Monday, June 28, 2010

SIBE 2009 di Institut Teknologi Bandung (ITB)

Entry pertama saya ada terselit cerita saya present paper di Bandung last year bulan November. Sebenarnya ia urusan rasmi, sukar untuk ditolak, lagipun peluang untuk present paper ni mungkin tak datang lagi.Maka, walaupun tiada dana dari mana-mana pihak universiti, fama mahupun bapa gula, saya tekad untuk hadir sebab conference ni organized by ITB-Institut Teknologi Bandung. We heard much stories of kecantikan bangunan di ITB dan sangat teringin untuk visit sendiri ke sana.

Seminar yang diadakan adalah the The 1st International Seminar on Sustainable Infrastructure and Built Environment in Developing Countries bertempat di SaBuGa- Sasana Budaya Ganesa), di ITB of course. Alhamdulilah, paper ini relevan untuk dibentangkan dan dengan sedikit duit simpanan yang ada, we all decide naik AirAsia sebab ada direct flight terus ke Bandung..but at that time MAS belum ada direct flight, skrg dah ada..Teeheee..




 





Dah sampai..Husrul penuh bangga sebab nama abah dia tertera di terminal ni



Airport dia kecik aje, saya rasa mcm stesen bas pun ada jugak..jadi siapa yang nak gi Bandung in a group pastikan flight anda dan kawan-kawan sama time departnya, jangan book lain-lain masa dengan harapan anda boleh tunggu kawan-kawan di terminal sambil tidur dari malam sampai pagi.. We stay at Hotel Cemerlang pada hari pertama sampai, since it is recommended by a friend..hotel dia ok sebenarnya, cuma nasib we all tak baik sebab dapat bilik sebelah hall banquet dan tak ada tingkap....sabarrr je lah


View dalam room..quite nice tapi itulah, xdo tingkap camano..? Sorry gambar shake menahan keketaran akibat kecewa




Saya dan suami guna khidmat supir (driver) yang saya rasakan lebih selamat memandangkan Bandung jalannya agak sesak dan saya pula menjinjing laptop, risau juga kalau naik cab takut tertinggal ke, tapi kalau ambil supir, dia sentiasa tunggu kemana-mana kita nak pergi maka kalau you all beli barang banyak2 ke, better ambil supir ye kalau dtg sini..Sehari caj Rp300,000 x sampai RM130 duit kita..kalau sesapa berhajat nak ambil supir di sana iaitu Pak Ghani, bagitau saya, saya boleh bagi contact dia..he's very nice dan suka pasang lagu dangdut dalam van...
So, keesokan hari saya mendaftar di ITB dan rupanya besar ITB ni, but saya tak explore penuh2..berapa hari je pun dekat sini, baik saya explore library-library baju di factory outlet. lol




Inila dia SaBuGa


registration committee..

Menyemak nama saya ada tak..



Malamnya, ada dinner and cultural show. Saya rasa, ini la event conference yang paling best pernah saya hadiri sebab all the participants diajar cari bermain angklung. Wahh!! Bertambah lagi kemahiran seni dan tidak la begitu sukar, cuma nota muzik dia berbeza sikit sebab ada isyarat dan labelnya adalah 1,2,3 dan bukan A, B, C, D seperti alat muzik yg lain....performance pun best dan kesimpulannya, saya happy!!!


Cewek ini suaranya sedap sangat!



Cultural show and angklung performance




Angklung as a gift from the organizer.






The next day is the presentation slot, parallel session, maka dalam panel room saya ada lebih kurang 15 audience..ada sedikit Q & A dari chairperson dan participants selepas presentation.

Action!

So, hari-hari yang seterusnya, we all decide cari hotel lain yang lebih proper. Jadi, kami pindah ke Hotel Karang Setra yang kami book melalui KAHA. Nasihat saya, kalau nak cari hotel di Indonesia ni (bukan di bandung shj), approach KAHA ni, satu agensi yang boleh uruskan booking hotel di mana harga yang kita dapat semalam adalah jaaaauuuhhh lebih murah dari kita walk-in atau online booking. Macam mana nak cari KAHA??Di Bandung, kaunternya ada di train station, so pergi kat kaunter tersebut, pilih la mana-mana hotel yang berkenan. Oh ya, jgn lupa bawa universal plug traveller bila ke Bandung sebab plug dia lain dari kita. Kalau boleh, bawa iron (bagi yang perlu gosok baju) sebab hotel kat sini takde iron disediakan dari bilik ke bilik. Kalau nak iron, kena bayar okay, semuanya pun mahu dicaj.. 


Hotel Karang Setra. Saya recommend hotel ni bagi yang datang beramai2 satu family sebab ada chalet & apartment. View pun cantik.
Nampak x hujung tu ada chalet? Nice kan. This is view of Karang Setra from the cafe.

So, di mana kami berjalan di sekitar Bandung??Masa agak singkat, jadi kami hanya ke Pasar Baru, Factory Outlet (FO) dan Taman Wisata Alam sahaja. If datang sini, tak pergiFO, rasanya tak sah..hehe..first, you must cari map for shopping, basically ada 4 area kat sini yang famous dengan outlet..seingat saya, areanya adalah Jln Riau, Jalan Cihampilas, Jalan Setiabudi, Jalan Sukajadi.




Kuat betul bau belerang ni.




Plastik sape la tertinggal kat tepi tu? Spoil le gambar den..




And, these are several of the factory outlets that we went...
The Secret FO



Toko Tiga - syurga jeans


Heritage FO - baju budak2..mak aii...tak hengat murahnyaaa..





Rumah Mode - terbaik!!




Mall - Paris Van Java



Daaaaan, jgn lupa cuba masakan jawa dan sunda...sangat sangat best dan murah! (melantak tak ingat)


Ni namanya Sup Buntut (Sup ekor).



Ulam-ulaman



Di restoran Sajian Sunda Sambara - dekat dengan Hotel Cemerlang



Es' Durian (meletup kau..)



Ayam penyet - at Restoran Indonesian Culinary Heritage



Nasi apa ni ekk? Tak ingat la pulok



Ni pun dah lupa apa namanya. Tapi best!



Ikan Gurame .. mantap!



Makan-makan di Pasar Baru



Sup buntut lagi



Berasap you..




 

OK..saya end di sini, jadi for a good start for those yg nak present paper di luar Malaysia, try di negara2 Asia & seterusnya, boleh terbang jauh sikit :) Good luck everyone!

Thursday, June 17, 2010

How to compress your research into 10-page article/journal??

Salam everyone...sering kali bila saya siapkan paper untuk seminar, presentation mahupun untuk mana2 jurnal, ada yang bertanya.."Macam mana ye nak start buat paper..?Leceh la, tak ade masa...kelas penuh memanjang..mengajo 22 jam seminggu..(klem lebat tak mau cerita ka?)..balik rumah anak buat hal pula..kang minggu depan ada kerusus ilkam bagai..boleh bagi tips ??" ..Hmmmm..sila jangan merisau....Walhal, saya akui saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab research ni, apa lagi saya baru ceburi bidang akademia ni baru one year corn atau setahun jagung...Namun saya harap sangat tips ni mampu membantu khususnya buat pensyarah2 baru mcm saya...Ni kalau senior/pensyarah kanan baca ni memang saya malu habis terpaksa pakai helmet terbalik tutup muka saya..(*blush)

Ok, tips seadanya dari saya untuk meng'compress' thesis master anda kepada narrow-pages article:

  • Pastikan tajuk anda masih 'in the line' lagi atau dalam erti kata lain, rephrase your title dan jangan cuba gatal-gatal ubah tajuk master anda tu menjadi tajuk yang terkeluar terus dari scope asal..Masih x jelas lagi?Ok, saya tunjukkan contoh sikit. Katalah tajuk master "Application of Facilities Management in Malaysia's Private Office"..if nak compress master thesis ni menjadi article yang of-course lebih magnetik utk dibaca, anda boleh ubahsuai tajuk tu kepada "Facilities Management: Application towards Private Office in Malaysia"...see...sebenarnya maksud masih kekal cuma tajuk je tukar2 sikit..jangan pula anda ubah tajuk tu jadi "Facilities Management as Improvement to Pantry in the Malaysia's Private Office"..ini menyebabkan anda terpaksa tukar semula literature anda..ok boleh saya proceed?

  • Senaraikan isi kandungan yang perlu ada dalam sesebuah article. Ada tiga stage di sini yang boleh dijadikan article: Pertama, jika research anda masih di peringkat proposal, maka isi kandungan yang perlu ada adalah: Introduction/Study Background, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Research Question, Research methodology, Significance of study, Reference. Kedua, jika research anda sampai ke tahap literature collection, maka isi kandungan yang perlu ada: Introduction, Problem Statement, Research Objective, Research Questions, Literature review--a) History of FM, b) Chronology of FM, c) Concept of FM, d) FM phases, etc, Conclusion, Reference. Ketiga, jika research anda dah habis analisis/findings dan dah menjawab hipothesis bagai, maka yang perlu ada isi kandungannya ialah: Introduction, Problem Statement, Literature Review, Research Objective, Concept of study, Analysis and Findings, Conclusion and Recommendation, Reference. Isi-isi kandungan yang saya bagi ini hanyalah guideline sahaja, bukannya mandatori, anda boleh pelbagaikan lagi.Isi kandungan sangat penting bagi anda membuat skim reading ke atas sentence yang significance untuk diketengahkan ke dalam article..maklum la, thesis kita beratus-ratus pages nya, mcm mana nak compress all-in tu menjadi article 10 page saja? Ok, boleh saya teruskan? Faham? Fahaaammmm..puan.. (ini jawapan student saya bila mereka mengantuk atau buat-buat faham....sila akui..)

  • Perlu lihat contoh-contoh jurnal atau article yang tersedia di database2 journal. Ketengahkan bakat membaca anda untuk READ article-article yang relevan dengan tajuk research supaya anda dapat idea untuk write your article pula..jangan terlalu obses sehingga pergi toilet pun bawa contoh jurnal utk dibaca (ok la kadang-kadang saya buat bila saya x dapat cari magazine)...Tips yang baik adalah dengan membuat 'scheme reading' (baca dengan pantas dan mata anda dapat menangkap ayat-ayat penting) dan anda akan dapat penilaian yang sesuai.

  • Now, dah dapat isi kandungan yang nak diletakkan dalam artikel, dah tengok contoh...apa lagi, masa untuk kopi pes chapter anda ke dalam article. Saya pasti anda betul-betul faham apa yang anda dah laksanakan dalam research anda, maka, di peringkat ini, pastikan bila kita copy paste ayat-ayat yang relevan dengan tajuk dan isi kandungan. Yang paling penting skali, literature anda pastikan ianya bersesuaian. Kalau buat thesis, maybe anda ada kemukakan lebih dari 20 precedent research atau penulis-penulis terdahulu yang pernah buat scope yang sama (betul?), dalam article, literature anda tak perlu nak letak kesemua mereka2 itu...Just ketengahkan 2 atau 3 precedent reseach untuk menunjukkan bahawa sebelum ini ada penulis yang telah menggunakan scope yang ada kaji dan keberkesanannya terbukti.

  • Figure and table reference. Pastikan bila ada figure and table di dalam article, anda quote dalam sentence, contohnya "The concept of building performance in private office is shown as per Figure 1". Jangan main letak aje figure, table, tapi tak relevan dengan isi kandungan.

  • References. Nama-nama penulis yang anda quote atau cite sangat penting supaya bila reader baca article anda, mereka mungkin berminat untuk tahu macam mana untuk dapatkan reference tersebut. Baca semula article anda, berapa ramaikah Authors yang anda telah cited? Jika ada 5 authors, say, Datin (2000), Seri (2001) Natasha (2002), Khalil (2004), Nizam (2006), maka, di bahagian reference, hanya 5 author ini sahaja yang diletakkan.. Jangan buat macam thesis pula, habis 100 authors letak dalam references, nak tunjuk pembacaan yang banyak pula, maka tidak relevan untuk article anda.

Saya rasa cukup setakat ini, tips yang kedua itu bagi saya mampu membantu untuk mula publish article dari research master anda. Tips2 ini sesuai untuk mereka yang dah ada thesis, tapi belum pernah present ke mana-mana conference atau seminar. Apa halangan anda? Masa? Kita punya 24 jam sehari, untuk menyiapkan satu isi kandungan, cuma perlu 1 - 2 jam sahaja, maka dalam masa 4-5 hari, anda mampu siapkan satu article! Bagi yang pakar, mungkin 1 jam sahaja diperuntukkan untuk siapkan 1 article..hmmm..hebat..sila jeles..saya juga jeles..

Saturday, June 12, 2010

Travel to Paris, France

Since semalam sudah menyelitkan perihal berkoferens di bangunan Unesco, jadi entry ni saya khaskan untuk tempat-tempat yang saya lawati di sekitar kota Paris. For those of you yang maybe tercari-cari interesting places to visit in Paris, this might helps.


Saya menginap di Ibis Hotel, yang letaknya lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke bangunan Unesco. Sesampai aje di hotel, sempat suami ke open market berdekatan, to get some fresh fruits and bread for us. Saya tak ikut dia ke market, saya berehat saja di hotel, kepenatan setelah 24 hours travel dari KLIA.





Menginap di sini sepanjang menghadiri seminar..






1. Eiffel Tower

Kami naik metro untuk ke area Eiffel Tower. Sebenarnya lebih cantik untuk lihat pemandangan tower ni di waktu malam, tapi disebabkan masih siang, jadi, kami tak lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitarnya. Survey-survey dulu.







Last day at Paris...sempat lagi bergambar

And, view Eiffel Tower waktu malam..cantik! Tapi rasa macam overrated pun ada juga. Sebab tower ni dah berkarat-karat....but afterall, it still magnificient. We manage to go up until second level..untuk lihat pemandangan kota Paris dari atas tower pula.

View kota Paris dari second level Eiffel Tower

Light show

Light show at every 5 minutes


2. Arc de Triomphe

Rasanya tak sah kalau tak ke sini..the famous arch called Arc de Triomphe. Every monument mesti ada historynya..Arch ni terletak di tengah-tengah jalan. Kalau nak bergambar kena hati-hati, cari position yang elok sikit, jangan main redah je berdiri tengah jalan, kena langgar baru tahu.









3. Notre dame

Di sini terdapat old church called Grand Cathedral. Kalau nak cari souvenirs, di area Notre Dame ni quite reasonable juga harganya. Saya beli painting drawings, that mostly banyak gambar kota Paris. Balik rumah, saya framekan...nice!


Agak windy juga ketika ini





4. Pampidou

Dari belakang Pampidou..you will see that the services is placed outside of the building

View Pampidou dari hadapan


5. Musee de louvre





6. Moulin rouge

Red light district pun nak pergi. Terjejas sudah imej sopanku. Apa nak buat, ikut aje lah golongan adam yang memang melonjak-lonjak nak ke sini. Tapi, "wanita-wanita merah" tu tidak terpamer di siang hari...#GuysWillAlwaysBeGuys





6. La Defense






7. Disneyland Park

Serius terasa seperti umur 5 tahun bila jejak di Disneyland. InsyaAllah, ada rezeki, saya nak bawa anak-anak pula ke sini.
















Spot me!


Ok, itu sahaja cerita di Paris. Till we meet again !