra-hindu ibarat macam teater , menceritakan mitologi pertarungan antara Barong dan Rangda. Saya terus terang cakap, walaupun diberi brochure tentang persembahan ni sebelum masuk ke seating teater, saya tak faham dialog dan jalan ceritanya T__T tapi tengok ajelah ye tak. Takkanlah nak menghayati pula ceritanya..kihkihkih. Ni hasil google tentang barong dance ni dari sumber https://wisatabali2010.wordpress.com/tari-barong/ :

"Tari Barong adalah tarian khas Bali yang berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Wujud kebajikan dilakonkan oleh Barong, yaitu penari dengan kostum binatang berkaki empat, sementara wujud kebatilan dimainkan oleh Rangda, yaitu sosok yang menyeramkan dengan dua taring runcing di mulutnya" 




Ingatkan ni penarinya...rupanya ni penyambut tetamu..hihihi



Haaa..tu la penari dan watak-watak dalam tarian ni. Jangan tanya apa nama watak tu...makcik tak tahu ( lol)


2. Batik Bidadari, Ubud

Seterusnya kami melihat galeri batik di Batik Bidadari. Lebih kurang macam batik Malaysia la juga hasil pembuatannya. Cuma batiknya tak banyak color, satu-dua warna je dan lebih kepada gold color. Tengok kat parking kereta, ramai betul supir2 yang menunggu


Acah-acah aje tu :P




3. Kopi Luwak Lumbung Sari

Seterusnya kami ke Lumbung Sari untuk tengok pembuatan Kopi Luwak. Saya harap anda semua dah makan sebelum baca cerita saya tentang kopi. Selamat membaca.

Perkataan Luwak atau Luak tu asalnya dari perkataan jawa yang bermaksud musang dan kalau di sini ia dipanggil musang luwak. jadi kenapa ada kopi luwak? Begini ya, musang luwak ni dari segi sifatnya hanya akan makan biji-biji buah yang terbaik sahaja dan sistem pencernaannya cepat., jadi kalau makan apa-apa pun tak cepat hancur. Bukan macam kau yang asyik sembelit aje kerjanya.kahkah. Eh sambung cerita. So di sini, musang luwak ni tadi hanya makan biji-biji kopi terbaik jadi bila dia ukkk ukkkk, biji-biji kopi yang dimakan tadi tak hancur. Kemudian, biji tu dibasuh, diproses, dan kemudiannya dijadikan serbuk kopi. Lepas tu jadilah Kopi Luwak. Begitulah asalnya kopi luwak tu datang dari mana

Yes you're welcome



Hello Luwak


Tempat memproses kopi lawak

Biji kopi yang dah diasingkan, menunggu untuk proses seterusnya

Lepas tu boleh duduk rehat-rehat sambil pekerja di sini hidangkan kopi...tapi bukan kopi luwak je dihidangkan, ada mcm2 kopi lagi. Kopi kelapa, kopi Bali,  kopi vanilla, kopi Manggis 


Sape nak rasa dulu angkat tangan? Time ni Dr Ezanee kata Takpelah I dont drink coffee, you all je minum...hehehehe ...

Disebabkan luwak tadi sombong tak nak layan tetamu, saya pun beralih ke haiwan ni. Nasib baik dia friendly, dia ajak saya terbang tapi saya kata lain kali aje

Kopi luwak dah siap dipack untuk dijual. FYI, sepeket ni harganya Rp300,000 #readthatclearly.  Secawan kecil pun dah berharga RM15 
Kat sini juga saya borong vanilla pod/vanilla bean yang sangat-sangat murah. Jual dalam bulk, sepeket tu rasanya ada lebih dari 20 pods, dengan harga Rp290,000 sahaja (less than RM100). kat Malaysia harga satu vanilla pod tu je around Rm7-Rm8, jadi memang berbaloi saya beli vanilla pod. Lupa nak ambil gambar, tapi kalau nak tahu vanilla pod tu biasa saya gunakan untuk buat filling macarons perisa vanilla, Korek isi dalam pod tu dan memang ia naturally bau wangi mcm vanilla.


4. Ubud Gallery

Ingat tak dalam first entry saya ada mention yang canvas painting asli adalah dari lukisan artist di Ubud? Jadi, kami sempat ke salah satu galeri di sini dan lihat sendiri lukisan asli canvas yang pada saya, memang tersangat indah. Seriously, kalau betul-betul nak yang asli, set aside your money and buy these real paintings.

Semuanya berkenan..semua nak bawa balik pelisssssshhhh


Selain dari lukisan abstrak, banyak je lukisan manusia, kebanyakannya tak berbaju hehehe malu pula bawa budak-budak ni. Nasib baik diaorang banyak duduk kat luar je. 

5. Restoran Bebek Joni 

Perut dah lapar. So kami pun break for lunch di restoran Bebek Joni. Saya ada review tentang tempat makan famous di Ubud iaitu bebek tepi sawah, tapi menurut pak Saiful dia tak galakkan makan di situ sebab tukang masaknya beragama Hindu. Bebek Joni ni tukang masaknya Islam jadi kami pun ikut je lah mana-mana janji sedap.  

Entrance Bebek Joni
Perkataan Bebek tu bermaksud Itik. First impression saya, nampak kecik je restaurant ni ada ke orang makan  kat sini? Sekali bila masuk dalam, wow so cantik tempat ni dengan mengadap sawah hijau, macam suasana kampung siap dengan itik-itik atas sawah-sawah tu.



Pemandangan di belakang restoran yang buat saya rasa tak makan pun takpe. Kenyang tengok pemandangan indah, masyaAllah memang cantik. No wonder a garden with Balinese concept is everyone's dream , including me




Sejuk mata memandang


Order kejap. Budak bam bam sebelah tu dah lapar







Tengok budak-budak ni perasan pula buat video klip kat sini

Zara is singing and dancing...so drama queen 

Sate Bali dan bebek goreng.



caramel banana with vanilla ice-cream

6. Tegalalang Paddy Rice

Lepas lunch, kami teruskan perjalanan menuju ke Kintamani. On the way tu kami lalu kawasan ni iaitu Sawah Padi Tegalalang. Cantik dan unik susunan padi tu sekali pandang macam ala-ala cameron pula. Bezanya ni tanam padi, cameron tanam teh. Tempat ni pun sejuk-sejuk juga sama mcm cameron

Susunan tanaman padi di Tegalalang


Hmmm...the signature of Qu Outeh must be originated from you Zara...am I right? lol

Mummy and kids





When your husband yang pegang camera, don't expect gambar tanaman padi je yang dia ambil T___T 

Di Tegalalang pun ada deretan kedai souvenir



Perjalanan menuju ke Kintamani, sempat lagi berhenti tepi jalan beli buah


7. Gunung Kintamani

Akhirnya ...dah sampai Kintamani. So apa ada kat sini? Di sini la tempat pelancong melihat keindahan gunung berapi Batur yang terletak di daerah Kintamani. Kalau lihat sekeliling gunung tu, nampak macam hitam-hitam je dan di seberangnya ada tasik dan perkampungan. Cuaca kat sini sejuk je, dan mendamaikan. Sempat kami solat di sini dan ada surau yang selesa disediakan. Cuma tak ada pemisah antara lelaki dan perempuan tau, so pandai-pandailah anda sorok2 sikit pakai telekung.

Apa yang dihadapkan tu? Tengah tengok view gunung berapi la tu

Saya rasa ni memang syurga photographer. Makcik pula tak pandai adjust-adjust lens ni walaupun bawa DSLR





 8. Pasar Ubud

Next, kami ke pasar Ubud. Macam -macam ada dijual kat sini. Jadi, kami jalan-jalan sahaja dulu lihat apa yang unik dan worth to buy.





Kerusi ukir pun ada dijual kat sini

Painting lagi haihhh can't get my eyes off this

I noticed these first, later I told hubs and Dr ezanee...tahu Dr Ezanee cakap apa? Nampak aje dia ni..kihkih 

I've told you. Ubud is FULL of art, right? So we bought these keychains and bottle opener untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan...nasib kamu le..

Suka dengan keunikan entrance rumah-rumah di Bali. Penjaga pintu rumah ni pun comel




Dah habis berjalan di Ubud, kemudiannya kami terus ke daerah Uluwatu. 

9. Blue Point Beach/Lagoon (Uluwatu)

Pak saiful ajak kami singgah di sini untuk lihat orang surfing. Katanya, laut kat sini sangat biru dan disebabkan tu ia dinamakan Blue Point beach. Cuma nak ke sini, terpaksa ikut laluan batu-batu (batu binaan) dan mencungap rasa nak sampai ke sini. But I dont recommend u bawa anak-anak kecil ke sini...semput nyawa naik macam-macam batu nak ke atas ni



View dari deretan kedai di atas laut.

these guys baru habis surfing

Saya tak turun pun sampai bawah. Penat memanjat batu pun tak hilang lagi, so ambil gmbar jarak jauh dari atas je 

Memang cantik air lautnya

Salah satu deck di bawah 





Mujur tak pandang camera. Muka sebenarnya kepenatan panjat batu T__T





10. Pura Uluwatu 

Akhirnya kami sampai di Pura Uluwatu yang terletak paling hujung di selatan Bali. Kat sini yang terkenalnya ialah tarian Kecak, iaitu tarian terkenal Bali yang dipersembahkan hanya di Uluwatu, dan tarian tu bertempat di tebing tinggi menghadap matahari terbenam. Since tarian ni adalah waktu Maghrib, jadi saya tak beli tiket untuk lihat tarian ni memandangkan saya bawa anak-anak kecil. Pada hemat saya mungkin tak sesuai untuk bawa mereka lihat tarian ni waktu maghrib, jadi kami hanya enjoying the views here.   

Kami diminta untuk pakai lilitan kain di pinggang sebagai tanda menghormati pura (kuil). Lilitlah kat pinggang ya, kalau pinggang ko besar, minta dua helai 

Di dalam kawasan pura uluwatu

kalau pakai short atau kain pendek, visitors akan diberkan kain panjang macam ni, juga sebagai tanda menghormati kawasan kuil ini

Natural clif di Uluwatu. Hati-hati ya kalau bawa anak-anak, pesan jangan bergurau main tolak-tolak kat sini...bahaya bukitnya curam.. 


Abam Ekal pun lilit juga kat pinggang...fuhh nasib baik muat LOL


Best view of Uluwatu ! Dalam hati dup dap sebab kat belakang tu terus gaung bukit T___T

Turn mummy pula
Dan habislah sightseeing kami di daerah Ubud, uluwatu dan kintamani. Now nak balik hotel dan rehat-rehat. Esoknya kami nak check out sebab kami akan stay di daerah Sanur pula. Jumpa di entry ketiga !