Monday, June 28, 2010

SIBE 2009 di Institut Teknologi Bandung (ITB)

Entry pertama saya ada terselit cerita saya present paper di Bandung last year bulan November. Sebenarnya ia urusan rasmi, sukar untuk ditolak, lagipun peluang untuk present paper ni mungkin tak datang lagi.Maka, walaupun tiada dana dari mana-mana pihak universiti, fama mahupun bapa gula, saya tekad untuk hadir sebab conference ni organized by ITB-Institut Teknologi Bandung. We heard much stories of kecantikan bangunan di ITB dan sangat teringin untuk visit sendiri ke sana.

Seminar yang diadakan adalah the The 1st International Seminar on Sustainable Infrastructure and Built Environment in Developing Countries bertempat di SaBuGa- Sasana Budaya Ganesa), di ITB of course. Alhamdulilah, paper ini relevan untuk dibentangkan dan dengan sedikit duit simpanan yang ada, we all decide naik AirAsia sebab ada direct flight terus ke Bandung..but at that time MAS belum ada direct flight, skrg dah ada..Teeheee..




 





Dah sampai..Husrul penuh bangga sebab nama abah dia tertera di terminal ni



Airport dia kecik aje, saya rasa mcm stesen bas pun ada jugak..jadi siapa yang nak gi Bandung in a group pastikan flight anda dan kawan-kawan sama time departnya, jangan book lain-lain masa dengan harapan anda boleh tunggu kawan-kawan di terminal sambil tidur dari malam sampai pagi.. We stay at Hotel Cemerlang pada hari pertama sampai, since it is recommended by a friend..hotel dia ok sebenarnya, cuma nasib we all tak baik sebab dapat bilik sebelah hall banquet dan tak ada tingkap....sabarrr je lah


View dalam room..quite nice tapi itulah, xdo tingkap camano..? Sorry gambar shake menahan keketaran akibat kecewa




Saya dan suami guna khidmat supir (driver) yang saya rasakan lebih selamat memandangkan Bandung jalannya agak sesak dan saya pula menjinjing laptop, risau juga kalau naik cab takut tertinggal ke, tapi kalau ambil supir, dia sentiasa tunggu kemana-mana kita nak pergi maka kalau you all beli barang banyak2 ke, better ambil supir ye kalau dtg sini..Sehari caj Rp300,000 x sampai RM130 duit kita..kalau sesapa berhajat nak ambil supir di sana iaitu Pak Ghani, bagitau saya, saya boleh bagi contact dia..he's very nice dan suka pasang lagu dangdut dalam van...
So, keesokan hari saya mendaftar di ITB dan rupanya besar ITB ni, but saya tak explore penuh2..berapa hari je pun dekat sini, baik saya explore library-library baju di factory outlet. lol




Inila dia SaBuGa


registration committee..

Menyemak nama saya ada tak..



Malamnya, ada dinner and cultural show. Saya rasa, ini la event conference yang paling best pernah saya hadiri sebab all the participants diajar cari bermain angklung. Wahh!! Bertambah lagi kemahiran seni dan tidak la begitu sukar, cuma nota muzik dia berbeza sikit sebab ada isyarat dan labelnya adalah 1,2,3 dan bukan A, B, C, D seperti alat muzik yg lain....performance pun best dan kesimpulannya, saya happy!!!


Cewek ini suaranya sedap sangat!



Cultural show and angklung performance




Angklung as a gift from the organizer.






The next day is the presentation slot, parallel session, maka dalam panel room saya ada lebih kurang 15 audience..ada sedikit Q & A dari chairperson dan participants selepas presentation.

Action!

So, hari-hari yang seterusnya, we all decide cari hotel lain yang lebih proper. Jadi, kami pindah ke Hotel Karang Setra yang kami book melalui KAHA. Nasihat saya, kalau nak cari hotel di Indonesia ni (bukan di bandung shj), approach KAHA ni, satu agensi yang boleh uruskan booking hotel di mana harga yang kita dapat semalam adalah jaaaauuuhhh lebih murah dari kita walk-in atau online booking. Macam mana nak cari KAHA??Di Bandung, kaunternya ada di train station, so pergi kat kaunter tersebut, pilih la mana-mana hotel yang berkenan. Oh ya, jgn lupa bawa universal plug traveller bila ke Bandung sebab plug dia lain dari kita. Kalau boleh, bawa iron (bagi yang perlu gosok baju) sebab hotel kat sini takde iron disediakan dari bilik ke bilik. Kalau nak iron, kena bayar okay, semuanya pun mahu dicaj.. 


Hotel Karang Setra. Saya recommend hotel ni bagi yang datang beramai2 satu family sebab ada chalet & apartment. View pun cantik.
Nampak x hujung tu ada chalet? Nice kan. This is view of Karang Setra from the cafe.

So, di mana kami berjalan di sekitar Bandung??Masa agak singkat, jadi kami hanya ke Pasar Baru, Factory Outlet (FO) dan Taman Wisata Alam sahaja. If datang sini, tak pergiFO, rasanya tak sah..hehe..first, you must cari map for shopping, basically ada 4 area kat sini yang famous dengan outlet..seingat saya, areanya adalah Jln Riau, Jalan Cihampilas, Jalan Setiabudi, Jalan Sukajadi.




Kuat betul bau belerang ni.




Plastik sape la tertinggal kat tepi tu? Spoil le gambar den..




And, these are several of the factory outlets that we went...
The Secret FO



Toko Tiga - syurga jeans


Heritage FO - baju budak2..mak aii...tak hengat murahnyaaa..





Rumah Mode - terbaik!!




Mall - Paris Van Java



Daaaaan, jgn lupa cuba masakan jawa dan sunda...sangat sangat best dan murah! (melantak tak ingat)


Ni namanya Sup Buntut (Sup ekor).



Ulam-ulaman



Di restoran Sajian Sunda Sambara - dekat dengan Hotel Cemerlang



Es' Durian (meletup kau..)



Ayam penyet - at Restoran Indonesian Culinary Heritage



Nasi apa ni ekk? Tak ingat la pulok



Ni pun dah lupa apa namanya. Tapi best!



Ikan Gurame .. mantap!



Makan-makan di Pasar Baru



Sup buntut lagi



Berasap you..




 

OK..saya end di sini, jadi for a good start for those yg nak present paper di luar Malaysia, try di negara2 Asia & seterusnya, boleh terbang jauh sikit :) Good luck everyone!

2 comments:

PinKy MoMMa said...

hi dear..
suka sangat entry ni..kebetulan kami pun nak ke sana..if u tak keberatan..leh tak bagi no supir tu pada ai..blh email me at princess_ribena@yahoo.com..

thanx ya :)
appreciate sgt..

Natasha said...

Dear pinky mommy, ya ampun, sorry sangat2 sebab dah lama tak buka entry ni. Maybe dah terlewat dah I reply ni. By the way, mana la tahu kalau u all nak pergi lagi kan, ini nombor pak ghani, supir kami di sana. He's very very nice +62-852 2003514