Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Travel Tips : Bandung

Gosh...I realize that few entries yang saya buat before this, saya tak mention tentang harga hotel, or apartment I've stayed, driver, food hut that I went dan sebagainya. Ampun, lack of information. So, saya di sini willing to share about those info and I'll start with - Bandung. Here's some info where to stay in Bandung, for families or couple, how to contact supir (driver) dan sebagainya ya. Cuma, tips saya ini lebih kepada traveller yang tak go through travel tour/package, means yang free easy traveller. Those yang baru pertama kali nak attend conference di Bandung sambil bercuti + shopping, harap ini membantu ya.

1. HOTEL/APARTMENT

Kesesuaian untuk mencari hotel atau apartment di Bandung sebenarnya tak susah, sebab most of the hotels senang nak cari tempat makan berdekatan, factory outlet dan sebagainya. Jadi, it depends on your preferences. Let say, ada paper presentation di ITB dan rasa convinient untuk stay lebih dekat di situ, you can find hotels in Jalan Dago atau Jalan Sukajadi. Booking hotel secara walk-in bagi saya agak mahal, jadi, if nak save your money, book awal-awal melalui online booking (Agoda/Hotels.com) ataupun email. Kalau lagi nak save, sesampai je di Bandung, minta driver bawa anda ke stesen keretapi kerana di situ ada kiosk travel agency KAHA. Through KAHA, you all boleh browse hotel mana yang bersesuaian dengan your budget dan KAHA akan prepare all the bookings. Tapi, ini kalau timing anda sampai di Bandung awal pagi atau masih di siang hari, boleh la browse through KAHA. Kalau sampai tapi dah malam, better book hotel awal-awal.

Based pengalaman sendiri, sewaktu pergi berdua je dengan suami, saya stay di Hotel Cemerlang which is neat to stesen keretapi, Pasar Baru dan banyak restoran makanan sunda berdekatan. Cuma FO je jauh dari hotel ni. Harga hotel lebih kurang RM150 ke RM200 semalam. Kemudian, kami stay di Hotel Karang Setra yang kami book melalui KAHA di area Sukajadi which is near to FO seperti Rumah Mode, Fashion House dan juga mall Paris Van Java.
Untuk yang datang secara berkumpulan atau bawa family, try this hotel, Grand Setiabudi Apartment. Agak jauh dari Fo tapi dekat dengan mini market, rumah makan dan saya book melalui http://www.bandungvaluestay.com/. Quite ok la this apartment, sesuai untuk parents with 3 or 4 kids.
Grandsetiabudi Apartment (area Setiabudi)
Layout - Grand Setiabudi Apartment






Grand Setiabudi Apartment - very good security sebab ada guard di entrance dan hanya kenderaan guest hotel sahaja dibenarkan masuk







Hotel Karang Setra, Spa & Cottages (area Sukajadi)



Hotel Karang Setra





Hotel Cemerlang (sebelah Hyatt, area Pasar Baru / Jalan Riau)

Hotel Cemerlang


View dalam hotel dari balcony..open area for breakfast

2. SUPIR (DRIVER)

Sepanjang di sana, saya advice better guna supir untuk kemana-mana sekiranya you all datang secara family. Saya rasa lebih jimat dan fee untuk bayar supir tu boleh la share-share kan. Biasanya, supir can drive us selama 8 jam sehari, tapi ada juga yang boleh bawa lebih dari tu. Pandai-pandailah deal dengan dia kan. Kalau nak driver yang serve the best seperti ikut ke mana je kita pergi dan siap tolong bawa barang sekali, itu harganya lebih kurang Rp600,000 sehari.

Macam supir kami pun very nice tapi taklah sampai tolong bawa barang while kita shopping. Dia akan hantar kita ke tempat yang kita nak pergi, dan dia akan tunggu di situ sampai kita habis shop. Kalau berminat, namanya Pak Ghani, boleh pm /email saya untuk dapatkan nombor telefonnya. Dia charge lebih kurang Rp400,000 sehari (latest tahun 2011, terkini saya tak pasti) dan biasanya kalau bawa pergi tempat makan, kami akan ajak dia makan sekali. Charge terkini mungkin semakin meningkat

Mr Driver - Pak Ghani



Tengok sarat tak muatan dalam van..hehe..ini waktu nak ke airport, nak balik Malaysia dah. Of course barang penuh


3. FACTORY OUTLET (FO) dan MALL

Memang banyak sangat FO di Bandung, sampai susah nak buat pilihan. End up, kita akan banyak buang masa sebab sekejap nak ke situ, sekejap nak ke sini, lagi-lagi kalau pergi ramai-ramai. Again, it depends dengan apa yang you all nak cari. For instance, for adults, saya recommend FO seperti Rumah Mode, Grande FO, The Secret FO, Gossip FO, Jetset FO, Terminal Tas Tangan, Branded Outlet FO. Untuk shop baju budak-budak, try FO seperti Blossom FO, Rumah Mode, Chihampelas Point, Grande FO, Heritage FO, Stamp FO dan Gossip FO. Kalau nak beli telekung, jubah, kaftan manik, kain ela, langsir, makanan tradisi dan souvenir, pergilah Pasar Baru. Semuanya ada di situ, all-in-one. Sehari memang tak cukup nak explore Pasar Baru sebab mall ni ada 7 tingkat dan setiap tingkat berlainan barang-barangnya. Bargain la di sini sebab you all boleh dapat harga yang jauh lebih murah.


Gossip FO - sebelah FO ni ada massage dan spa, boleh cuba pijet-pijet (urut) badan

Menunngu turn untuk urut (sebelah Gossip FO)






Rumah Mode - tak sah kalau tak singgah sini setiapkali ke Bandung



Toko Tiga - famous for  jeans


Tahun 2009 saya ke Heritage, baju budak2 memang banyak choice dan cantik-cantik. Tahun 2011 pergi, dah takbanyak choice..kurang ummphh

Rambang mata tengok kain di Pasar Baru

4. FOOD HUT

Makanan tak menjadi masalah sebab hampir semua jalan yang dekat dengan FO, mesti ada rumah makan/restoran. Minta supir bawakan you all ke rumah makan Sunda, Padang atau Sumatera. Kalau ikut tekak saya, saya lebih suka makanan Sunda dari Padang atau Sumatera. Mana-mana rumah makan pun sama je food yang dia offer, cuma hati-hati sedikit makan sambal cili sebab kalau perut tak tahan, boleh cirit-birit. Sama juga kalau order air, sekali sekala boleh la order blended jus (macam macam ada) tapi kalau tak kena gaya, pun boleh cirit-birit. Tak pasti kenapa, tapi lately ramai gak kawan-kawan yang pergi termasuklah saya dan family yang kena. Susah tau kalau sakit, tak senang duduk bila bershopping. Better minum air panas, tapi kalau nak merasa blended jus, takde salahnya. Lagipun, airnya blended dengan buah-buahan yang fresh. Cuma, hati-hati jangan buruk lantak..haha.


Es Durian..


Sup Ekor (sup buntut)



Jangan lupa cuba makanan di Pasar Baru..tak kurang enaknya dan murah

Sarapan pagi pun dengan nasi...ditambah pula Jus durian belanda asli...manalah tak sakit perut






Ok, panjang meleret entry ni. Harap boleh membantu dan buat rakan-rakan yang akan ke Bandung untuk present paper, I wish you all good luck dan enjoy your time in Bandung!

Tuesday, June 21, 2011

Ke Bandung lagi!

Semua orang tahu kan kalau dah pernah pergi Bandung mesti rasa nak pergi lagi. Hehehe. Rasanya inilah first attempt saya bawa anak-anak saya ke luar negara walaupun tak la jauh sangat dari Malaysia. Naik flight 2 jam aje. Lebih kurang macam nak ke Sabah kekdahnya. Kesian tau budak-budak ni selalu kena tinggal kalau saya dan suami ke seminar, jadi kali ni bawalah sekali dengan harapan "Behave ye anak-anak, kalau behave, next time mummy bawa naik aeroplane lagi". Iye la tu, jangan harap ayat itu difahami oleh anak-anak saya.






Yes mummy, we'll sit properly! (Yeah..right..)


Sambil tujuan untuk attend seminar, saya dan hubby juga dah target nak beli baju raya untuk anak-anak. Tu diaaaa, puasa pun belum dah pikir raya, jangan marah. Dua tahun lepas waktu ke Bandung kami ambil Pak Ghani as supir, this time pun kami contact dia lagi. Tapi, kali ni tak banyak la factory outlet (FO) yang dapat jejak, gara-gara Ekarl anak sulung saya yang sakit perut/cirit-birit (sampai ke hari ni masih sakit lagi walaupun dah ke klinik), begitu juga saya yang lemah badan akibat sakit yang sama. Susah nak survey-survey outlet sebab tahu aje budak-budak cepat meragam, kang yang sorang tu tolak stroller, sorang lagi terjerit-jerit marah, sorang nampak kereta mainan dah cembeng nakkan kereta tu, sorang lagi terjerit-jerit berebut kereta...adoyaiiii..poning kepalo den, bukan den yo poning, laki den, omak den, Cik Ani den, Cik Amat den, pak supir den...sumor eh poning. So, FO yang menjadi singgahan saya cuma Gossip FO, Central FO (Jln Dago), Rumah Mode, My Man FO (Jln Setiabudi), Heritage FO, The Summit FO (Jln Riau) dan Cihampelas Point (Jln Cihampelas). Yang lain-lain, den pandang dari dalam van yolah...


Mak dan Cik Ani pula sewaktu bawa ke Pasar Baru, spend almost 6 hours dari pukul 9 pagi sampai 3 petang baru keluar! (sila jangan pengsan). Tak tahu saya apa diborong mereka mereka itu. Saya pula tak la lama kat pasar baru tu, cuma cari telekung, kain chiffon sepasang, kain sulam sepasang dan kaftan ready made, sudah. Daddy punya baju dan jeans pula dia memang nak cari kat FO, kat pasar baru maybe tak best sangat untuk lelaki.



Sewaktu turn untuk present paper di Hotel Savoy Homann pun saya tak dapat bergambar banyak since Ekarl dan Eritz di bawah jagaan daddynya, jadi waktu saya present takde sape ambil gambar....sob sob. Dah abis present baru bergambar itupun kat banner aje. Tapi saya happy sebab Dekan turut serta dalam room yang saya present tu :)



Mummy dah present..yeay!


At AcE-Bs Conference (riuh rendah budak-budak ni..malu omak kau)


Behind - selling seminar photo


Oklah, enjoy melihat gambar-gambar yang selebihnya ye. Bye!



Arrival at Bandara


Best!


Makan malam di Sangkuriang - rumah makan Sunda




Sarapan pagi di Warung Durian (rumah makan Sunda)


Adik, smile, daddy tengah snap gambar.

Depan Cihampelas Point, Jln Cihampelas.





We rent this apartment at Grand Setiabudi, Jalan Setiabudi.
(Suruh Ekarl buat jari best, end-up macam berdoa la pulak)



Sempat singgah ke sini - Tangkuban Perahu


Lunch di Warung Cepot - last day sebelum ke bandara untuk berlepas pulang
(eh Copet ke Cepot ekk??)





Di hadapan Warung Cepot, sangat-sangat cantik dan tradisional.



Horrayyy!!!

Monday, June 28, 2010

SIBE 2009 di Institut Teknologi Bandung (ITB)

Entry pertama saya ada terselit cerita saya present paper di Bandung last year bulan November. Sebenarnya ia urusan rasmi, sukar untuk ditolak, lagipun peluang untuk present paper ni mungkin tak datang lagi.Maka, walaupun tiada dana dari mana-mana pihak universiti, fama mahupun bapa gula, saya tekad untuk hadir sebab conference ni organized by ITB-Institut Teknologi Bandung. We heard much stories of kecantikan bangunan di ITB dan sangat teringin untuk visit sendiri ke sana.

Seminar yang diadakan adalah the The 1st International Seminar on Sustainable Infrastructure and Built Environment in Developing Countries bertempat di SaBuGa- Sasana Budaya Ganesa), di ITB of course. Alhamdulilah, paper ini relevan untuk dibentangkan dan dengan sedikit duit simpanan yang ada, we all decide naik AirAsia sebab ada direct flight terus ke Bandung..but at that time MAS belum ada direct flight, skrg dah ada..Teeheee..




 





Dah sampai..Husrul penuh bangga sebab nama abah dia tertera di terminal ni



Airport dia kecik aje, saya rasa mcm stesen bas pun ada jugak..jadi siapa yang nak gi Bandung in a group pastikan flight anda dan kawan-kawan sama time departnya, jangan book lain-lain masa dengan harapan anda boleh tunggu kawan-kawan di terminal sambil tidur dari malam sampai pagi.. We stay at Hotel Cemerlang pada hari pertama sampai, since it is recommended by a friend..hotel dia ok sebenarnya, cuma nasib we all tak baik sebab dapat bilik sebelah hall banquet dan tak ada tingkap....sabarrr je lah


View dalam room..quite nice tapi itulah, xdo tingkap camano..? Sorry gambar shake menahan keketaran akibat kecewa




Saya dan suami guna khidmat supir (driver) yang saya rasakan lebih selamat memandangkan Bandung jalannya agak sesak dan saya pula menjinjing laptop, risau juga kalau naik cab takut tertinggal ke, tapi kalau ambil supir, dia sentiasa tunggu kemana-mana kita nak pergi maka kalau you all beli barang banyak2 ke, better ambil supir ye kalau dtg sini..Sehari caj Rp300,000 x sampai RM130 duit kita..kalau sesapa berhajat nak ambil supir di sana iaitu Pak Ghani, bagitau saya, saya boleh bagi contact dia..he's very nice dan suka pasang lagu dangdut dalam van...
So, keesokan hari saya mendaftar di ITB dan rupanya besar ITB ni, but saya tak explore penuh2..berapa hari je pun dekat sini, baik saya explore library-library baju di factory outlet. lol




Inila dia SaBuGa


registration committee..

Menyemak nama saya ada tak..



Malamnya, ada dinner and cultural show. Saya rasa, ini la event conference yang paling best pernah saya hadiri sebab all the participants diajar cari bermain angklung. Wahh!! Bertambah lagi kemahiran seni dan tidak la begitu sukar, cuma nota muzik dia berbeza sikit sebab ada isyarat dan labelnya adalah 1,2,3 dan bukan A, B, C, D seperti alat muzik yg lain....performance pun best dan kesimpulannya, saya happy!!!


Cewek ini suaranya sedap sangat!



Cultural show and angklung performance




Angklung as a gift from the organizer.






The next day is the presentation slot, parallel session, maka dalam panel room saya ada lebih kurang 15 audience..ada sedikit Q & A dari chairperson dan participants selepas presentation.

Action!

So, hari-hari yang seterusnya, we all decide cari hotel lain yang lebih proper. Jadi, kami pindah ke Hotel Karang Setra yang kami book melalui KAHA. Nasihat saya, kalau nak cari hotel di Indonesia ni (bukan di bandung shj), approach KAHA ni, satu agensi yang boleh uruskan booking hotel di mana harga yang kita dapat semalam adalah jaaaauuuhhh lebih murah dari kita walk-in atau online booking. Macam mana nak cari KAHA??Di Bandung, kaunternya ada di train station, so pergi kat kaunter tersebut, pilih la mana-mana hotel yang berkenan. Oh ya, jgn lupa bawa universal plug traveller bila ke Bandung sebab plug dia lain dari kita. Kalau boleh, bawa iron (bagi yang perlu gosok baju) sebab hotel kat sini takde iron disediakan dari bilik ke bilik. Kalau nak iron, kena bayar okay, semuanya pun mahu dicaj.. 


Hotel Karang Setra. Saya recommend hotel ni bagi yang datang beramai2 satu family sebab ada chalet & apartment. View pun cantik.
Nampak x hujung tu ada chalet? Nice kan. This is view of Karang Setra from the cafe.

So, di mana kami berjalan di sekitar Bandung??Masa agak singkat, jadi kami hanya ke Pasar Baru, Factory Outlet (FO) dan Taman Wisata Alam sahaja. If datang sini, tak pergiFO, rasanya tak sah..hehe..first, you must cari map for shopping, basically ada 4 area kat sini yang famous dengan outlet..seingat saya, areanya adalah Jln Riau, Jalan Cihampilas, Jalan Setiabudi, Jalan Sukajadi.




Kuat betul bau belerang ni.




Plastik sape la tertinggal kat tepi tu? Spoil le gambar den..




And, these are several of the factory outlets that we went...
The Secret FO



Toko Tiga - syurga jeans


Heritage FO - baju budak2..mak aii...tak hengat murahnyaaa..





Rumah Mode - terbaik!!




Mall - Paris Van Java



Daaaaan, jgn lupa cuba masakan jawa dan sunda...sangat sangat best dan murah! (melantak tak ingat)


Ni namanya Sup Buntut (Sup ekor).



Ulam-ulaman



Di restoran Sajian Sunda Sambara - dekat dengan Hotel Cemerlang



Es' Durian (meletup kau..)



Ayam penyet - at Restoran Indonesian Culinary Heritage



Nasi apa ni ekk? Tak ingat la pulok



Ni pun dah lupa apa namanya. Tapi best!



Ikan Gurame .. mantap!



Makan-makan di Pasar Baru



Sup buntut lagi



Berasap you..




 

OK..saya end di sini, jadi for a good start for those yg nak present paper di luar Malaysia, try di negara2 Asia & seterusnya, boleh terbang jauh sikit :) Good luck everyone!