Maaf terpaksa ambil masa lama untuk habiskan entry euro trip. Been busy with thesis preparation dan perihal2 lain. Cerita pun dah basi 2 tahun lepas punya travel time. Hehehe. Takpelah kan, better late than never omputih kata. So the last entry tu saya di Berlin. Jadi saya ke Amsterdam dari Berlin menaiki penerbangan EasyJet yang telah saya tempah awal melalui laman www.easyjet.com. Harga tiket sehala ketika itu ialah 55 euro (RM260) untuk seorang. Saya tak bermalam di Amsterdam, kerana malamnya nak travel ke negara lain dan akan berpatah balik ke sini pada hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Jadi, ibaratnya di Amsterdam ni macam transit seharian dan gambar-gambar yang saya share ni cuma sehari perjalanan sahaja. Pastu nasib la kan komplen kaki kebas, rasakan lo..hihihi
Bandar Amsterdam bagi pendapat saya, tersangat indah. Susunan bangunan yang unik di mana setiap shoplots tu berbeza facade design dan ketinggian. Bandarnya dikelilingi terusan yang bersambung-sambung dan fakta yang saya baca tentang Amsterdam ni, ada lebih kurang 165 terusan dengan panjang kesemuanya lebih dari 100km. Sebab tu ia digelar kota atas air. Umumnya tahu kan Amsterdam famous dengan canabis (ganja) & sex industry? Bahasa lain untuk ganja kat sini ialah leaf, weed. Pernah dengar phrase ni "Good girls go to heaven, bad girls go to Amsterdam"?LOL. The coffee ada weed, even the candy or sweets pun ada weed T__T
|
Sampai di Schiphol Airport, sempat lagi ambil gambar di logo famous I Amsterdam. Actually ada tiga lokasi untuk bergambar di logo ni dan bukannya terletak di airport shj. Cuma di airport ni aman la sikit background kat belakang tu, takde orang nak photobomb gambar kita. Tempat lain, jangan harap la nak tunggu orang kosong kat belakang hihihi |
|
Disebabkan baru tiba dari Berlin dan kami nak jalan-jalan sekitar city, takkan nak heret beg yang beranak2 tu kan. Jadi, kami sewa locker luggage di Schiphol airport (boleh tanya dengan customer service). Saya tak ingat berapa bayaran sewa locker ni (kalau saya berjaya recall, saya akan update). So dapatlah kami berjalan dengan tenang tanpa perlu angkut banyak2 beg..yezaa! |
|
Ruang locker tu memang besar. See.. muat sangat untuk isi manusia 2 beg saiz 24" dan 1 beg saiz 28" |
|
Dari airport, kami naik train menuju ke amsterdam central iaitu main train station di city center Amsterdam. Perjalanan cuma mengambil masa 15 - 20 minit sahaja. Ewahhh tengok view ke berangan ? ;P |
|
Di hadapan Amsterdam Central |
|
Sampai di sini masih pagi around 10.00 am (waktu local) terus jalan-jalan |
Kat sini tak susah nak cari halal food, rata-ratanya banyak cafe halal di sekitar city terutamanya di deretan kedai berhadapan Amsterdam central dan di area Damrak. Selepas makan, saya sambung lagi berjalan ke tempat yang dah saya listkan awal-awal sebelum datang ke sini.
|
Amsterdam Cheese Museum - kat sini ada pelbagai bentuk dan jenis cheese. Tapi I bukan peminat cheese so kami tak beli bawa balik, just try yang tester je kat situ..hewhewhew |
|
Di sekitar perkarangan Madame Tussade Amsterdam
|
1. Diamond Factory
Di amsterdam ni, selain dari tulip dan canals, attraction yang lain ialah cheese museum dan diamond factory. Memang ramai orang kat sini, asalnya saya nak masuk tapi takut tak cukup masa sebab saya nak naik canal cruise. So minta maaf tak dapat cerita panjang pasal diamond factory dan end-up bergambar je lah kat salah satu factory yg ada. Seterusnya saya menuju ke Flower Market sebab dari pembacaan saya, harga souvenir agak berbaloi di sana.
|
Pemadngan canals di belakang Flower Market. Kalau tengok di sebelah kiri gambar ni ada deretan kedai lutsinar tu kan, itulah Flower Market. |
2. Floating Flower Market (Bloemmarket Amsterdam)
Kalau mencari souvenirs dan barangan lain macam benih bunga tulip segar dan kering, clogs, datang la sini semuanya ada. Beroperasi dari jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Memang geram tengok fridge magnet yang comel-comel tu. Kat sini canabis set pun ada you...
|
Di hadapan flower market |
|
Dutch people refers to Netherland, jadi clogs ni adalah sinonim mark from netherland |
|
Kalau nak jadi petani berjaya, boleh la beli starter kit canabis tu, balik kau tanam kat laman rumah |
3. Hard Rock shop Amsterdam
Hmmm..tak sah la pakcik tu kalau tak ke sini. Layankan jelah kang nangis hentak-hentak kaki pula kalau tak pergi sini... (*--* )
|
Tengok orang main giant chess di hadapan kawasan HRC |
|
Tak tahu la apa dia nak buat dengan tshirt banyak-banyak....lepas tu buka almari kata takde tshirt nak pakai...blerghhhh.T___T |
|
You can easily spot Indonesian food restro di sini. Indonesia pernah jadi jajahan Belanda, jadi di Amsterdam ni the largest minority group adalah Indonesian. #readthemenu #kesianSetanDahJadiAyam |
|
Nak try Holland waffle yang dikatakan a must try di Amsterdam. Topping dia macam-macam pilihan ada, harga seperti yang tertera di atas |
|
Di icon I AMsterdam berdekatan dengan muzium Rijksmuseum di area Museumplein (sekarang dah tahu kenapa saya kata bergambar logo ni di airport lebih "tenang" backgroundnya kan? hihihi) |
|
Berjalan kaki menuju ke red light district, stop sekejap on the bridge sebab saya suka sangat tengok building facade kat sini |
4. Red Light District
Kalau baca intro saya di atas sekali sebelum saya share gambar pertama, saya ada sentuh tentang sex industry kan? Sebenarnya, mana-mana negara Eropah pun ada RDL cuma mungkin di Amsterdam ni lebih terbuka sebab anda boleh lihat pameran manusia hidup di kaca-kaca tingkap kedai. Kat sini sebenarnya ada museum RDL, kalau berminat nak tahu lebih lanjut kenapa RDL di Asmterdam sangat popular, boleh le masuk muzium tu. Sebagai pengunjung, saya nak inform yang kat sini tidak dibenarkan sama sekali untuk ambil gambar pekerja-pekerjanya ya, kalau ditangkap oleh pimp, nasib kau la.Jah Jalan pula dengan hubs, seboleh-boleh dia nak tengok dekat-dekat, yang kita ni dah malu-malu arnab. hahahaha #GuysWillAlwaysBeGuys
|
On the way pulang dari RDL area, ada flea market pula di sekitarnya |
|
Pelbagai rupa cheese di flea market |
|
Another I amsterdam sign (lokasi signage yang ketiga selalu bertukar-tukar, pastikan anda ada map city) |
|
Building facade behind me....so cantik! |
|
Di area Rembrandt Square |
5. Canal cruise
Kalau letih nak explore satu city dan tak lama berada di sini, saya highly recommend u guys untuk naik canal cruise. Ada banyak pilihan cruise di sini dan pilihan port berbeza-beza. Saya naik canal cruise ni kaunternya berdekatan dengan amsterdam central. Harga cruise ialah 15euro dan tour city mengambil masa lebih kurang 1 jam. Menariknya canal cruise ni, dapat la dengar history side of the Amsterdam city oleh tour guide sambil tengok view bangunan yang cantik .
|
di hadapan kaunter canal cruise - looks more like a ferry to me |
|
di dalam cruise - bumbung fully covered jangan risau hehehe |
|
can you spot the smallest house di amsterdam? Kami diberitahu oleh tour guide, memang ada family duduk dalam rumah tu. Can't imagine macam mana diaorang lalu lalang dlm rumah tu. Kalau tak jelas juga rumah yang mana satu, nanti refer kat gambar last sekali dalam entry ni |
|
Dalam gambar ni, jelas nampak bangunan-bangunan ni dah tak straight kedudukannya..ada yang recline ke kiri, ada yang recline ke kanan, menyebabkan ada gap (ruang kosong) di antara dinding ke dinding bangunan bersebelahan. Ini disebabkan perubahan struktur air laut dan lama kelamaan bangunan ni settlementnya lari dari kedudukan asal. Tu dia aiihhh...macam lecturer structure dah aku. lol |
Tamat menaiki canal cruise, kami pun menaiki train semula ke Schiphol Airport untuk penerbangan ke Manchester pada malam tersebut. Our journey di Manchester will be the last entry blog untuk Europe tour kami. Sebelum pulang ke Malaysia, kami fly semula dari Manchester ke Amsterdam dan bermalam di Best Western Airport Hotel. Selesa sangat hotel ni dan ada shuttle bus disediakan untuk ke airport. Jadi tak pening dan fikir macam mana nak gerak cepat ke airport pagi esoknya. Thank you Amsterdam, kalau ada rezeki memang nak sangat lagi ke sini sebab nak tengok tulip farm pula, bulan Mei nanti. khabarnya bulan paling baik untuk tengok the flowers bloom. Tapi tahun tak tahu bila la....haihhhh
|
Haaa...nampak dah rumah yang paling kecik kat Amsterdam city? Muat satu pintu je cik jah. |
|
Try mocha macarons kat airport tadi...hmmmm...perfect texture, no air pockets, tapi taste tidak menepati citarasa..melayang 3 euro . lol
|
2 comments:
rindunya amsterdam
Me too!! Rasa macam nak sgt dtg semula ke sini..tunggu kalau ada rezeki insyaallah !
Post a Comment