Sunday, August 21, 2016

Tips ke Bali with kids (Day 3 - Sanur)



Our third day, kami check-out from Bali Kuta Resort kerana kami akan bermalam di Sanur Paradise Bali yang terletak di Sanur, bahagian timur Bali. Di sini juga terkenal dengan pantai yang cantik serta beach activities. Saya bermalam di sini kerana conference yg saya hadiri diadakan di hotel ini, dan bagi memudahkan saya mengawasi anak-anak, jadi kami stay aje di hotel yang sama.  Saya book through Agoda.com lebih awal. Supir kami pak Saiful kata, pantai di Sanur lebih sesuai utk anak-anak mandi-manda kerana ombaknya tak begitu kuat berbanding pantai Kuta. So, let's go to Sanur! 

Kami bersama pak Saiful. Di Sanur, kami dah tak guna supir sebab cuma ada sehari di sini dan mostly saya terlibat dgn conference. Jadi, terima kasih byk2 pak Saiful ! InsyaAllah kalau ke Bali lagi pasti kami hubungi bapak ya


1. Sanur Bali Paradise Resort



Saya sangat-sangat berkenan dengan lampu pura ni. Waktu kat Bali tak terfikir nak beli, dah balik sini, asyik teringat2 je. Pergi nursery tanya harga RM500 lebih you....T___T  #nangissssmenyesaltakbelikatBali


Ketibaan kami di hotel disambut dengan permainan angklung ni



Kami book ground floor. So, this is our hotel view - terus ke access pool !












Takde kerja lain dah budak2 ni - berendam je lahhh. Husband look after the kids. Jaga diri elok ye anak-anak, mummy ada work sikit ya kat dewan atas




Sudut gallery hotel. Oh ya paintings ni pun dijual utk orang ramai


I just love Balinese garden 
Uploaded this to my instagram :p


Haikal dah mulai nampak kepenatan, dia batuk-batuk dan lelah. Tapi sempat lagi senyum bila ambil gambar
Memandangkan saya ada kerja sikit di sini dan kami cuma sempat bermalam satu hari, maka saya tak sempat explore apa yg ada di sekeliling Sanur. Saya cuma sempat berspa dan massage di hotel ni sambil take turn dengan husband. Hari nak check-out tu pula Haikarl dah mula batuk-batuk dan semput. Sebenarnya dia memang tak boleh terlalu panas dan memang cuaca di Bali pada masa saya dtg ni semacam panasnya. Kesian sgt. Dalam flight teruk betul dia batuk-batuk sampai byk kali juga FA datang dan bantu. Sampai je airport di KL, kami terus bergegas bawa dia ke klinik di airport untuk nebulizer. Bawa inhaler pun dah tak jalan,.memang kena neb juga..

Cuma husband je sempat pergi jalan tengok-tengok pantai di Sanur. Memang ramai org di sini, terutamanya local. 
pantai Sanur



Ini ada sedikit guideline some interesting places for you to explore. Saya pun tak sempat pergi semua tempat seperti Seminyak, Tirta Empul dan Pura Lempuyang (pura tertua di Bali). Ada satu tempat yg nak sangat pergi iaitu Monkey Forest Temple, saya berkenan lepas tengok video klip Judika shoot kat situ hehehe. Tapi tak sempatttt huhuhu



Ini tips yang saya nak share sekiranya nak travel ke Bali dengan anak-anak kecil:

1. Sediakan sunblock / sunscreen protection kerana cuaca di Bali sangat panas, lebih-lebih lagi bila ke pantai.

2. Bawa payung kecil atau pakaikan anak-anak topi. Saya memang terlupa sangat-sangat tentang ni T__T

3. Jika nak guna khidmat supir, kalau boleh cari supir Muslim supaya mudah dalam urusan tempat solat, tempat makan halal dan sebagainya. Jangan sembarangan makan ya, orang-rang di Bali looks like typical Indonesian tetapi majoritinya beragama Hindu.

4. Standby ubat-ubatan seperti paracetamol, mosquito repellant, dan kalau ada anak lelah macam saya, jgn lupa bawa inhaler ventolin, singulair, etc.

5. Kebanyakan pura (kuil) di sini naturally terletak di cliff atau jauh di puncak. Bawa bugggy stroller kalau ada baby kecil. Sentiasa bawa air kosong, atau air kotak dan snack ringan supaya anak-anak tak cepat cranky.

6. Pakaikan anak-anak pakaian nipis dan sport shoe. Kalau takde, pakai sandal yang selesa dan tak mudah tertanggal. Elakkan pakai kasut keras (macam Dr. Martens tak sesuai sebenarnya untuk ke tempat cliff dan pura) dan elakkan pakai baju lengan panjang.

7. Bawa kipas tangan atau stroller fan.

8. Untuk kita yg dewasa ni, jangan lupa bawa sunglass.

No comments: