Monday, December 15, 2014

Europe Trip 3: Berlin, Germany

Hmm...gap yang agak lama jika dibandingkan my last entry post tentang travel di Zurich, now only I have mood and little time to share my next journey which is in Berlin. *sigh* serious banyak dah terlupa tempat-tempat yang saya pergi...hehehe...so, I rather do the pics sharing than the writing. lol


I was here for 4 days and 3 nights. Dalam banyak-banyak tempat, di sini lah yg paling lama saya menginap disebabkan conference yang saya hadiri berlangsung di sini. Walaupun nampak macam lama, tapi sebenarnya masa untuk explore cuma 2 hari je, disebabkan ada conference. so I just share where to go if you have short time travel like us (and small budget too*wink). For conference pics, saya share di entry lain ya


Our first day di Berlin, kami bermalam di Mercure Hotel Berlin City West yang terletak kira-kira 20 minit dari Berlin (TEGEL) Airport. You all perlu tahu ya, Berlin ni ada dua aiport; satu terletak di Tegel dan satu lagi di Schoenefeld. Jarak kedua-dua aiport ni memang jauh, almost 90 minit jika menaiki train. Jadi, rancanglah perjalanan sebaik-baiknya terutamanya di mana anda patut menginap. This is our first day di Berlin:




1. City of Kurfürstendamm


The reason why we here adalah ada orang tu nak cari HR shirts. Rupanya persiapan awal dah dibuat siap print out promotion dari website. Hmm layankan jelahhh saya dah tak kuasa nak beli dah ..







Souvenir shop di sebelah HRC


Selfie di hadapan Apple center di Kurfürstendamm




2. Sony Center


We just passed by actually dan tak really explore this building. If you have time, make sure that u enter betul-betul dan capture the beautiful lightings. Kami lalu pun sebab tak sabo nak tengok Bradenburg Gate. Gigih kekdahnya walaupun dah terketar-ketar menahan sejuk (it's 1 degree C at night *nangiskebuluran)







3. Bradenburg Gate (at night)


Tadaaa..sampai juga akhirnya di sini berbekalkan kegigihan melawan kesejukan dan perut beralaskan sebiji pisang. Ikutkan hati, nak ambil gambar lompat-lompat tapi lupa pula dah jadi mak anak tiga, hasrat dibatalkan. Kalau datang Berlin, antara tempat wajib you should go is here. Gate ini menjadi lambang sejarah penting kerana ia simbol penyatuan Jerman, yang memisahkan East Berlin dan West Berlin. Dahulunya ia isolated dan ia hanya dibuka selepas robohnya Berlin wall. Disebabkan dah malam dan most souvenir shops dah tutup, jadi kami hanya walk around this area sahaja yg turut dipanggil Pariser Platz.


4. Reichstag building


Notice the glass dome? U can see beautiful view from there

Again, we just passed by sebab bangunan ni berdekatan dengan Bradenburg gate. Nampak ramai juga orang di sekitar building dome, jadi ia antara faktor kami batalkan hasrat untuk explore the building. Tak larat dah nak beratur.


Our second day pula kami pulun melawat historical side of Berlin. Jika minat sejarah, harus tahu bahawa Berlin ini khazanah segala history & this city offers many many beautiful heritage buildings.




5. Berlin Wall


Ada dua bahagian sebenanrnya iaitu East side & West side. Nak tgk dua-dua bahagian? Bermalam la kau depan tembok ni 8 hari 7 malam lagi T__T (jauhhhh okey)

Rasanya ini la tempat yang nak sangat kita jejak kalau ke Berlin ye tak? Sejujurnya, tembok Berlin ni tidaklah indah kerana senibinanya atau kecantikannya (overrated okey) tapi sejarah di sebalik tembok ni yang "menutup" kecacatannya. Tembok ini panjangnya 140 km ya, padamkan hasrat kalau nak tgk dari pangkal ke hujung. lol. Btw this wall ni la yang memisahkan Berlin kepada dua bahagian (East Berlin & West Berlin) selama 28 tahun (from 1961 to 1989). I believe you can refer more stories of the history from various sources. Saya share what this place can offer you

Because looking directly at the camera is too mainstream #nailpolish

Sepanjang2 tembok ni penuh dengan grafiti art



Shot kali ke-189 dengan tajuk caption photo : corak tudungku bersambung ke dinding
Actually this is not Checkpoint Charlie. But you can also stamp your passport here. Kisah stamp ni sebenarnya ada sejarahnya. You can do it just for fun

Done...I got mine stamp and it costs me 5 euro (about RM25)  



6. Berlin cathedral

We passed by this church dalam perjalanan dari Berliner mauer (berlin wall) ke Parizer Platz. As usual, stop sekejap ambil gambar.








7. Altes museum

Muzium ni just situated next to the Berlin cathedral dan ia diiktiraf sebagai heritage building oleh Unesco.

Di sebelah kiri gambar ni adalah Altes museum. I have other shot actually, tapi gambar blur pula.Ampun





8. Memorial to the Murdered Jews of Europe - Holocaust monument

This place terletak berdekatan dengan Bradenburg Gate dan kami ke sini semula sebab our first day ke sini dah malam kan, so kalau bergambar pun for sure tak nampak (sebenarnya penakut). Monumen ni dibina sebagai memperingati mangsa pembunuhan Holocaust yang kesemuanya adalah orang yahudi (holocaust tu bermaksud pemusnahan etnik).






When you left shoulder is heavier than the other side...#posemengada


9. Bradenburg Gate (at day!)

Dua kali ke sini semata-mata nak capture gambar gate ni waktu daylight. Sebenarnya, taklah daylight sangat pun, waktu ni dah around 5.30 pm dan sememangnya dah nak semakin gelap (apa nak buat, winter season..sobs). But overall, satisfied and mission accomplished









Ada satu tempat yang dalam list saya, tapi kami tak pergi; Checkpoint Charlie.. omg...where is it ?? Bila tgk map, macam dah jejak, tapi macam bukannnn je. sobs. Takpelah, takde rezeki, ini pun memadai dah.




So, that's a wrap of our travel journey di Berlin. Saya sertakan juga pics lain di bawah ni secara random. Danke Berlin, we love your beautiful heritage city! Will update the next visit......Amsterdam


















Some parts of the wall being displayed di city center. U can even bring back home the pieces of stone , sebab banyak dah dijadikan souvenir/keychain.


Madame Tussauds di area Platz (berdekatan Bradenburg Gate)

Alas perut makan kebab. Mabeles i tell you. Dan ianya halal (ada certificate) , restaurant orang Yemen.


U can see this wall art jika melawat Berlin Wall#tontonandewasasahaja

1 comment:

zinziemeewah said...

wahhh.. cantiknya berlin. actually mana2 negara eropah pn memang cantik kan architecture dia. untung dpt pegi sana