Buat pertama kalinya selepas my maid back for good, saya bawa semua anak-anak bercuti dan bukan kebetulan sebenarnya nak bercuti di sini, saya ada bentang paper (as usual hehe). Since Zara pun belum pernah lagi terbang keluar dari Malaysia so saya fikir apa salahnya bawa sekali anak-anak. So penghujung tahun 2014, alhamdulilah dapat book tiket with reasonable price so kami stay di sana for 4 days 3 night.
|
Lets do this, kids ! |
Reach Denpasar airport around 9 malam. Terus cari teksi untuk ke hotel
Since dah malam dan anak-anak dah kepenatan, jadi kami terus je ke hotel dari airport. Saya booking 2 malam di Bali Kuta Beach Resort memandangkan harga agak murah (book through Agoda.com) dan room spacious, sesuai la untuk yg bawa anak ramai mcm saya hehe. Nak sightseeing pun dah malam, kalau datang dua orang je dengan husband, memang terus merayap tak ingat hotel dah.. hihihi
|
Entrance di Bali Kuta Beach Resort |
|
Best sebab ada small hall dan pantry. Cuma banyak nyamuk je sebab ada sliding access ke garden, so situ memang menyanyi2 nyamuknya hahaha ! Alaa mcm tak biasa, Malaysia pun byk nyamuk, ko jgn nak mengada2 |
Hari kedua baru saya start our sightseeing di Bali. Awal-awal lagi dari di Malaysia saya dah booking supir services jadi kami pun dah siap2 deal untuk dijemput di hotel on the second day. Oh ya, tips saya as Muslim traveller, sebaiknya booking khidmat supir beragama Islam supaya mudah urusan kita dari segi tempat makan, waktu solat dan sebagainya. Penduduk di Bali majoriti beragama Hindu, jadi please jangan sembarangan pergi tempat makan sebab ada sesetengah sahaja yg Muslim (banyak kedai hidang babi guling tau hehehe). Kebanyakkan yg Muslim di sini pun asalnya dari Jawa, seperti supir saya Pak Saiful ni pun asalnya dari Jawa, so ni tips pertama saya. Harga service pun reasonable Rp350,000 untuk perjalanan seharian (pukul 8 pagi hingga 8 malam). Nanti at the end of entry, saya akan summarize all the tips :))
|
Morning view facing the pool hotel |
|
Sempat capture this map waktu nak menuju ke buffet breakfast. Sorry le gegor pulok |
|
Tengah menunggu pak Saiful - our supir |
1. Pusat Belanja Krishna (for souvenirs)
Tempat pertama yang saya pergi ialah souvenir centre iaitu Pusat Belanja Krishna. Saya just bagitahu je pak Saiful yang saya nak ke Krishna dan dia terus bawa saya ke sini. Tak sempat buat research pun apa yg ada kat sini, cuma saya dah ada few targetted list barang-barang yg nak dibeli. Senarai wajib barang nak dibeli ialah canvas paintings...hehehehe..
|
Entrance di Krishna |
|
Foto by Hairitz. Yang saya pegang tu body scrub coklat dan strawberry. Nasib baik senonoh sikit gambar ni, kalau tak biasa dia ambil mesti separuh muka takde, atau kepala kena crop... T__T |
|
The hunting begins...hehehehe. By the way, kebanyakan canvas painting di sini bukannya asli direct dilukis oleh artist. Jadi sebab tu harganya murah. Kalau nak yg asli, better pergi area Ubud dan banyak gallery artist di sana. Harganya pula harga mampu menangis ya, bukan mampu milik...hahahaha |
|
Entah apa la yang dikorek dek Zara tu |
|
Selamat di bawa pulang..hehehe. Painting ni besar, so cara saya bawa pulang ialah dengan buka frame kayu belakang canvas ni , dan gulungkan canvas, balut elok-elok. Minta pekerja di Krishna buatkan. Oh ya, please letak satu layer kertas biasa di atas lukisan tu sebab takut catnya melekat di antara satu sama lain |
Okey, done. Dah selesai hunting, saya sekeluarga pula terus dibawa ke Tanah Lot. Disebabkan Tanah Lot dan Ubud terletak di daerah yang berbeza (Tanah Lot terletak di bahagian barat Bali, Ubud terletak di bahagian utara), jadi saya cadang esoknya satu hari perjalanan hanya menuju ke Ubud dan Kintamani. So let's go to Tanah Lot. Famous place for outdoor photo session!
|
Panduan : daerah-daerah di Bali. Dalam kereta pak Saiful ada map ni |
2. Tanah Lot
Untuk makluman, nak masuk Tanah Lot ni ada bayaran ya. Tak ingat berapa, tapi harganya berbeza utuk local (Indonesian) dan foreigner. Mula-mula pak Saiful bagitahu kami Indonesian jakarta tapi malangnya gue nggak pandai ngomong Jowo...wakakakakak. Hampeh ko Saiful ada rupa dari Jakarta ke aku ni, Cakaplah aku dari Europe baru betul...(#muntah)
|
Dah sampai ! Di entrance Tanah Lot. Uiiii panas berdesing...becak ketiak T__T |
|
Dari entrance nak ke sini jauh juga jalan kaki. Kalau ada anak kecil, baik sediakan payung atau pakaikan topi |
So apa yang ada di sini? Tanah Lot sebenarnya terkenal dengan keindahan pantai dan batu semulajadi sekelilingnya. Dan terdapat satu temple yang terletak di atas laut, cuma kami taklah pergi sampai masuk temple. Hanya lihat view sahaja.
|
Sampai terpejam-pejam mata Zara..kesian anak mummy panas |
|
That's the temple yang saya kata terletak di atas laut. Untuk ke sana, anda harus melalui laluan batu dan sekelilingnya laut. Tak tahu la dalam mana airnya. Tapi temple ni bukanlah jauh sgt sampai ke tengah laut. Dekat aje dengan pesisir pantai |
|
Cari tempat redup, duduk bawah pokok. Pipi berat sangat tu sampai terjatuh kat bahu encik suami..hahahaha |
|
Cantik sangat taman kat sini |
|
Subhanallah indahnya ciptaan Tuhan :) |
|
Laluan dari entrance menuju ke pantai dan temple. Banyak deretan kedai di kiri kanan |
|
Sekumpulan anak muda menuju ke temple kerana ada upacara keagamaan. Memandangkan penduduk Bali majoriti beragama Hindu, jadi di sini memang banyak upacara keagamaan dan adakalanya jalan-jalan pun ditutup sementara untuk memberi laluan mereka bersembahyang. |
|
Anak-anak muda di Bali menuju ke temple untuk bersembahyang |
|
Painting hunting again ! |
|
My mandatory berangan pose...hahahaha...Bagi la chance kejap feeling macam Che Ta pre-wedding shoot kat sini T___T |
|
Keluar dari Tanah Lot, mana-mana pun akan jumpa haiwan gulingan ini :p |
3. Lunch di Malioboro - Ayam Tulang Lunak
Untuk makan tengahari, kami dibawa oleh pak Saiful ke restoran halal iaitu Malioboro dan specialty makanan kat sini ialah ayamnya yang sangat lembut sampai tulang-tulangnya pun lembut mcm keropok. Waktu tulis ni pun dok teringat-ingat kelembutan tulang ayam tu T__T.
|
Antara menu-menu yang ada |
|
Kami order ayam Presto goreng. |
|
Tak ingat apa nama menu ni. But memang sedap. Dua hari, ulang makan kat sini |
4. Pandawa Beach
Seterusnya pak Saiful bawa kami ke Pandawa beach. Sebenarnya saya pun tak tahu tempat ni famous sebab waktu saya survey2 from blog, tak ada pula dalam senarai. View kat sini memang sangat sangat cantik!! Lautnya biru jernih, pasir putih bersih...ditambah pula dengan natural cliff dan limestone yang formed naturally. Cuma waktu nak masuk ke kawasan ni jalannya tak berapa cantik, berbatu sedikit. Dan...cuaca sekeliling memang panas ..please bawa sunblock dan kalau yg ada baby kecil, better not to go outside, rasanya better tengok view dari dalam kereta sahaja. Anak saya pun tak tahan panas...kesian..
|
Di sepanjang jalan ni, ada small temple dibina di dalam batuan bukit. |
|
Di Pandawa, kebanyakan yang datang cuma bermain paragliding dan hanya sedikit sahaja yang mandi. Air lautnya biru...memang cantik ! |
|
Berehat sambil tengok view kat sini, minum air kelapa asli. |
|
MasyaAllah memang cantik...Natural formation of limestone cliff |
5. Jalan Kuta (sekitar bandar Kuta)
Tak lama sangat kami di Pandawa sebab kesian kat Haikarl, dia memang tak boleh panas-panas sangat sebab eczema. Jadi kami pun pulang semula ke hotel untuk rehat, solat, mandi dan malamnya kami mahu keluar semula ke bandar Kuta untuk dinner dan sightseeing.
|
Ini merupakan monumen peristiwa letupan bom di Bali yang terjadi pada tahun 2002. |
|
Suasana bandar Kuta - dipenuhi bar, pub, mall |
|
HRC Bali juga terletak di Kuta |
|
HRH Bali |
|
Perkhidmatan kereta kuda disediakan , boleh bawa anda bersiar-siar di sekitar bandar Kuta |
|
Jalan-jalan sekitar pantai Kuta |
|
Sempat lihat local people dengan upacara keagamaan mereka...facing to the sea.. |
|
Hmmmm....Pemandangan indah ye kan? T__T |
|
Upacara keagamaan berlangsung dan jalan-jalan di sekitarnya ditutup sementara |
6. Jimbaran
malamnya, kami dinner di Jimbaran dan di sini famous dengan makanan seafood, sebab memang tempatnya facing pantai. Menariknya di sini, hampir semua restoran ada tradisional dance dan music show, so sambil menjamu selera tu bolehla tengok culture mereka pula kan. Kami kononnya nak dinner ala ala romatika le mengadap laut, atas pasir. Sekali tu hujan daa...duduk kat dalam aje lah ye pak..
|
Sorry la gegar gambar...ni tangan siapa la ambil ni isk iskkk |
|
Waktu ni belum hujan lagi, sibuk ambil gambar dulu. Baru duduk 5 minit, dah hujan rintik-rintik T__T |
|
Order dah sampai. Ada scallop, udang, sotong, ikan, dan haiwan2 laut yang lain. Harga ikut pakej ya; so tengok menu dulu jangan main belasah order..hehehe. Harga Rp800,000 T__T itulah yang paling murah yang lain lebih Rp1 juta harganya, nasib baik first time datang tau |
|
Jagung bakar. Saya tak try pun sebab takut nanti kenyang sangat, waktu ni belum dinner lagi. |
So that's the end of our first day. Esoknya kami plan ke daerah Ubud, Kintamani dan juga Uluwatu. Jumpa di next entry.
No comments:
Post a Comment