Saturday, February 1, 2014

Tips Menulis Literature Secara Efisyen (Skimming & scanning technique)

Begitu cepat masa berlalu. Kalau tengok tarikh akhir previous entry, memang dah lama saya tak menulis entry baru. Sedar tak sedar, dah masuk awal semester ketiga saya bergelar pelajar. Dalam masa yang singkat ini, alhamdulilah diberikan laluan yang lancar. Dalam masa 3 bulan pertama selepas mendaftar, saya dah lulus defend proposal...alhamdulilah. Cepat juga kena defend, tapi bagus regulation universiti buat macam tu, kalau tak rasanya sampai sekarang mesti tak siap-siap lagi. Lepas tu, kena la teruskan dengan writing-up literature pula. Tak susah sebenarnya nak dapatkan bahan (jurnal, artikel, report), portal library memang awesome dan almost all databases dah subscribe.  Memang kena start writing awal, kalau tak diriku akan leka gituuuu.

Selepas setahun dan dah submit ch. 1, 2 dan 3 (half) pada previous semester, memang saya agak lega juga. Dalam pada tu, cuba-cuba nasib apply grant ERGS dari KPT dan syukur, berjaya. Susah hati rasanya kalau takde grant...walaupun tidak lah banyak mana, at least bersyukur dapat juga support my preliminary survey yang baru nak mula Disember ni, insya Allah.

Sometimes, ada juga kawan-kawan yang bertanya tips utk writing literature review,  especially bila dah baca macam-macam dan rasa semua benda kalau boleh nak letak dalam literature, betul tak? The more we read, the more we don't know! End up, hala tuju aspek yang nak dikaji tu dikhuatiri melencong ke arah lain pula. Bagi saya ini normal. Tapi, elakkanlah dari berlaku. Sebenarnya, saya ada sedikit tips tapi malu juga nak cerita lebih-lebih, sebab saya pun masih novice, banyak benda lagi yang kena belajar. By the way, sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan amalkan ni boleh la share dengan geng-geng yang sama perjuangan seperti saya. Jadi harap-harap ini membantu :)

......................

Lain orang, lain stailnya...ada yang suka print out, highlight dan write-up. Ada yang suka baca dulu, dah faham baru write-up. Saya pula lain sikit stail nya. Sejujurnya , saya tak print banyak-banyak jurnal pun. Ada la dalam 9 atau 10 jurnal aje yang saya print, itu disebabkan saya nak study method analysis yang author itu buat. Selebihnya, saya simpan di Mendeley (Saya gunakan mendeley sebagai referencing software thesis saya). Jadi , proses literature saya adalah seperti ini:


1. Kumpulkan sebanyak mungkin jurnal berkaitan dari mana-mana database yang relate dengan area of study. Kalau area saya, banyak appear di Taylor&Francis, Emerald, ScienceDirect, dsb. Dah dapat download jurnal, simpanlah dalam Mendeley atau Endnote.


2. Pastikan dan ada draf content untuk thesis anda. Cukup baik kalau ada draf tajuk untuk Chapter 1, Chapter 2 and Chapter 3. Pelajari teknik document map, 1file1thesis, SROT,RFOT, etc, dari sifu yang disegani, Dr. Othman Talib a.k.a. Dr OT (love everything that ends with OT..hehe)

Teknik yang sangat sangat membantu. Boleh siap ch.1,2 & 3 dalam tempoh 9 bulan 10 hari selepas mendaftar...wahhhh gitu katanyaaaa


3. Katakan hari ni nak start writing on satu topic dulu, sbg contoh "The Concept of Building Performance", jadi saya taip word ni pada search di Mendeley saya. Mendeley akan list out semua jurnal yang ada hit dengan word ni. Saya pun klik le satu persatu jurnal, baca secara skim and scan reading (speed reading)..bacaaaa..fahamkannnn..baca balikkkk..sebab tak pahammm ..(pastu bosan..hahaha)...sambil mencari hit point atau strong sentences yang relevant untuk saya analyse dan critics dalam writing-up.

Khatamkan dulu penggunaan Mendeley. Saya cuba-cuba dan belajar sendiri sahaja..

4. Dah jumpa hit point, saya copy dulu dan masukkan dalam word, hujung sentences, "cite" terus nama author. Please use refencing software!! Saya terus "cite" guna Mendeley. Selepas tu, saya akan highlight sentences ni dengan font color biru dan letak asterisk (*) di hadapan sentence tersebut. Saya tak edit apa-apa lagi waktu ni.


Ok...dah jumpa..best ni! Copy text dulu

Paste text tadi dalam word. Bagi citation siap-siap, kang kalau lupa, tak letak letteww citation  -___-


5. Selepas dah buat semua ni, saya akan start editing dan pergi hit search button (*) . Jadi, cursor akan diarahkan ke ayat-ayat yang telah saya tandakan (*). Tak susah nak mencari. At this point, saya akan baca semula, then, saya akan start critical review using my own sentences after the author's citation. Dan, yang paling penting sekali, edit semula ayat-ayat para author tadi, beri kredit dan citation, rephrase. Sekarang ada banyak website yang bagi free rephrasing suggestion. Rajin-rajinlah cari through google ya. Jangan google belog gosip RotiKayu aje cik jah .

Tadaa...dah baca semula, dah fahamkan, baru rephrase.

Begitulah caranya. Terpulang lah sebenarnya cara masing-masing, tapi saya rasa cara ni cepat juga siap (perasan sikit..hehehe..). Motivasi diri pun penting. Kalau dah tahu teknik, tapi tak ada motivasi, pun tak jalan juga. Set masa dan cabar diri sendiri, insya Allah boleh siap.




Yes!!!! I can do it!!!

All the best!

Bye readers!!!


8 comments:

Alia said...

Thanks Sha. Totally Awesome

Natasha said...

Hehe welcome Alia!! All the best!! :))

Anonymous said...

Hi SIs,
Sis, u terima lagi ke klu adik nak order macaroon tuk hantaran tunang. Sy ad email sis. farahin

Natasha said...

Hai Farahin, yes, saya dh terima email :)

Anonymous said...

hye kak..
bertambah berkobar2 sy nk further afte bc blog akk..
btw, sy ade agk bnyk sklan nk tny..leh share email akk kt sy? ;)

Mala Kipli said...

Tqvm. Share lh lg byk2.

engkumira said...

Thank you puan natasha ! Bace ni rase macam nak further phd plak 😊

Natasha said...

Welcome Mira ! if you intend to pursue for phd, just proceed :))