Salam everyone...sering kali bila saya siapkan paper untuk seminar, presentation mahupun untuk mana2 jurnal, ada yang bertanya.."Macam mana ye nak start buat paper..?Leceh la, tak ade masa...kelas penuh memanjang..mengajo 22 jam seminggu..(klem lebat tak mau cerita ka?)..balik rumah anak buat hal pula..kang minggu depan ada kerusus ilkam bagai..boleh bagi tips ??" ..Hmmmm..sila jangan merisau....Walhal, saya akui saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab research ni, apa lagi saya baru ceburi bidang akademia ni baru one year corn atau setahun jagung...Namun saya harap sangat tips ni mampu membantu khususnya buat pensyarah2 baru mcm saya...Ni kalau senior/pensyarah kanan baca ni memang saya malu habis terpaksa pakai helmet terbalik tutup muka saya..(*blush)
Ok, tips seadanya dari saya untuk meng'compress' thesis master anda kepada narrow-pages article:
- Pastikan tajuk anda masih 'in the line' lagi atau dalam erti kata lain, rephrase your title dan jangan cuba gatal-gatal ubah tajuk master anda tu menjadi tajuk yang terkeluar terus dari scope asal..Masih x jelas lagi?Ok, saya tunjukkan contoh sikit. Katalah tajuk master "Application of Facilities Management in Malaysia's Private Office"..if nak compress master thesis ni menjadi article yang of-course lebih magnetik utk dibaca, anda boleh ubahsuai tajuk tu kepada "Facilities Management: Application towards Private Office in Malaysia"...see...sebenarnya maksud masih kekal cuma tajuk je tukar2 sikit..jangan pula anda ubah tajuk tu jadi "Facilities Management as Improvement to Pantry in the Malaysia's Private Office"..ini menyebabkan anda terpaksa tukar semula literature anda..ok boleh saya proceed?
- Senaraikan isi kandungan yang perlu ada dalam sesebuah article. Ada tiga stage di sini yang boleh dijadikan article: Pertama, jika research anda masih di peringkat proposal, maka isi kandungan yang perlu ada adalah: Introduction/Study Background, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Research Question, Research methodology, Significance of study, Reference. Kedua, jika research anda sampai ke tahap literature collection, maka isi kandungan yang perlu ada: Introduction, Problem Statement, Research Objective, Research Questions, Literature review--a) History of FM, b) Chronology of FM, c) Concept of FM, d) FM phases, etc, Conclusion, Reference. Ketiga, jika research anda dah habis analisis/findings dan dah menjawab hipothesis bagai, maka yang perlu ada isi kandungannya ialah: Introduction, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Concept of study, Analysis and Findings, Conclusion and Recommendation, Reference. Isi-isi kandungan yang saya bagi ini hanyalah guideline sahaja, bukannya mandatori, anda boleh pelbagaikan lagi.Isi kandungan sangat penting bagi anda membuat skim reading ke atas sentence yang significance untuk diketengahkan ke dalam article..maklum la, thesis kita beratus-ratus pages nya, mcm mana nak compress all-in tu menjadi article 10 page saja? Ok, boleh saya teruskan? Faham? Fahaaammmm..puan.. (ini jawapan student saya bila mereka mengantuk atau buat-buat faham....sila akui..)
- Perlu lihat contoh-contoh jurnal atau article yang tersedia di database2 journal. Ketengahkan bakat membaca anda untuk READ article-article yang relevan dengan tajuk research supaya anda dapat idea untuk write your article pula..jangan terlalu obses sehingga pergi toilet pun bawa contoh jurnal utk dibaca (ok la kadang-kadang saya buat bila saya x dapat cari magazine)...Tips yang baik adalah dengan membuat 'scheme reading' (baca dengan pantas dan mata anda dapat menangkap ayat-ayat penting) dan anda akan dapat penilaian yang sesuai.
- Now, dah dapat isi kandungan yang nak diletakkan dalam artikel, dah tengok contoh...apa lagi, masa untuk kopi pes chapter anda ke dalam article. Saya pasti anda betul-betul faham apa yang anda dah laksanakan dalam research anda, maka, di peringkat ini, pastikan bila kita copy paste ayat-ayat yang relevan dengan tajuk dan isi kandungan. Yang paling penting skali, literature anda pastikan ianya bersesuaian. Kalau buat thesis, maybe anda ada kemukakan lebih dari 20 precedent research atau penulis-penulis terdahulu yang pernah buat scope yang sama (betul?), dalam article, literature anda tak perlu nak letak kesemua mereka2 itu...Just ketengahkan 2 atau 3 precedent reseach untuk menunjukkan bahawa sebelum ini ada penulis yang telah menggunakan scope yang ada kaji dan keberkesanannya terbukti.
- Figure and table reference. Pastikan bila ada figure and table di dalam article, anda quote dalam sentence, contohnya "The concept of building performance in private office is shown as per Figure 1". Jangan main letak aje figure, table, tapi tak relevan dengan isi kandungan.
- References. Nama-nama penulis yang anda quote atau cite sangat penting supaya bila reader baca article anda, mereka mungkin berminat untuk tahu macam mana untuk dapatkan reference tersebut. Baca semula article anda, berapa ramaikah Authors yang anda telah cited? Jika ada 5 authors, say, Datin (2000), Seri (2001) Natasha (2002), Khalil (2004), Nizam (2006), maka, di bahagian reference, hanya 5 author ini sahaja yang diletakkan.. Jangan buat macam thesis pula, habis 100 authors letak dalam references, nak tunjuk pembacaan yang banyak pula, maka tidak relevan untuk article anda.
Saya rasa cukup setakat ini, tips yang kedua itu bagi saya mampu membantu untuk mula publish article dari research master anda. Tips2 ini sesuai untuk mereka yang dah ada thesis, tapi belum pernah present ke mana-mana conference atau seminar. Apa halangan anda? Masa? Kita punya 24 jam sehari, untuk menyiapkan satu isi kandungan, cuma perlu 1 - 2 jam sahaja, maka dalam masa 4-5 hari, anda mampu siapkan satu article! Bagi yang pakar, mungkin 1 jam sahaja diperuntukkan untuk siapkan 1 article..hmmm..hebat..sila jeles..saya juga jeles..
No comments:
Post a Comment